Saya meminang isteri saya ketika umurnya baru 19 tahun. Pada ketika itu umur saya 29 tahun. Setelah diterima, kami akhirnya selamat diijabkabulkan pada 24/12/2011. Pada waktu itu, banyak mulut yang berbunyi-bunyi langau. “Kau nie, Tunggu lah budak tue kenal dunia dulu. Belajar, kerja. Belum apa-apa dah kena jadi isteri orang. Muda sangat bro”. --- Saya jawab : “Beb, Dah pernah keluar dari tempurung belum? Cuba tengok keadaan sekeliling.
Apa jadi pada segelintir wanita yang diberi peluang untuk ‘Kenal Dunia’ dulu? Aku dah 10 tahun lebih lama dari dia untuk mengenali dunia nie sebab tue aku tak rela dia diperkenalkan kepada ‘Dunia’ nie sebelum aku kenalkan dia dengan ‘Akhirat’ dulu. Pandang lah kiri dan kanan. Itukah yang kau mahukan? Wanita solehah sepatutnya menjadi perhiasan dunia tapi sekarang nie ‘Dunia’ telah berjaya menjadi perhiasan wanita”. Beruntunglah mereka yang berkahwin di usia muda . --- MasyaAllah Tabarakallah. { Bercinta Selepas Nikah}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan