Jumaat, 12 September 2014

bocor

Oleh Ahmad Fahim Robani
“Kesian anak aku. Tak pasal-pasal kena ulang balik kertas UPSR. Bukan satu kertas ajer. Lebih!,” keluh sahabat saya. Rasanya bukan dia saja yang mengeluh. Anak-anak yang mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengeluh sama. Belum dikira lagi keluhan semua keluarga yang anak mereka menduduki peperiksaan itu.
Belum lagi keluhan mereka yang berada di kementerian dan jabatan pelajaran negeri. Nilai kos pencetakan, elaun perjalanan guru ke tempat peperiksaan terbazir begitu saja. Semuanya itu dibuat semula. Kos bertambah! Semakin kita perbanyak akujanji, perjanjian, ‘key-performance index’ (KPI) dan sebagainya sebanyak itulah juga penyelewengan, ketirisan dan kebobrokan integriti berlaku.

Tidak sedikit pun rasa takut atau rasa segan andai kata masyarakat tahu perbuatan jelek mereka itu satu hari nanti. Apa yang pasti golongan ini seolah-olahnya punyai justifikasi sendiri yang lebih konkrit dan ‘halal’ pada agama untuk mengharuskan perbuatan mereka itu. Niat seakan baik dan bermanfaat pada bangsa dan negara. Tetapi pada sisi agama dan nilai murni hidup sebenar, menolak perkara terbabit. Jelas niat tidak menghalalkan cara.
Amat ketara bahawa ramai kalangan anggota masyarakat kita yang kurang jelas dan faham apa yang dimaksudkan dengan integriti. Malah, ramai menganggapnya sebagai satu topik yang amat membosankan. Apatah lagi kalau pihak jabatan atau organisasi menghantar kakitangan ini ke kursus atau seminar yang berkaitan dengannya. Tetapi tatkala kena pada batang hidung sendiri, anak sendiri dan ahli keluarga sebagaimana dalam kes soalan UPSR bocor ini, barulah marah sana dan sini. Sedang hakikat selama ini, dia sendiri perlekeh soal integriti dan akauntabiliti atas amanah yang dibebankan oleh pihak majikan dan sebagainya.
Hakikatnya semua manusia bergerak dan bertindak atas apa yang diyakini. Dipercayai dan diimani. Andai ditentang atau dipertikai tetap akan dipertahankan. Baik atau buruk sifatnya, akan menjadi persoalan kedua. Yang utamanya merealisasikan apa yang diyakini sebagai benar dan betul. Tidak peduli akan kesan pada orang lain, masyarakat, negara dan lebih utama lagi agama. Misalnya, ada yang sanggup menjolok anak tekaknya sendiri selepas makan, hanya kerana ingin kurus. Menjijikkan dan menyakitkan, pasti. Tetapi tetap diteruskan untuk niat kurusnya itu. Amat wajar apabila Islam sering dan konsisten dalam menekankan persoalan kejiwaan dan kerohanian yang ada pada seseorang insan. Dia perlu diingatkan selalu. Lantaran sifat manusia yang pelupa. Ditegaskan dengan sungguh-sungguh agar sentiasa berkawan dan bersahabat dengan orang yang baik-baik saja. Berilmu pengetahuan dan istiqomah dalam mengamalkan apa yang diketahuinya. Tidak hanya pandai bercakap tetapi langsung tidak bertindak atas apa yang diperkatakan. Apa tujuannya? Tidak lain tidak bukan, untuk pastikan individu itu tetap dan sentiasa dalam kerangka pemikiran yang baik serta bertindak dengan rasional.
Apabila kes ini timbul semula, kedengaran juga dalam kalangan masyarakat yang bercakap mengenai persoalan KPI yang ada. Sebahagiannya amat bersetuju dengan konsep dan matlamat yang hendak dicapai. Dengan menetapkan piawaian, angka dan objektif tertentu, secara langsung akan memotivasikan kakitangan dalam sesebuah institusi dan organisasi bergerak dengan lebih bersemangat dan bersepadu. Namun, tidak semua manusia atau institusi boleh jujur dalam semua tindakan. Apa yang dekat dan dikejar ialah memenuhi tuntutan angka KPI semata-mata. Sedang hakikat kekurangan dan ruang kelemahan yang ada tidak dapat ditampung dengan sempurna. Maka, sentuhan kerohanian dan kemanusiaan makin luntur. Sebahagian anak UPSR kita di sebahagian sekolah dikerah hingga ke petang tanpa rehat. Aktiviti persatuan dan kurikulum disukat dengan kadar seminimum mungkin. Agar fokus pada pelajaran katanya. Tetapi sains juga katakan pada kita bahawa makin kita bergerak, makin ligat dan aktif saraf otak kita. Jadi, bukankah sentuhan kejiwaan itu mula diabaikan? Sifat mekanikal jasad juga akan mula menyusut. Tidaklah bermaksud kita mesti buang sistem KPI ini. Bukan itu perspektifnya. Isu yang perlu kita tangani sekarang bukan isu luaran. Bukan soal kuantiti sebenarnya. Walaupun ada keperluan ke arah angka untuk dijadikan sebagai satu bukti pencapaian bagi satu-satu perkara, namun semua angka ini mesti diseimbangkan dengan paksi dan dasar yang tidak kosong pada sifatnya. Paksi dan dasar itu nilai agama dan nilai hidup sebenar mengikut acuan serta perspektif Islam. Kejiwaan dan kerohanian individu mesti diperkasakan dengan nilai Islam.
Media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Wechat dan sebagainya hanya platform yang mati sifatnya. Hanya medium. Pelayar Internet dan pengguna aplikasi inilah yang menghidupkan medium ini. Baik dari segi pengisian kandungan mahu pun jangkauan sebaran maklumatnya, penggunalah yang jadi penentunya. Soal kesahihan maklumat, bersifat fakta atau palsu bukan soal utama. Yang dicari kemeriahan berinteraksi dan bersosial di alam maya.
Sebab itu kita dapat lihat pelbagai versi dan bentuk penceritaan yang disebarkan dalam media sosial ini tatkala hampirnya hari peperiksaan UPSR tempoh hari. Ada yang menamakannya sebagai soalan ramalan. Ada yang mensifatkannya sebagai “kalau sayang anak, inilah peluang yang menarik. Sebenarnya mengakui bahawa bahan sebaran itu tidak wajar dipanjang-panjangkan lagi. Namun, fahaman perspektif dan fahaman pada nilai yang dipegang mengatakan ia masih wajar untuk disebarkan. Maka apa yang pasti, golongan yang sama-sama menyebarkan versi sebegini hakikatnya sedang bersekongkol dengan perkara yang bertentangan dengan nilai agama. Ini belum diambil kira lagi pada pelbagai versi dan bentuk amalan yang kononnya mesti atau sewajarnya diamalkan oleh anak dan keluarga dalam menghadapi peperiksaan ini. Hinggakan ada yang bersifat syirik penghujungnya. Namun, ia tetap disebarkan. Walaupun mungkin sebahagian kecilnya tidak meluaskan sebaran mesej palsu dan menyeleweng daripada fakta Islam, nisbahnya amat kecil.
Majoritinya beranggapan masih wajar untuk disebarkan. Lagi-lagi jika penghujung mesej berbunyi, “adakah anda sanggup membiarkan kebaikan ini berada saja dalam henfon anda?” maka pemerkasaan ke atas nilai integriti dan soal akauntabiliti mesti digembeleng dengan sesempurna mungkin. Tidak boleh lagi bertolak ansur. Bukan hanya pada bentuk hukumannya tetapi fahaman kukuh pada dasar dan akar pemikiran agar nilai yang terbentuk, benar-benar menepati tuntutan agama.

Penulis pensyarah di Universiti Multimedia, Melaka

Rabu, 10 September 2014

bahasa syurga

Hadist bahasa syurga dhoif

Benarkah Bahasa Arab bahasa
ahli syurga?

TIDAK TERDAPAT hadith yang sahih mahupun hasan yang menjelaskan apakah bahasa yang digunakan oleh ahli syurga di akhirat nanti dalam perbualan mereka. Adapun hadith:
ﺃﺣﺒﻮﺍ ﺍﻟﻌﺮﺏ ﻟﺜﻼﺙ ﻷﻧﻲ ﻋﺮﺑﻲ ، ﻭﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻋﺮﺑﻲ ، ﻭﻛﻼﻡ
ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻋﺮﺑﻲ
Maksudnya: “Cintailah Arab kerana tiga perkara: Kerana saya seorang Arab, al-Quran itu berbahasa Arab, dan percakapan ahli syurga itu dengan bahasa Arab.”
(HR alTabrani di dalam al-Awsath, al-Hakim, al-Baihaqi di dalam
Syu’b al-Iman dan selain mereka dari Ibn ‘Abbas r.’anhuma)

Hadith ini telah dihukumkan sebagai hadith palsu oleh Ibn al-Jauzi, kata al-Zahabi pula: “Aku menyangka hadith ini adalah hadith Palsu.” Demikian juga al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam al-Silsilah al-Daiefah (bil. 160)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata:
“Demikian itu sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far Muhammad bin Abdillah al-Hafidz al-Kufi yang dikenali sebagai Mateen (ﻣﻄﻴﻦ ) menceritakan kepada kami al-‘Ala bin ‘Amr al-Hanafi, menceritakan kepada kami Yahya bin Zaid al-As’ariy, menceritakan kepada kami Ibn Juraij daripada ‘Ato daripada Ibn ‘Abbas r.’anhuma katanya: “Sabda Nabi saw:
“Cintalah Arab kerana tiga perkara: Kerana baginda Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan lisan ahli syurga itu adalah berbahasa Arab.”
Berkata al-Tha’labiy ( ﺍﻟﺜﻌﻠﺒﻲ): “(hadith ini) tidak ada asal baginya.”
Pernah ditanya kepada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dengan bahasa apakah manusia bertutur pada hari kiamat ?
apakah Allah berbicara dengan bahasa Arab, dan apakah
benar bahasa ahli neraka adalah bahasa Parsi dan bahasa ahli syurga dengan bahasa Arab?

Jawapan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah:
‘Segala pujian bagi Allah tuhan sekelian alam. Tidak diketahui apakah bahasa yang akan dituturkan oleh manusia pada hari akhirat, tidak diketahui juga apakah bahasa yang didengari dari percakapan Allah (pada hari
tersebut), ini kerana Allah swt dan RasulNya saw tidak mengkhabarkan kepada kita sesuatupun tentang perkara ini, tidak sahih juga kononnya bahasa Parsi itu bahasa ahli neraka, tidak sahih juga bahasa Arab itu bahasa ahli syurga, tidak juga kami ketahui adanya perbahasan di kalangan sahabat
r.’anhum dalam perkara ini, bahkan semua mereka menahan diri dari membicarakan perkara ini, kerana perbicaraan tentangnya termasuk perkara yang tidak perlu. Akan tetapi berlaku perbincangan dalam perkara ini di kalangan orang-orang kemudian. Sekumpulan manusia berkata ahli syurga itu saling berbicara dengan bahasa Arab, sebahagian yang lain pula berkata melainkan ahli neraka, mereka
menjawab dengan bahasa Parsi, itulah bahasa mereka di dalam neraka. Berkata sebahagian
yang lain pula mereka berbicara sesama mereka dengan bahasa Suryani, kerana ia merupakan bahasa Nabi Adam, dan daripada
bahasa Suryani itu bercambahnya bahasa-bahasa lain. Berkata sebahagian yang lain pula melainkan ahli syurga, dimana mereka akan
berbicara dengan bahasa Arab. Semua pendapat-pendapat ini tidak ada hujah dari samaada dari akal ataupun naqal, bahkan ianya semata-mata dakwaan yang tidak ada dalil. Wallahu a’lam wa ahkam. (Sila lihat Majmu’ al-Fatawa 4/299)

halal gaji ilmu

Pd hakikatnya kedua-duanya ilmu dan rezeki yg berupa wang atau duit itu datang dr Allah S.W.T jua. Di sini tidak timbul persoalan ilmu yg diberikan oleh seseorang guru itu kpd murid-muridnya adalah halal atau dihalalkan. Krn ilmu bukan sesuatu yg mempunyai jisim. Ia juga bukan sesuatu perbuatan. Menyampaikan ilmu itu adalah perbuatan. Ttp ilmu itu bukan perbuatan. Ilmu itu pd hakikatnya ialah sumber hidayah atau pun nur(cahaya). Jd ia tidak boleh dihalalkan oleh seseorang. 

Cuma yg ada ilmu itu boleh menjadi berkat atau tidak. Ianya bergantung pd sipenuntut yg mendapatkan ilmu itu memenuhi syarat atau adab dia menuntut ilmu. Begitu juga ttg rezeki yg berupa upah atau gaji yg diterima oleh seseorang guru drpd hasil dia menyampaikan ilmu kpd para pelajarnya. Halal atau tidak rezeki yg dia dapat bukanlah bergantung kpd dia hendak halalkan ilmu yg dia sampaikan kpd seseorang pelajar itu. Halal atau haram rezeki seseorang itu bergantung kpd sumber rezeki itu sendiri sama ada halal atau haram. Contoh menipu, makan riba ataupun makan rasuah dan sebagainya. Sesuatu pekerjaan itu boleh dinilai sama ada mengikut syariat atau sebaliknya jika ia menempuh 5 syarat berikut. 

Pertama, niat pekerjaan itu mestilah kerana Allah. Kedua, ketika dilaksanakan pekerjaan itu mestilah tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas spt solat. Jika sedang mesyuarat kemudian masuk waktu solat asar, maka wajib tangguhkan dulu mesyuarat tersebut. Dirikan solat asar dulu. Kemudian selepas solat baru sambungkan mesyuarat. Ketiga, pekerjaan yg dilakukan tidak ada percampuran perkara yg halal dan haram. Misalnya urusan perbankan sesuatu bank tidak boleh ada unsur riba di dalamnya. Sedangkan bank yg sama menawarkan perbankan Islam. 

Keempat, perkerjaan yg dilaksanakan mesti mengikut syariat. Contoh pekerja perlulah memakai pakaian yg menutup aurat. Kelima dan terakhir, natijah atau kesan drpd pekerjaan yg dilaksanakan mestilah membuahkan hasil yg baik. Seperti, ilmu yg disampaikan dpt memberikan kesedaran seseorang itu menjadi baik atau dpt merasai kebesaran dan keagungan Allah.

Sabtu, 6 September 2014

Bank

Aku > Bos, saya nak withdraw duit saya RMxx hari ini.
Kaunter > Owh, encik kena call duit awal 3-4 hari untuk ambik cash.
Aku > What ? Why I must wait for 3 fucking days !
Where is my money ?

#SembangMuhongChannelNetwork.

Skim Ponzi, Pyramid Scheme and so whatever they call it.

HQ > A > B > 2C > 4D

HQ menawarkan skim skim yang menjanjikan
untung yang sekian sekian.

Maka A pun masuk dengan bayar yuran pendaftaran pada HQ.
Untuk menbayar komisien si A,
maka HQ perlu mencari si B,

dan untuk mempercepatkan proses,
HQ menawarkan pairing bonus
kepada si A untuk mencari si B
untuk joint program yang sama.

Untuk membayar A dan B,
Kita perlu cari yuran penyertaan dari 2 orang Si C.

C pula kena cari 4 orang si D.
Sistem akan collapse apabila D tidak mampu mencari 8 orang E.

Setakat itu faham flow skim Ponzi/Piramid ?

===================================

FACTS : Bank adalah institusi yang buat duit atas duit.

1- Mengapa perlu call 3 4 hari untuk minta
keluarkan sum amount of cash at bank ?

Let say kita nak keluarkan RM500k ,
tetapi bank suruh collect pada the next 3 days.

Why ?

Dalam masa 3 hari, bank akan reserve transaction
cash yang dideposit oleh orang ramai
untuk dikeluarkan semula bagi kita.

- mudahkan urusan pentadbiran bank ,
tak perlu contact branch lain untuk ambik stok duit.

Dah cukup 3 hari,
datanglah ambik duit encik . Tq 

2- Buat duit atas buat duit.

Kalau minta RM500k cash by today,
Let say bank Singa terpaksa pinjam cash kat Bank Merah.

Bank Singa kena bayar OPR 0.25% atas duit
RM500k yang dipinjam dari bank Merah.

RM500k x 0.25% = RM1250

Value Bank Singa rugi = -RM1250
Value Bank Merah untung = +RM1250

Hanya disebabkan oleh OPR ( Overnigh Purchase Rate)
iaitu pinjman semalaman antara institusi kewangan.

Diterangkan kat link ini :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=828300753854610&l=e0b235b9ba

Back to the question,
Why I must wait for 3 days to withdraw my money !?

- untuk bank prepare cash sendiri
yang dideposit oleh pelanggan dalam
jangka masa 3 hari - supaya tak ambik OPR dengan bank lain.

Skim Ponzi kelolaan Bank :

Si A nak withdraw duit kat Bank ( HQ ), tapi HQ takdak duit.
So, HQ collect duit dari B, C dan D selama 3 hari.
Kemudian baru kasi kat si A.

p/s- bank tak simpan duit yang banyak,
untuk mengurangkan issue keselamatan seperti dirompak.
terbakaq and such thing.

===================================

Remember : Bank adalah institusi buat duit atas duit.

3- Fixed Deposit.

FD lazimnya sekitar 4% per year.
Let say 1 syarikat letak FD sebanyak RM10j kepada Bank Merah.
Bank Merah cuma bagi dividen 4% sahaja.

Kemana perginya FD RM10juta tu ?

A- bagi pinjaman perniagaan kepada syarikat lain.
11% interest per year.
Bank Merah makan dividen 7% per year.

FD = Bank Merah kasi 4%
Business Loan = Bank Merah caj 11%
Spread = 7% x RM10juta
= RM700k setahun buta karre ja bank makan.

Fixed Deposit tu bukan untuk mengkayakan si pemberi FD,
tetapi untuk mengkayakan BANK !!

Itu baru contoh bank ambik spread atas niagakan
duit FD customer digunakan untuk kasi Business Loan.

Kalau Bank Merah bagi OPR kepada bank lain ?
OPR = 0.25% x RM10juta = RM25,000 per overnight !

Setahun ada berapa hari ? 365
Overnight = 182 hari.
182 hari x RM25k = RM4.55j

Semua pusing duit client sahaja 
thats why nak withdraw duit sendiri kena tunggu 3 hari !

===================================

This is the best part.

4- Berapa banyak mesin ATM kat Malaysia ni ?
Dalam setahun, berapa kali anda pergi cucuk duit,
Duit dalam mesin ATM tu dah habis ?

Amat jarang sekali kan. 

SOP > semua mesin ATM mesti berisi dengan duit.
Kalau duit habih, Third Party Security Company kena pi bubuh.
* tak sure berapa tempoh masa, tapi mesti ada timeframe.

Bank Rimau ada 2000 ATM Machine di seluruh Malaysia.
Setiap ATM Machine kena ada RM200k dalam tu.

2000 x RM200k = RM400juta.

Setiap bank akan ada department yang menguruskan
pentadbiran ATM mesin nih.
Mereka mesti merangka dan plan cash reserve untuk ATM.

Bank Rimau perlu penuhkan ATM Mesin mereka RM400j,
maka berapa cash reserve mereka perlu ada ?

At least 30% simpanan cash reserve must be
sustain to maintain ATM Mesin.

Semua duit cash dari Branch akan dicollect,
untuk topup masuk ke ATM machine.

Sebab tu Bank takdak duit.
Dia pusing duit sahaja.

Ops jangan lupa, kalau cucuk ATM tak sama kad,
kena caj berapa ringgit ?
RM singgiiiittt !

ATM Machine = untuk mempercepatkan money circulation.
Kalau IBG Transfer = kena caj RM1
Ditarik RM1 tu dari dalam akaun hangpa.
Padan mua.

5- Cash Reserve Bank Rimau menurut
sumber berita : RM567billion

banyak kan duit bank ?
banyak atas kertas sahaja.
but the money circulate around us.

Kita tak tengok lagi bank buat duit atas FOREX.
Spread jualan RM0.04 untuk 1 matawang.

Dagangan matawang = RM10juta everyday.
How much the profit ?
RM0.04 x RM10juta = RM400k per day.

6- Siapakah yang paling banyak menyumbang
kepada Cash Reserve Bank ?

Means, Third Party yang collect cash
dari awam , then sumbat masuk ke bank.
Macam biasa, dana tu bank akan niagakan.

Banyak der.
i.e :
- Pengurup Wang Asing
- Syarikat Penerbangan
- Syarikat LebuhRaya
- Syarikat Entertainment
- Syarikat Fast Food
- Utility Company

===================================

Kesimpulan untuk bank :

1- Bank takdak duit sebenarnya.
Mereka just pusing duit customer yand dideposit,
dan circulate around us.

2- Di UK, ada akta yang menghalang orang ramai
daripada beramai ramai mengadap Sultan Firaun.
eh..
beramai ramai pergi withdraw duit deposit kat bank.
Bank will collapse if all of us pergi serentak keluarkan cash.

3- Nak memahami siapa Bank Negara sebenarnya ?
telusuri sejarah Rothschild Family.
or lihat money circulation dalam negara ini from Bird Eye View.
Jangan tengok dari bawah tempurung ye.

belanja video satu untuk hangpa :
http://www.youtube.com/watch?v=tGk5ioEXlIM

===================================

- Ada seorang kawan mai PM kita.
betui ka kalau kita JV dalam project tu,
mereka boleh bagi sekian sekian amount ?
George Soros pun mengaku kalah beb !

- Bank yang institusi kewangan besar pun
boleh kasi below than 10% setahun je bro !
Apesal banyak sangat untung ni bro ?

Itulah namanya mangkuk ayun,
Kecik kecik takmau mengaji ekonomi,
besaq besaq menyusahkan cikgu.

Kisah 1 : Mengapa diwujudkan AiEsBi 2 ?

Untuk membantu Bumiputera ? pftttt..
Untuk collect duit orang ramai untuk
diniagakan oleh institusi kewangan.
Itu jawapannya.

Untuk kasi nampak baik sikit,
akan keluarkan iklan yang muluk muluk
nampak produk itu bagus.

Dont believe what they tell you.
Learn from the inside.

Siapa yang buat banyak duit dengan Amanah Saham ?
Institusi kewangan.

Kisah 2 : Siapa yang menguruskan AiEsBi 2 ?

PNB buat untung untuk suku tahun kedua = berbillion ringgit ( ribu juta )
Berapakah jumlah dividen yang diberi
untuk pemegang saham ASB ?
= Ratus juta sahaja.

Still untung lagi, ( Ribu juta ) - ( Ratus juta ) = profit.

Siapa yang boleh kasi saya prospektus
dan laporan kewangan PNB untuk setiap suku tahun ?
Adakah PNB declare berapa keuntungan
yang mereka buat saban tahun ?

Seumur 24 tahun saya hidup,
mereka cuma declare dividen ASB hujung tahun sahaja.

Kalau ada laporan keuntungan PNB,
tunjuk mai kat cek sat aih.
Cek nak baca.

===================================

High Risk, High Return.

Ramai orang sudah tahu benar akan hal ini.

Nak High Return ?
terjunlah dalam bidang perniagaan.
Rugi sudah tentu, untung belum pasti.

Bermodalkan RM5000, boleh untung RM20,000 dalam masa 6 bulan.
400% increment dalam masa 6 bulan !

But the facts is, ada masa kita boleh rugi. 
Hangus terbakar duit semua sekali,
atau cuma hilang duit untung.

Thats why institusi kewangan kasi sekitar 10% sahaja setahun.
Too tiny dividen compare to their profit.

Why ?
Ingat, institusi kewangan ini ada sistem dan perkiraan mereka.
Dapat RM100juta duit awam, mereka akan trade
sekitar 30% sahaja dari nilai tersebut.

Kalau rugi ? Still have 10 months to go.
Kalau rugi ? Stil have balance 70% more.

===================================

Dalam FB haritu, ada aku baca tang mana taktau.
Mamat tu kata lagu ni :

Mamat A : Anda beri RM100k kepada HQ untuk beli barang A,
Kemudian HQ beli semula barang A tu pada harga RM200k,
tetapi bayarannya adalah secara bertangguh.

Let say HQ kasi RM20k x 10 bulan = RM200k.

Ingat modal kita pada HQ adalah RM100k.
Breakeven = pada bulan ke 5.

HQ buat ponzi skim ?
Ada RM100k, kasi RM20k bulan pertama : Balance RM80k
Ada RM80k, kasi RM20k bulan kedua : Balance RM60k.

Maka HQ kena cari New Buyer untuk
topup duit untuk bayar duit yang dijanjikan
kepada kita RM200k 

Apa yang aku nak bawa ke sini adalah :

Hangpa bagi RM100k kepada ASB,
End up ASB kasi 8% every year = RM8000 sahaja.

RM100k - RM8000 = RM92k lagi duit kita ada kat tangan ASB.

Boleh aku katakan di sini,
Bank dan skim ponzi pa bagai tu sama saja.
Ada lesen ? Dikira HALAL dan SAH.

So, apply la lesen. 

Kasi FD RM10juta ke bank,
Bank kasi kita 4% sahaja per year.
Kalau dia rugi ? duit kita still ada 96% lagi kat tangan dia.

Bezanya, BANK adalah institusi yang diberi lesen
untuk memungut duit orang awam dan naigakannya.
Ianya halal wasalan dan sah di sisi undang-undang malaysia.

Orang yang yakin dengan BANK = pergi le tauk duit kat bank.
Orang yang tak yakin = jangan minta macam-macam agreement
black n white pa bagai kat aku ! aku bukan bank !

===================================

Penutup :

Apabila berentap dengan bank,
Keputusan terbaik kita boleh dapat adalah SERI.
Bank always WIN. ( kecuali kes Genneva  )

Tak salah aih nak guna kemudahan yang disediakan oleh bank.
Ambik la business loan dengan bank.
Apedehal bayar 11% setahun kalau kita buat profit 400% 6 bulan.

tak salah aih nak guna LC ka, OD ka, CC , Hire Purchase,
Housing Loan pa bagai kat bank tu.
Gunalah. tak salah aih.

Hangpa ingat hangpa guna duit bank = OPM ?
bank pun guna OPM juga = Duit rakyat awam. 

tak salah nak guna kemudahan bank.
Kat mana lagi nak simpan duit kalau bukan kat bank ?
Yer dop ?

Main point this article here :

Bagaimana bank buat duit atas duit yang anda deposit.
Duit anda masih ada tercatat atas kertas ( buku akaun )
tetapi di belakang tabir, your money has been circulate
to other person/business.

If you want security, just use the bank system.
That's all.
How they making money ?
Do not concern about that, we just want a security on our deposit.
Betul ? 

Ingat nasihat ini :
Sebarang produk yang dikeluarkan oleh bank adalah
untuk mengkayakan BANK.

Pemuhung besar kalau dia buat iklan muluk muluk,
kata produk itu menguntungkan anda, ianya hanya
untuk kasi anda berahi serahkan duit kat depa.

Buka Gold Account Saving Book ?
Bagi duit, dapat buku.
Duit hangpa, aku ambik buat meniaga kat aku.
So, silalah tengok pergerakan chart Aurum.
Sementara dia nak naik melepasi harga belian hangpa,
Aku ( bank ) dah buat duit berganda ganda dah.

Facts :
Bank is a BUSINESS ENTITY.
their modus operandi ?
Use your money ( OPM ) to make more money.

Rujuk gambar :
Penyamun terbesar sekali yang diberikan lesen.

p/s- ada rakan friendlist saya yang kerja bank bahagian ini :
- managing money for ATM Machine.
- Treasury
- Foreign Exchange Dept.

Saya nak berkenalan-kenalan,

kalau cerita di atas tak betui,
ia hanya cerita muhung untuk hiburan saja.
Sudah ditegaskan ianya adalah #SembangMuhungChannelNetwork
poto: Aku > Bos, saya nak withdraw duit saya RMxx hari ini.
Kaunter > Owh, encik kena call duit awal 3-4 hari untuk ambik cash.
Aku > What ? Why I must wait for 3 fucking days  !
Where is my money ?

#SembangMuhongChannelNetwork.

Skim Ponzi, Pyramid Scheme and so whatever they call it.

HQ > A > B > 2C > 4D

HQ menawarkan skim skim yang menjanjikan
untung yang sekian sekian.

Maka A pun masuk dengan bayar yuran pendaftaran pada HQ.
Untuk menbayar komisien si A,
maka HQ perlu mencari si B,

dan untuk mempercepatkan proses,
HQ menawarkan pairing bonus 
kepada si A untuk mencari si B
untuk joint program yang sama.

Untuk membayar A dan B,
Kita perlu cari yuran penyertaan dari 2 orang Si C.

C pula kena cari 4 orang si D.
Sistem akan collapse apabila D tidak mampu mencari 8 orang E.

Setakat itu faham flow skim Ponzi/Piramid ?

===================================

FACTS : Bank adalah institusi yang buat duit atas duit.

1- Mengapa perlu call  3 4 hari untuk minta
keluarkan sum amount of cash at bank ?

Let say kita nak keluarkan RM500k ,
tetapi bank suruh collect pada the next 3 days.

Why ?

Dalam masa 3 hari, bank akan reserve transaction
cash yang dideposit oleh orang ramai
untuk dikeluarkan semula bagi kita.

- mudahkan urusan pentadbiran bank ,
tak perlu contact branch lain untuk ambik stok duit.

Dah cukup 3 hari,
datanglah ambik duit encik . Tq ^_^

2- Buat duit atas buat duit.

Kalau minta RM500k cash by today,
Let say bank Singa  terpaksa pinjam cash kat Bank Merah.

Bank Singa kena bayar OPR 0.25% atas duit
RM500k yang dipinjam dari bank Merah.

RM500k x 0.25% = RM1250

Value Bank Singa rugi = -RM1250
Value Bank Merah untung = +RM1250

Hanya disebabkan oleh OPR ( Overnigh Purchase Rate)
iaitu pinjman semalaman antara institusi kewangan.

Diterangkan kat link ini :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=828300753854610&l=e0b235b9ba

Back to the question,
Why I must wait for 3 days to withdraw my money !?

- untuk bank prepare cash sendiri
yang dideposit oleh pelanggan dalam
jangka masa 3 hari - supaya tak ambik OPR dengan bank lain.

Skim Ponzi kelolaan Bank :

Si A nak withdraw duit kat Bank ( HQ ), tapi HQ takdak duit.
So, HQ collect duit dari B, C dan D selama 3 hari.
Kemudian baru kasi kat si A.

p/s- bank tak simpan duit yang banyak,
untuk mengurangkan issue keselamatan seperti dirompak.
terbakaq and such thing.

===================================

Remember : Bank adalah institusi buat duit atas duit.

3- Fixed Deposit.

FD lazimnya sekitar 4% per year.
Let say  1 syarikat letak FD sebanyak RM10j kepada Bank Merah.
Bank Merah cuma bagi dividen 4% sahaja.

Kemana perginya FD RM10juta tu ?

A- bagi pinjaman perniagaan kepada syarikat lain.
 11% interest per year.
Bank Merah makan dividen 7% per year.

FD = Bank Merah kasi 4%
Business Loan = Bank Merah caj 11%
Spread = 7% x RM10juta 
= RM700k setahun buta karre ja bank makan.

Fixed Deposit tu bukan untuk mengkayakan si pemberi FD,
tetapi untuk mengkayakan BANK !!

Itu baru contoh bank ambik spread atas niagakan
duit FD customer digunakan untuk kasi Business Loan.

Kalau Bank Merah bagi OPR kepada bank lain ?
OPR = 0.25% x RM10juta = RM25,000 per overnight !

Setahun ada berapa hari ? 365
Overnight = 182 hari.
182 hari x RM25k = RM4.55j

Semua pusing duit client sahaja :)
thats why nak withdraw duit sendiri kena tunggu 3 hari !

===================================

This is the best part.

4- Berapa banyak mesin ATM kat Malaysia ni ?
Dalam setahun, berapa kali anda pergi cucuk duit,
Duit dalam mesin ATM tu dah habis ?

Amat jarang sekali kan. :)

SOP > semua mesin ATM mesti berisi dengan duit.
Kalau duit habih, Third Party Security Company kena pi bubuh.
* tak sure berapa tempoh masa, tapi mesti ada timeframe.

Bank Rimau ada 2000 ATM Machine di seluruh Malaysia.
Setiap ATM Machine kena ada RM200k dalam tu.

2000 x RM200k = RM400juta.

Setiap bank akan ada department yang menguruskan
pentadbiran ATM mesin nih.
Mereka mesti merangka dan plan cash reserve untuk ATM.

Bank Rimau perlu penuhkan ATM Mesin mereka RM400j,
maka berapa cash reserve mereka perlu ada ?

At least 30% simpanan cash reserve must be
sustain to maintain ATM Mesin.

Semua duit cash dari Branch akan dicollect,
untuk topup masuk ke ATM machine.

Sebab tu Bank takdak duit.
Dia pusing duit sahaja.

Ops jangan lupa, kalau cucuk ATM tak sama kad,
kena caj berapa ringgit ?
RM singgiiiittt ! 

ATM Machine = untuk mempercepatkan money circulation.
Kalau IBG Transfer = kena caj RM1
Ditarik RM1 tu dari dalam akaun hangpa.
Padan mua.

5- Cash Reserve Bank Rimau menurut
sumber berita  : RM567billion

banyak kan duit bank ?
banyak atas kertas sahaja. 
but the money circulate around us.

Kita tak tengok lagi bank buat duit atas FOREX.
Spread jualan RM0.04 untuk 1 matawang.

Dagangan matawang = RM10juta everyday.
How much the profit ?
RM0.04 x RM10juta = RM400k per day.

6- Siapakah yang paling banyak menyumbang
kepada Cash Reserve Bank ?

Means, Third Party yang collect cash
dari awam , then sumbat masuk ke bank.
Macam biasa, dana tu bank akan niagakan.

Banyak der.
i.e :
- Pengurup Wang Asing
- Syarikat Penerbangan
- Syarikat LebuhRaya
- Syarikat Entertainment
- Syarikat Fast Food
- Utility Company

===================================

Kesimpulan untuk bank :

1- Bank takdak duit sebenarnya.
Mereka just pusing duit customer yand dideposit,
dan circulate around us.

2- Di UK, ada akta yang menghalang orang ramai
daripada beramai ramai mengadap Sultan Firaun.
eh.. 
beramai ramai pergi withdraw duit deposit kat bank.
Bank will collapse if all of us pergi serentak keluarkan cash.

3- Nak memahami siapa Bank Negara sebenarnya ?
telusuri sejarah Rothschild Family.
or lihat money circulation dalam negara ini from Bird Eye View.
Jangan tengok dari bawah tempurung ye.

belanja video satu untuk hangpa :
http://www.youtube.com/watch?v=tGk5ioEXlIM

===================================

- Ada seorang kawan mai PM kita.
betui ka kalau kita JV dalam project tu,
mereka boleh bagi sekian sekian amount ?
George Soros pun mengaku kalah beb !

- Bank yang institusi kewangan besar pun
boleh kasi below than 10% setahun je bro !
Apesal banyak sangat untung ni bro ?

Itulah namanya mangkuk ayun,
Kecik kecik takmau mengaji ekonomi,
besaq besaq menyusahkan cikgu.

:3

Kisah 1 : Mengapa diwujudkan AiEsBi 2 ?

Untuk membantu Bumiputera ? pftttt..
Untuk collect duit orang ramai untuk 
diniagakan oleh institusi kewangan.
Itu jawapannya.

Untuk kasi nampak baik sikit,
akan keluarkan iklan yang muluk muluk
 nampak produk itu bagus.

Dont believe what they tell you.
Learn from the inside.

Siapa yang buat banyak duit dengan Amanah Saham ?
Institusi kewangan.

Kisah 2 : Siapa yang menguruskan AiEsBi 2 ?

PNB buat untung untuk suku tahun kedua = berbillion ringgit ( ribu juta )
Berapakah jumlah dividen yang diberi
untuk pemegang saham ASB ?
= Ratus juta sahaja.

Still untung lagi, ( Ribu juta ) - ( Ratus juta ) = profit.

Siapa yang boleh kasi saya prospektus
dan laporan kewangan PNB untuk setiap suku tahun ?
Adakah PNB declare berapa keuntungan
yang mereka buat saban tahun ?

Seumur 24 tahun saya hidup,
mereka cuma declare dividen ASB hujung tahun sahaja.

Kalau ada laporan keuntungan PNB,
tunjuk mai kat cek sat aih.
Cek nak baca.

===================================

High Risk, High Return.

Ramai orang sudah tahu benar akan hal ini.

Nak High Return ?
terjunlah dalam bidang perniagaan.
Rugi sudah tentu, untung belum pasti.

Bermodalkan RM5000, boleh untung RM20,000 dalam masa 6 bulan.
400% increment dalam masa 6 bulan !

But the facts is, ada masa kita boleh rugi. :)
Hangus terbakar duit semua sekali,
atau cuma hilang duit untung.

Thats why institusi kewangan kasi sekitar 10% sahaja setahun.
Too tiny dividen compare to their profit.

Why ?
Ingat, institusi kewangan ini ada sistem dan perkiraan mereka.
Dapat RM100juta duit awam, mereka akan trade
sekitar 30% sahaja dari nilai tersebut.

Kalau rugi ? Still have 10 months to go.
Kalau rugi ? Stil have balance 70% more.

===================================

Dalam FB haritu, ada aku baca tang mana taktau.
Mamat tu kata lagu ni :

Mamat A : Anda beri RM100k kepada HQ untuk beli barang A,
Kemudian HQ beli semula barang A tu pada harga RM200k,
tetapi bayarannya adalah secara bertangguh.

Let say HQ kasi RM20k x 10 bulan = RM200k.

Ingat modal kita pada HQ adalah RM100k.
Breakeven = pada bulan ke 5.

HQ buat ponzi skim ?
Ada RM100k, kasi RM20k bulan pertama : Balance RM80k
Ada RM80k, kasi RM20k bulan kedua : Balance RM60k.

Maka HQ kena cari New Buyer untuk
topup duit untuk bayar duit yang dijanjikan
kepada kita RM200k :)

Apa yang aku nak bawa ke sini adalah :

Hangpa bagi RM100k kepada ASB,
End up ASB kasi 8% every year = RM8000 sahaja.

RM100k - RM8000 = RM92k lagi duit kita ada kat tangan ASB.

Boleh aku katakan di sini,
Bank dan skim ponzi pa bagai tu sama saja.
Ada lesen ? Dikira HALAL dan SAH.

So, apply la lesen. :3

Kasi FD RM10juta ke bank,
Bank kasi kita 4% sahaja per year.
Kalau dia rugi ? duit kita still ada 96% lagi kat tangan dia.

Bezanya, BANK adalah institusi yang diberi lesen
untuk memungut duit orang awam dan naigakannya.
Ianya halal wasalan dan sah di sisi undang-undang malaysia.

Orang yang yakin dengan BANK = pergi le tauk duit kat bank.
Orang yang tak yakin = jangan minta macam-macam agreement
black n white pa bagai kat aku ! aku bukan bank !

:v

===================================

Penutup :

Apabila berentap dengan bank,
Keputusan terbaik kita boleh dapat adalah SERI.
Bank always WIN. ( kecuali kes Genneva :3 )

Tak salah aih nak guna kemudahan yang disediakan oleh bank.
Ambik la business loan dengan bank.
Apedehal bayar 11% setahun kalau kita buat profit 400% 6 bulan.

tak salah aih nak guna LC ka, OD ka, CC , Hire Purchase,
Housing Loan pa bagai kat bank tu.
Gunalah. tak salah aih.

Hangpa ingat hangpa guna duit bank = OPM ?
bank pun guna OPM juga = Duit rakyat awam. :3

tak salah nak guna kemudahan bank.
Kat mana lagi nak simpan duit kalau bukan kat bank ?
Yer dop ?

Main point this article here :

Bagaimana bank buat duit atas duit yang anda deposit.
Duit anda masih ada tercatat atas kertas ( buku akaun )
tetapi di belakang tabir, your money has been circulate
to other person/business.

If you want security, just use the bank system.
That's all.
How they making money ?
Do not concern about that, we just want a security on our deposit.
Betul ? ;)