Jumaat, 5 September 2014

esok


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 
MADAH KEINSAFAN BUAT DIRIKU DAN SEMUA......

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Hari ini 
masih kuat dan gagah
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah
Hari ini kalau 
tidak dibuat suruhan Allah
Belum tentu esok
ada lagi peluang dari Allah.
Hari ini realiti yang
mesti dilalui dengan tabah


Kerana esok hari
belum pasti boleh berubah
Hari ini ahli maksiat
berasa bangga dan megah
Esok hari mungkin
menyesal tak sudah-sudah
Hari ini berpakaian
baju dan jubah


Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah
Hari ini berpijak di atas tanah
Boleh jadi esok sudah
jadi penghuni dalam tanah
Hari ini berkenderaan
serba mewah
Mungkin esok hanya
ada kereta jenazah
Hari ini janganlah
bermegah-megah
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah
Hari ini banyakkan doa
dan harap pada Allah


Semoga esok hidup
dalam redha Allah
Hari ini kuatkan taat dan amal ibadah
Moga esok terus istiqamah
Hari ini andai datang ketentuan Allah
Esok terimalah ia
dengan tabah
Hari ini andai ada
silap dan salah
Jangan tunggu esok
untuk istighfar dan taubah


Hari ini kita
dalam taqdir Allah
Besok hari
hanya dalam ilmu Allah
Hari ini kita
berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan kita bersama2 di JANNAH


SEMOGA BERMANFAAT
والسلام عليكم ورحمة الل تعالى وبركاته

Tiada ulasan:

Catat Ulasan