Selasa, 16 September 2014

IPPA

Kalau kita lihat di negara kita, kita masih boleh mengajar untuk yang betul dan salah (dari segi kandungan pelajaran), tetapi kita tak mampu nak kawal pendekatan yang digunakan oleh guru / pensyarah. Kadang-kadang pendekatan yang digunakan telah dihalalkan oleh matlamat yang hendak dicapai. Contoh matlamat adalah KPI, IPPA, Purata gred dan lain-lain. Pendekatan yang salah mungkin menghasilkan pelajar dengan gred A, tapi pelajar tidak mampu mengurus dan tidak mempunyai kemahiran pembelajaran yang sesuai sehingga beliau gagal di peringkat tinggi (universiti). Apa jadi kepada pelajar yang mendapat CGPA 2.00 pada semester 1 tahun pertama. 

Mampukah pelajar ini mendapat ijazah kelas pertama? Mungkin ada antara kita menyalahkan pensyarah universiti kerana tidak mengajar ikut cara kita yang telah berjaya memberikan gred A kepada pelajar. Dengan kata lain kita hendak universiti ikut cara sekolah atau dalam pengertian lain mensekolahkan pengajaran universiti. Kalau selepas konvo pelajar itu akan masuk tingkatan 5 semula sesuailah pendekatan itu, tapi kalau hendak bekerja dengan majikan, maka bala (mala petaka) besarlah menimpa pelajar itu dan universiti itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan