Aku bukan jatuh cinta. Tapi aku jatuh, dan bercinta.
Ini kisah aku.
English test is over and result dia tertampal kat noticed board. The result dibahagikan kepada 3, 40 markah ke atas akan ke foundation 1, 70+ foundation 2, and 80+ intermidiate. I really put high expectation on English, sbb it is one of my favourite subjects.
I checked on the board, terus tgk yg intermediate.
'Eh, kenapa nama aku tak ada?' Carik dan carik rupanya nama aku ada kat foundation 2.
'Ya Allah, markah aku 70+ jela? Rasanya dah buat essei gempak, dah semak byk kali.'
Kat bilik aku asek terbayang-bayang je. Apasal nama aku tak ada kat intermediate ek?
Hm...tapi aku asyik ingat ayat redha dengan Allah tu je.
'Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah' [9:100]
Nabila budak 4 flat sem lps, sibuk la menanya, 'Alia dpt apa? Mesti dpt yg bagus kan.'
'Foundation 2 ja. Tahniah ya awak dpt intermediate. Kita check nama awak tadi.'
Aku jenis tak suka bila kawan dpt lebih dari aku. Tak tau kenapa. Rasa diri ni tak bersyukur pun ada
Tak apa la. Mungkin sem lps punya result aku pass, yang English test ni bukan rezeki aku kot.
Bila balik kolej je, aku tertanya-tanya balik. Nama aku tercicir ke? Aku pergi jumpa lecturer, last last aku sami'na wa ato'na je.
Again, aku ingat ayat redha tu balik. Dan aku betul betul minta supaya Allah teguhkan rasa redha ni dalam hati aku.
Ramai kawan kawan datang bilik aku ckp2 psl result tu. Aku buat macam biasa walaupun dalam hati ni aku tengah struggle untuk redha, jangan rasa apa apa.
Tapi nak tak nak perasaan
'kenapa nama aku tak tersenarai ye?' kejap kejap muncul. Aku tepis, dia muncul. Berulang kali.
Malam tu antara maghrib dengan isya', aku duduk atas sejadah, tanpa bukak telekung.
'Knp dgn aku ni. Tak boleh tgk org lebih sikit. Ramai lg yg terkandas tahu. Kau tak percaya pd rezeki Allah ka?'
At last aku sentap sendiri T_T
Time solat isya', aku try tenangkan hati. Aku reset niat. Tenang, tenang. Come on Alia, redha! Air mata aku lepas kat situ. Hanya ALLAH yang jadi saksi masa tu. Aku kesat air mata, terus balik bilik aku.
Sampai bilik terus duduk meja study. Air mata mengalir lagi sambil baca tafsir quran.
Selak2 aku jumpa 1 ayat,
'..hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.' [12:86]
Allah
Aku sambung menangis. Tapi menangis sambil senyum. Susah nak describe perasaan tu. Aku rasa tenang, ibarat Allah tengah cakap dengan aku,
'betul la apa yang kau buat tu, mengadu kat Aku je'.
Dan aku tak rasa orang lain dapat faham apa yang aku rasa bila jumpa ayat tu. Hmm macam jatuh cinta tau tak. Lebih kot. Ye lebihhh. Susah nak express feeling tu.
Aku menangis lagi. Aku teringat apa yang jadi sepanjang minggu ni. Rupa-rupanya Allah nak tarbiyyah aku dengan ayat ni. Ayat pendek tapi mendalam bagi aku.
Dia kuat kerana pergantungannya pada Yang Maha Kuasa.
Aku cerita bukan saja2. Tp aku nak orang lain yang mungkin ada masalah macam aku, tahu ke mana untuk disungkurkan wajah.
Aku nak orang lain yang sedang jatuh, rasa betapa bahagianya bila Allah menghulur cinta.
Aku nak share dengan orang lain yang masih rasa tak cukup dengan apa yang ada, yang kita hanya akan rasa cukup bila kita ada Dia.
Sentap tak?
To sum up, dalam apa jua rasa yang melanda, carilah ALLAH Kerana kita tak mampu untuk tidak buat begitu.
Aku dah faham apa yg Allah dah susun untuk aku. Bukan faham di akal, tapi di hati.
Myself, semoga kau lebih kuat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan