Ahad, 28 September 2014

tv internet

Tiket Neraka : TV & Internet
“Adik tutup mata! Ada iklan Safee Sali Nampak lutut.”

“Abang tutup mata! Ada iklan Lisa Surihani promote Jus.”

“Mak tutup mata! Ada babak mat salleh mandi guna boxer”

Imran melompat-lompat di ruang tamu sambil menutup mata ahli keluarganya dengan semangat.
Beliau melompat-melompat menutup mata kerana ingin menjaga mata ahli keluarganya.
Menjaga mata mereka daripada melihat aurat lelaki dan perempuan yang bertaburan di TV itu.

Bagi Imran ada TV & Internet adalah lagho.
TV & Internet itu padat dengan Lagho, Dosa & Maksiat

Bagi Imran, TV & Internet ialah Tiket ke Neraka.

Bagi Imran TV & Internet perlu dihapus terus dari muka bumi.
Imran siap bercita-cita nak beli bom nuclear untuk hapuskan Satelit yang menjadi sumber hidup TV & Internet.

Dalam usaha Imran untuk tutup mata Ayahnya dek kerana iklan Lisa Surihani promote Jus lagi,
tiba-tiba kepala Imran kena siku dan sekeh serentak.

Imran hanya mampu mengerang kesakitan dek kerana siku + sekeh ayahnya yang deras wa daebak.

Kemudian Imran masuk pondok Tahfiz dan menghafal Quran 30 Juzuk.

The End.

----------------------------------------

Popcorn habis serentak dengan habisnya kisah Imran.
Sungguh dramatik dan sedih kisah Imran T^T *kesat air mata*

Sebenarnya, aku nak join sekali siku dan sekeh kepala Imran tu sekali.
Kalau boleh nak serentak dengan ayah beliau -.-

Aku faham apa yang Imran perjuangkan, dia nak jaga mata ahli keluarga dia.
Dia nak jaga ahli keluarga dia daripada lagho.

Perjuangan ikhlas, tapi tak berasas memang layak kena sekeh dan siku.

Beginilah,
Sesungguhnya tidak berdosa untuk kita lihat aurat lelaki atau perempuan di TV mahupun internet.
Tengoklah berjuta-juta kali kat TV & Internet, namun tidak berdosa ke atas kita.

Aku ulang,
Sesungguhnya tidak berdosa untuk kita lihat aurat lelaki atau perempuan di TV mahupun internet.
Tengoklah berjuta-juta kali kat TV & Internet, namun tidak berdosa ke atas kita.

Aku tak gurau.
Serious ni *buat muka serious*

Relax relax. Meh aku nak explain.
Kalau kita kat Alam Realiti,

Basically
Tengok aurat lelaki perempuan = pandangan pertama tidak dosa, pandangan seterusnya berdosa.

Advance,
#1 Tengok aurat lelaki perempuan, tak naik Syahwat = 1 dosa
#2 Tengok aurat lelaki perempuan, naik Syahwat = 2 dosa

Ulang Advance,
#1 Tengok aurat lelaki perempuan, tak naik Syahwat = 1 dosa
#2 Tengok aurat lelaki perempuan, naik Syahwat = 2 dosa

Orite. Kasi faham dahulu konsep-konsep tu.

Tapi,
Kalau kita kat Alam Maya (TV & Internet)

#1 Tengok aurat lelaki perempuan, tak naik Syahwat = 0 dosa
#2 Tengok aurat lelaki perempuan, naik Syahwat = 1 dosa

Aku Ulang
#1 Tengok aurat lelaki perempuan, tak naik Syahwat = 0 dosa
#2 Tengok aurat lelaki perempuan, naik Syahwat = 1 dosa

See?

Berbeza Alam Realiti & Alam Maya.

Mehh aku kasi contoh lagi…
#1 Kalau aku tengok Safee Sali main bola kat Stadium Live, aku dapat dosa tengok aurat dia.
#2 Kalau aku tengok Safee Sali main bola melalui Astro Arena ataupun live streaming internet, aku tak dapat dosa tengok aurat dia.

#1 Kalau aku tengok Safee Sali main bola kat Stadium Live, dan aku naik Syahwat tengok aurat dia, maka aku dapat 2 dosa, dosa tengok aurat & dosa naik Syahwat.
#2 Kalau aku tengok Safee Sali main bola melalui Astro Arena ataupun live streaming internet, dan aku naik Syahwat, maka aku dapat dosa naik Syahwat, tapi aku tak dapat Dosa tengok aurat dia.

So, conclusionnya kat sini.
Kalau tengok aurat lelaki perempuan live. Dosa tengok aurat konfem dapat.
Kalau tengok aurat lelaki perempuan melalui TV atau Internet. Tak dapat Dosa kalau tengok aurat.

Cuma kedua-dua situasi dapat Dosa kalau naik Syahwat.

Orite. So begitulah equationnya.

So tak dosa pun ada Internet & TV kat rumah.

Senang, jagalah apa yang patut dijaga. jaga MATA tuh 

Cuma janganlah banyak tengok perkara yang lagho dan melalaikan macam Runningman dan drama-drama korea 

Perlu korang tahu, Imam Syafiee yang tak sengaja tengok betis perempuan hilang beberapa hafalan.
Tak sengaja beb. Pandangan yang tak sengaja. Dah laa pandangan pertama :’)

Oleh itu, kita sebagai manusia biasa, tidak sama special macam Imam Syafie, sepatutnya lebih menjaga apa yang patut dijaga lebih daripada Imam Syafie T^T

Bila tengok rancangan kat TV atau Internet yang memaparkan aksi-aksi dan adegan yang sangat melampau kelucahan atau sangat melampaui batas, maka tinggalkanlah. Alihkan pandangan.
Kalau sekadar rancangan-rancangan yang biasa tu still boleh consider.

Sedikit pesanan.
* Kalau nak tengok cerita lagho tidak mengapa, tetapi isikanlah jadual menonton TV itu dengan menonton TV Alhijrah, Astro Oasis.
* Kalau nak ada twitter facebook Instagram pun tidak mengapa, tapi pastikan ada perkongsian Dakwah dan perkongsian kebaikan di Alam Maya korang.

Bagi aku, lagho itu ialah masin. Satu kemasinan.
Janganlah terlalu masin.

Nak masin tiada masalah.
Cuma tambahkan gula-gula yang menjadi pemanis.

Neutralkanlah.

Facebook Twitter?
Update dan tweet laa something yang Islamik.

Pastikan apa yang kita buat itu ada bermanfaat untuk Ummah.
Ummah perlukan kita. Bantulah bina Ummah walaupun sedikit.

Ehemm ehemm,
Nak kasi wasiat siket 

Aku mohon untuk korang atleast sekurang-kurangnya selitkan kebaikan dan dakwah dalam kehidupan korang di Alam Maya.
Jadikanlah amalan itu sebagai satu jihad korang dalam membina Ummah.

Moga Allah tambah Cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan