Syukur adalah kunci kekayaan yang menyebabkan dirimu tiada akan resah, gelisah dan banyak merungut-rungut dalam kehidupan.
Syukur adalah sentiasa redha dengan Allah dalam apa jua keadaan.
Syukur adalah memandang pilihan Allah lebih baik daripada pilihan dirinya.
Syukurlah jika dirimu tiada dikenali kerana ia menyelamatkan dirimu dari sifat riak.
Syukurlah jika dirimu dihina kerana ia menyebabkan nafsu kesombongan hancur.
Syukurlah dirimu diberi sedikit kerana selamat dirimu daripada ketamakan dan panjang angan-angan.
Syukurlah dirimu dipilih dalam golongan yang berzikir walaupun tiada dikurniakan keasyikan kerana engkau dapat menaiki tangga kewalian dengan kesabaran dan istiqamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan