Dalam pada ramai yang merungut harga iPhone 6 sangat mahal, ada yang batalkan hasrat untuk teruskan belajar semata-mata untuk bekerja, tanggung biaya untuk keluarga.
Dalam pada ramai yang gembira hembuskan asap rokok berkepul-kepul, ada yang sedaya upaya cuba bernafas walau cuma guna mesin pernafasan di ICU.
Dalam pada ramai yang memberontak kerana mak ayah tak bagi keluar lepak dengan kawan, ada yang berharap dapat peluang kedua luang masa bersama ibu bapa.
Dalam pada kita sangka kegagalan kita tanda kebodohan, ada ramai tokoh-tokoh hebat di persada dunia yang menganggap kegagalan sebagai batu loncatan kejayaan.
Dalam pada kita mengeluh homework banyak, ada yang tak pernah langsung jejak kaki ke sekolah.
Dalam pada kita rasa wifi kita slow tahap kura-kura nazak, ada yang langsung tak berpeluang untuk gunakan internet.
Maka ucaplah Alhamdulillah.
Moga-moga dengan kesyukuran yang sedikit ni, Allah tambah lagi rezeki dan nikmat untuk kita.
Dan moga-moga kita terus menjadi hamba yang bersyukur dari hari ke hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan