KISAH MÙALAF MUHAMMAD MUSTÖFA
Dalam lif tadi terserempak dengan seorang foreigner yg berasal dr Amerika. Tinggi badannya, berkulit hitam (African american rasanya). Tapi jernih wajahnya, senyuman manis sangat, sekali kita tengok rasa seronok ja tengok walaupun kulitnya gelap.
Terus aku teringat kisah bilal. Masa dalam lif dia tanya ''are u muslim?'' Aku pun cakap ''yes,i'm muslim''. Ingatkan tanya kosong ja. Lalu dia tanya lagi ''do you love prophet Muhammad''
Aku tersentak sangat soalan tu,yalakan,jarang foreigner nak tanya soalan macam tu. Sekali lagi aku balas ''yes'' sebab aku tak fluent english sangat,balas pun pendek ja la.......
Tiba2 dia cakap ''kalau prophet Muhammad ada bersma skrg, pasti akan sedih'' ......Alamak...kali ni aku betul2 sentap, aku ada buat salah apa2 ka? Atau dia nk cakap aku terrorist?? Macam2 dalam hati aku ni dok pkiaq...
Tak sampai seminit air mata dia keluar bercurcuran..arghhh aku buat salah apa lagi ni...takkan pasal mh17 kot...tak kan pasal peristiwa pentagon aritu...lalu terus dia cakap dalam keadaan sebak, sebenarnya saya seorang mualaf, saya begitu cintakan Islam dan saya sayang Allah dan prophet Muhammad,masa ni dia da tunduk sambil lap air mata, aku tengok banyak jgkla bekas titisan air mata dia dlm lif..
Baru dia nak sambung cakap, pintu lif da terbuka..........
Kami keluar sama2 dan aku ajak dia berbual lagi dekat lobby hotel...aku tertarik sangat dgn statement dia tadi,lagipun byk soalan yg timbul kt benak fikiran aku ni. Selamat dia setuju nak sambung berbual lagi..kali ni dia makin sebak lagi, hurm...aku da makin nebes.
''Prophet Muhammad pasti sedih melihat kita muslim asyik bergaduh sesama kita, berfikiran dan akhlak tak seperti apa yg baginda wariskan, berpakaian tapi spti tidak berpakaian lgsg.aku begitu cinta Islam kerana ia agama tenang dan mendamaikan, aku tidak pernah merasa nikmat itu semasa agama sebelum ini, aku beryukur Allah membuka pintu hatiku untuk islam, prophet Muhammad begitu baik dan manis akhlaknya,tidak seperti saudara2 muslim ku skrg, mereka bertengkar dan tidak lagi memperkenalkan siapa prophet Muhammad pada anak2 mereka seawal umur''
''Aku mualaf amerika tapi aku berhajat biar aku dikuburkan di tanah suci mekah, bagiku tidak ada apa lagi yang aku inginkan selain dekat dgn Rasulullah'' Doakan aku ya,saudara..kamu sudah lama memeluk islam,pasti amalan kamu lebih banÿak dariku,dan pastinya doamu lebih mudah termakbul.
Meremang tubuhku sehingga gugur air mata, Ya Allah,begitu sucinya niat dan begitu teguhnya cintanya pada jalanmu walaupun dia baru memeluk islam......dia minta aku manusia pendosa ni mendoakannya,sungguh...tidak layak ahli mksiat ni mendoakanmu kerana dirimu lebih mulia dr ku.
Dalam kesebakan,dia ingin mengdur diri, teksi dia da smpai. Sebelum jauh melangkah,dia bersungguh pesan padaku, ''brother,please sholawat as much as u can to Rasulullah''...make it your daily routine,sambil senyum dan salam dgn ku.
Aku??? Kita???? Yang dari lahir dibesarkan dgn Budaya islam, diceritakan dr kecil ttg siapa Rasulullah,mengapa kita tidak begitu cinta pada baginda? Apa yg ada pada kita skrg ni yg bila kita tengok dapat mengingatkan kita pada Rasulullah??
T︵T ALLAHUMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan