Perbualan antara Pemadam dan Pensil :
..........
الممحاة: كيف حالكَ يا صديقي
..Apa khabar kawan?
...
القلم: لستُ صديقكِ!
Aku bukan kawanmu.
الممحاة: لماذا
..Kenapa?
القلم: لأنني أكرهكِ.
Kerana aku benci kamu.
الممحاة: ولمَ تكرهني
..Kenapa engkau membenci aku?
قال القلم: لأنكِ تمحين ما أكتب.
Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis
الممحاة: أنا لا أمحو إلا الأخطاء .
..Aku tidak padam melainkan yang salah!
القلم: وما شأنكِ أنتِ!
Kenapa engkau sibuk?
الممحاة: أنا ممحاة، وهذا عملي .
..Aku pemadam, ini kerjaku.
القلم: هذا ليس عملاً!
Ini bukannya kerja!
الممحاة: عملي نافع، مثل عملكَ .
..Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
القلم: أنتِ مخطئة ومغرورة .
Engkau salah dan sombong!
الممحاة: لماذI
..Kenapa?
القلم: لأنّ مَنْ يكتبُ أفضلُ ممّنْ يمحو
Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
قالت الممحاة: إزالةُ الخطأ تعادلُ كتابةَ الصواب .
..Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
أطرق القلم لحظة، ثم رفع رأسه، وقال: صدقْتِ يا عزيزتي!
Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!
الممحاة: أما زلتَ تكرهني
..Engkau masih bencikan aku?
القلم: لن أكره مَنْ يمحو أخطائي
Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku.
الممحاة: وأنا لن أمحوَ ما كان صواباً .
..Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
قال القلم: ولكنني أراكِ تصغرين يوماً بعد يوم!
Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!
الممحاة: لأنني أضحّي بشيءٍ من جسمي كلّما محوْتُ خطأ .
..Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
قال القلم محزوناً: وأنا أحسُّ أنني أقصرُ مما كنت!
Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.
قالت الممحاة تواسيه: لا نستطيع إفادةَ الآخرين، إلا إذا قدّمنا تضحية من أجلهم.
..Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
قال القلم مسروراً: ما أعظمكِ يا صديقتي، وما أجمل كلامك!
Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.
فرحتِ الممحاة، وفرح القلم، وعاشا صديقين حميمين، لا يفترقانِ ولا يختلفان
..Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.
أحبتـــي
Sahabat-sahabatku sayang
لم لا نقول شكرا لمن يمحو لنا اخطائنا ، ويرشدنا إلي طريق الصواب ألا يستحق الشكر
Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terima kasih?
..................
Moral dari cerita ini juga.
Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.
Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.
Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.
Syukran sahabat
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 5 September 2014
subuh berjemaah
Tazkirah
"Ouch!"
Kakiku terpijak kaca.
Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki.
Kecil saja. Tapi berdarah juga.
Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.
"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.
"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."
Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.
Kau nak dengar?"
Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.
"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.
Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.
Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.
Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.
Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung!
Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."
Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,
"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran.
Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.
Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.
Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?
Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun."
Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.
"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia.
Pasti ada saat kau terlupakan Dia.
Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"
Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.
"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."
Kawanku menepuk-nepuk bahuku.
"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri." ..
Aku tunduk mengalah.
Malu semalu. Malunya ..

cemburu
*** Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.
### Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
### kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
### kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
*** kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
### tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
>>> Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
*** apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
— ### Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
### kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
### kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
*** kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
### tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
>>> Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
*** apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
esok
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
MADAH KEINSAFAN BUAT DIRIKU DAN SEMUA......
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Hari ini
masih kuat dan gagah
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah
Hari ini kalau
tidak dibuat suruhan Allah
Belum tentu esok
ada lagi peluang dari Allah.
Hari ini realiti yang
mesti dilalui dengan tabah
Kerana esok hari
belum pasti boleh berubah
Hari ini ahli maksiat
berasa bangga dan megah
Esok hari mungkin
menyesal tak sudah-sudah
Hari ini berpakaian
baju dan jubah
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah
Hari ini berpijak di atas tanah
Boleh jadi esok sudah
jadi penghuni dalam tanah
Hari ini berkenderaan
serba mewah
Mungkin esok hanya
ada kereta jenazah
Hari ini janganlah
bermegah-megah
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah
Hari ini banyakkan doa
dan harap pada Allah
Semoga esok hidup
dalam redha Allah
Hari ini kuatkan taat dan amal ibadah
Moga esok terus istiqamah
Hari ini andai datang ketentuan Allah
Esok terimalah ia
dengan tabah
Hari ini andai ada
silap dan salah
Jangan tunggu esok
untuk istighfar dan taubah
Hari ini kita
dalam taqdir Allah
Besok hari
hanya dalam ilmu Allah
Hari ini kita
berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan kita bersama2 di JANNAH
SEMOGA BERMANFAAT
والسلام عليكم ورحمة الل تعالى وبركاته
PBL 222 KMS 2014
Laporan Problem Based Learning (PBL) Pensyarah
Unit Kimia Kolej Matrikulasi Selangor
Sem I , Sesi 2014/15
Nama
Pensyarah : Mohamad
Shehdi bin Ragiun
Kumpulan
Praktikum : SM2K2T2
Tarikh
dan Masa Perlaksanaan : 5 Sept 2014 11.30 am
Item
|
Sangat Tidak Setuju
|
Tidak Setuju
|
Sederhana
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Jumlah
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
||
Kefahaman
|
0
|
0
|
6
|
12
|
4
|
22
|
Keyakinan
|
0
|
0
|
0
|
10
|
12
|
22
|
Minat
|
0
|
0
|
0
|
0
|
22
|
22
|
Kerjasama
|
0
|
0
|
12
|
4
|
6
|
22
|
Refleksi pensyarah ke arah penghasilan
‘Independent
Learner’:
Syukur Alhamdulillah saya sangat
berpuas hati dengan sesi PBL yang telah saya jalankan di dalam kelas kerana
pelajar telah dapat menambah pengalaman
untuk mencari informasi atau pengetahuan
melalui sumber dari internet dan mendapat jawapan kepada masalah yang telah
diberikan. Selain itu, pelajar juga telah mendapat peluang untuk memperbaiki soft-skill mereka. Perlaksanaa PBL dapat
membantu pembelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat
universiti
Cadangan Penambahbaikan:
Sesi PBL ini sesuai dilaksanakan
sebagai projek / assignmen untuk Penilaian Berterusan (PB) dan sebagai ganti
kuiz.
__________________________
Mohamad Shehdi bin Ragiun
Cap Rasmi :
Tarikh : 10 September 2014
Langgan:
Catatan (Atom)