Selasa, 16 September 2014

guru





samang

Berikut adalah kadar kompaun bagi setiap kesalahan. Kadar kompaun ini adalah harga asal dan akan meningkat jika lewat bayar.
  • Tidak memakai topi keledar – RM100
  • Memotong barisan secara berbahaya – RM150
  • Memandu di lorong kecemasan – RM150
  • Kesalahan lampu merah – RM150
  • Halangan lalulintas – RM150
  • Membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan – RM150
  • Lampu isyarat kenderaan kenderaan tidak berfungsi – RM100
  • Larangan meletak kenderaan – RM150
  • Larangan memotong di jalan raya – RM150
  • Melebihi had laju (melebihi 40 km/j dari had laju) – RM300
  • Melebihi had laju (kurang 40 km/j dari had laju) – RM150
  • Tidak memakai tali pinggang keledar – RM150
  • Tiada lesen kenderaan/motor – RM150
  • Memandu sambil menggunakan alat komunikasi – RM150
  • Tidak pamer “P” Depan/Belakang – RM70
Tidak mahu disaman? Patuhi undang-undang jalan raya.

mundur

KEPADA semua ahli PAS yang bermuktamar di Johor, sekali lagi saya ucapkan selamat datang ke Johor Darul Takzim. Pada minggu lalu, saya telah menulis tentang betapa pentingnya untuk PAS memahami realiti politik di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya Johor. Matlamat menawan Putrajaya hanya boleh dicapai dengan memenangi kerusi-kerusi campuran (pelbagai kaum) di Johor secara khususnya, dan "middle ground" Melayu di pantai barat secara umumnya.

PAS mengadakan muktamarnya di Parit Raja, Batu Pahat, hanya 40 minit dari kawasan saya, iaitu Kluang. Maka saya mengambil kesempatan untuk menjemput rakan-rakan PAS untuk hadir ke program Pesta Kluang pada malam 19 dan 20 September.

Muktamar PAS kali ini semestinya menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi dengan pertikaian yang tercetus lantaran krisis Selangor. Kocakan yang berlaku sekarang padahalnya pertembungan dua paradigma, satu situasi yang juga dialami DAP sekarang, apabila kita berada di persimpangan antara politik lama dengan politik baru.

Kita tersepit di antara perjuangan untuk kaum masing-masing dengan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia. Kalau "agenda Melayu" tidak cukup untuk memikat PAS, maka disogok pula dengan "agenda Melayu-Islam". Namun kita perlu meneliti isu-isu ini secara lebih mendalam, sebelum menari mengikut rentak Umno.

Apa itu agenda Melayu? Untuk siapa? Matlamatnya apa? Barangkali ada juga yang mempersoalkan, bolehkah seorang bukan Melayu memperjuangkan nasib Melayu?

Namun kita perlu mengupas lagi, adakah perjuangan untuk peluang pekerjaan dan gaji itu agenda Melayu? Adakah penentangan GST itu agenda Melayu? Adakah penambahbaikan sistem pengangkutan awam itu agenda Melayu? Adakah perkhidmatan kesihatan awam juga agenda Melayu?

Saya hanya membincangkan isu peluang pekerjaan dan gaji dalam ruang yang terbatas ini. Isu seperti GST, kesihatan awam dan pengangkutan awam akan saya bincangkan pada masa akan datang.

Secara ringkasnya, seandainya kaum digunakan sebagai unit untuk perbincangan, maka Melayu menerima impak paling ketara lantaran pelaksanaan GST; anak muda Melayu adalah majoriti mangsa kemalangan motosikal (meninggal mahupun cedera parah) kerana tiadanya sistem pengangkutan awam yang baik; dan kebanyakan mereka yang berdepan dengan masalah perkhidmatan yang kurang berkesan (seperti ambulan yang datang lambat ketika kecemasan) adalah orang Melayu.

Ironinya, isu-isu ini tidak dianggap sebagai isu utama dalam politik Malaysia.

Dan pengamatan saya mendapati peluang pekerjaan untuk anak muda Melayu telah berkurang, malah gajinya pun rendah. Apakah sebabnya?

Faktor yang paling penting adalah kewujudan pekerja asing tanpa kemahiran. Statistik baru-baru ini menunjukkan bahawa negara kita mempunyai pekerja asing dengan izin seramai 2.4 juta orang. Tuhan sahaja yang tahu angka sebenar pekerja asing tanpa izin di Malaysia.

Saya bukan menentang kemasukan pekerja warga asing. Dari segi ekonomi, pakar-pakar luar atau pekerja asing yang berkemahiran biasanya boleh bantu "jump-start" sesuatu sektor yang tiada kemahiran tempatan. Tetapi seandainya McDonald’s, 7-eleven dan KFC pun mula mengupah pekerja asing, saya risau satu hari nanti semua anak muda Melayu terpaksa menjual burger di tepi jalan.

Anak Malaysia dididik sejak awal bahawa Tun Dr. Mahathir pun pernah menjual pisang goreng, dan Melayu yang paling hebat adalah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Anak Malaysia dibuai dengan khayalan bahawa semua berpeluang menjadi kaya-raya seperti Tan Sri Syed Mokhtar dengan "bisnes". Apa yang tidak dimaklumkan kepada umum adalah beliau memperoleh kontrak besar-besaran daripada kerajaan dan boleh berhutang besar dengan bank tanpa diusik oleh bank - nasib yang tidak dikongsi dengan kita semua.

Kalau semua anak Melayu menjual burger atau nasi lemak, negara tidak akan maju ke mana-mana.

Kerajaan mengimport pekerja asing tanpa kemahiran dengan alasan bahawa pekerja tempatan tidak ingin bekerja di suasana 3D (dirty, dangerous, demeaning) - kotor, bahaya dan keji. Sudah tentu rakyat Malaysia enggan bekerja di kilang jikalau gajinya RM600 sebulan. Tetapi semestinya ramai yang akan bertimbang semula jikalau gaji bulanannya RM2000. Persoalannya bolehkah majikan membayar gaji RM2000 tanpa mengundang muflis? Memang ada kemungkinan itu. Tetapi, ekonomi yang sihat akan memperlihatkan petanda-petanda seperti kenaikan gaji, kemahiran dan produktiviti.

Seandainya pekerja asing tidak membanjiri pasaran, maka majikan terpaksa melabur dalam teknologi dan automasi yang memerlukan lebih ramai pekerja berkemahiran (dan bukan pekerja tanpa kemahiran). Lebih ramai pekerja terlatih dalam suasana yang lebih bergantung kepada teknologi, kemahiran dan automasi, sudah tentunya produktivitinya melonjak dan gaji yang lebih tinggi boleh ditanggung oleh majikan.

Soalan selanjutnya, mengapa kerajaan tidak mengambil pendekatan dasar sedemikian? Kerana pendekatan ini tidak menguntungkan kroni-kroni yang mendapat permit untuk membawa masuk pekerja asing. Itu sahaja. Siapakah kroni yang memegang permit-permit ini? Ramainya kroni Umno yang berketurunan Melayu.

Jadi, mengapa peluang pekerjaan dan gaji bukan agenda Melayu? Kerana agenda Melayu kita ini tertumpu kepada isu identiti sahaja. Mengikut hujah agenda Melayu sekarang, musuh Melayu itu Cina. Cinalah yang menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku sekarang.

Sedar atau tidak, agenda ini terikut-ikut dengan rentak propaganda Umno, yang didendangkan Utusan Malaysia dan TV3 saban hari. Bagaimana kita mendapat jawapan yang betul untuk memperjuangkan nasib Melayu sedangkan kita terikut-ikut untuk menjawab soalan salah yang sengaja ditimbulkan musuh untuk mengelirukan keadaan?

isteri

"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"

Jawapan Ustaz :

"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai durhaka pd Allah
SWT. 

Karena isteri, rezekimu bertambah. 

Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.

Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.

Kerana isteri, tenang hati mu.

Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.

Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimata
mu, baginya besar bagi dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

renungan sepintas lalu...

Mengapa WANITA sering menangis?? Jawab Allah :

Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.

KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,

KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,

KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,

KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,

KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh
teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.

WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk
membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

WANITA sangatlah istimewa...
.... Kirimkan pd WANITA yg kamu sayangi...
.... Kirimkan juga pd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan
agar tau bahwa WANITA.....ciptaan Allah yg istimewa..

Teka teki islam

Slalu org bg teka teki duniawi, cuba jwb teka teki islam ni:

1. Ada seseorang menemukan bangkai di jalan, kemudian dia makan sampai kenyang dan sisanya dia bawa pulang. Padahal dia tidak gila, tidak kelaparan, juga tidak terpaksa. Mengapa blaku demikian?

2. Pada dasarnya, tanah boleh menggantikan air.
Orang yang hadas kecil dan dia tidak memiliki air, boleh tayammum dengan tanah. Orang yang junub dan tidak mendapatkan air, boleh tayammum dengan tanah juga. Tapi ada satu keadaan,dimana air pula yg menggantikan tanah. Keadaan apakah itu?

3. Pada dasarnya, semua benda yang boleh diperjual belikan, boleh juga disedekahkan, atau
dihadiahkan. Tapi ada benda yang boleh dihadiahkan, tapi tidak boleh diperjual belikan.
Benda apakah itu?

4. Ada sesuatu yang tersusun lebih dari 100
bagian, tetapi jika dibagi dua hasilnya kurang dari dua puluh? Apakah itu?

5. Ada Orang yang solat tanpa rukuk dan tanpa
sujud, padahal dia sihat dan anggota badannya lengkap. dan solat statusnya sah. Bagaimana itu blh terjadi?

6. Ada org yg solat tp tahiyat nya 4 kali.. Solat apa ya?

7. Solat jahar adalah yang rakaat pertama dan keduanya di keraskan bacaannya. Dan solat sir rakaat selepasnya. APAKAH solat sirr berjamaah apa yang terletak antara dua solat jahar berjamaah?

8. Sebutkan ibadah sunat yang jika seseorang melakukannya, maka pada waktu yang sama,
seluruh manusia dimuka bumi tidak ada yang melakukannya?

9.Islam menganjurkan untuk selalu melakukan ibadah wajib. Sebutkan ibadah wajib yang hanya boleh dilakukan sekali ;jika dilakukan lebih dari sekali akan ada penyesalan dalam hidupnya.

[14:46, 9/6/2014] Dr. Sukki: 1. Bangkai yg dihalalkan, yaitu bangkai laut (ikan) atau belalang, didasarkan pada sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

أُحِلَّتْ لَكُمْ مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ

“Dihalalkan bagi kalian dua bangkai dan dua darah. Adapun dua bangkai tersebut adalah ikan dan belalang. Sedangkan dua darah tersebut adalah hati (lever) dan limpa. [HR Ibnu Majah no. 3314 dan dishohihkan Syeikh Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no.1118]

2. Keadaan orang yg tinggal di atas kapal/laut dan sedang menyelenggarakan jenazah. Maka mayit dibuang di Laut dapat menggantikan dikuburkan di tanah.

3. Hewan kurban. Sebelum statusnya jadi kurban boleh diperjualbelikan. Setelah jadi kurban, tidak boleh diperjualbelikan apapun bagiannya, kecuali apabila dihadiahkan.

4. Al-Qur'an al-Karim terdiri dari 114 surat, tapi jika kita buka pertengahan mushaf, maka kita temukan tengah al-qur'an ada di surat ke-18. Kurang dari 20.

5. Sholat jenazah.

6. Orang yg masbuq ketika sholat maghrib dan mendapati imam telah lewat ruku' pada rakaat kedua dan blm bangun ke rakaat ketiga. Sehingga tahiyat nya menjadi 4x.

7. Sholat ashar pada hari Jum'at, karena itu menjadi sholat siir ditengah2 sholat jum'at yg jahar dan maghrib yg jahar.

8. Mencium hajar aswad adalah sunnah, ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahwa engkau hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu” (HR. Bukhari no. 1597, 1605 dan Muslim no. 1270) Kalau seseorang sedang mencium nya, maka yg lain harus menunggu

9. Berkhatan atau bersunat