Ahad, 5 Oktober 2014

saiful nang

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG
Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).
Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.
Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.
Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun na
k bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).
Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.
Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?
Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.
Turunlah Datuk Seri, Turunlah....
Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.
Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.
Untuk pengetahuan Datuk Seri,
jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".
Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.
Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.
Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.
Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi ja
dikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.
Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 2 4 jam itu marhaen akan bekerja.

Bertimbang taralah...
Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.
SAIFUL NANG
Orang Marhaen

//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap.

///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

harga

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah? Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.”

(Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya. Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.”
(Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.”
(Riwayat Muslim)

hati2 hawa

UNTUK KAUM HAWA!!.. Tolong dan tolong dan tolong ambil PERHATIAN DAN SEBARKAN HAL NI!!! demi masa korang.. Dan tlg block num ni skrg!! 019 9929406!!! Dia dftr ats nama pmpn tp lelaki yg kol.. Ckp, sopan nk mampoih!! Location : unknown!!
Wallahi ni kena dekat aku sndr.. Tp Allah masih menyayangi aku dn pelihara aku.. Alhamdulillah.. Aku dpt pnggln dr ssorang yg x dknali.. Dia knlkan diri sbgai seorang STAF UNIMAP BAHAGIAN KESIHATAN.. Ni antara conversation
Unknown : ni Nabila Amira Bt ******** kad pengenalan, ******
Aku : ya sy.. Knp ar?
Unknown : haritu ada buat medical check up dkt unimap ke?
Aku : ya.. Dh lma dh.. Awl msuk unimap lg..
Unknown : sy bru dpt pngesahan yg air kencing dn darah awk, ada mslh.. Cik ad sakit d bhgian dada x? Sbb kmi dpti cik ad mslh dkt bhgian itu.. Bkn cancer.. Tp ad bhgian lemak d bhgian tersebut.. Jadi cik kna ikut senaman yg sy suruh.. Utk brubat..

Aku : sy ad dkt luar ni.. Lg pn medical check up dh lama bt.. Bole x nnt kita bt senaman tu dekat pusat kesihatan unimap?
Unknown : cik kna bt senaman tu segera.. Cik ad d mn? Mntk cik utk baring dn ikut senaman yg sy suruh.. Cb check dkt breast cik..
Aku : xpe2.. Tggu nnt kita bt dkt pusat kshtn unimap.. Nk taw jgk mklumat lanjut..
Unknown : doktor xde.. Dia ada hal.. Cik tlg baring ye dan check bhgian breast cik
Aku : sy dkt luar ni.. Lg pn sy xdak dkt perlis.. Nnt kita jmpk dkt pusat kshtn unimap..

Unknown : cik ad d mn skrg? Cik kna baring dn bt senaman
Aku : sy xde d perlis.. Sy ad d kmpg.. Dkt luar ni.. Nnt kita jmpk dkt pusat kshtn unimap
Unknown : tuttt tutt tutt.. Truz ltk fon...

Trus p balai polis alor star.. Bt laporan.. Dan ad sorang pgawai polis ckp, tunang dia pernah kena.. Num yg org tu kol aku sama dgn num pgawai polis tu save *celak*** Yg tunang pgawai dia kata, pmeriksaan psl hiv test.. Ad problem..so kna ikut apa yg dia suruh utk brubat.. Nasib tunang dia xbt a -z.. Kalau x, mengandung la 9 bln tnp bapa dn tnp d sentuh oleh mn2 lelaki.. Everything diaorg hntar mlalui ilmu hitam.. Nasib aku ad kat luar.. Kalau time tu aku dh tdo, angkt fon mamai mamai.. Pakai ppppppppp la aku.. Nauzubillahminzalik.. Dia akan kol wktu mlm ke ats.. Sbb sng dia nk pukau kita time kita sparuh sedar..

Antara maklumat dn cara sgt weird..!!!
1) medical check up tu bt time awl masuk unimap.. Now aku dh 4th year.. Y baru skrg dpt jwpn n nk detect e2 ni??
2) knp pksa suruh baring n ikut apa yg dia suruh
3) dia kol aku pkul 10.40 mlm td.. ( luar msa office)
4)knp dia xnk jmpk dkt pusat kshtn unimap??
[8:32pm, 9/29/2014] SK Afrina: Weh, korang mohon baca sgt apa yg aku hntr tu. Utk keselamatan korang. Aku dah kena beberapa hari yg lepas. Sebiji sama mcm tu. Rumet aku pun dah kena td tolong sebarkan. Tq (daripada kawan yun uthm jugak nihh)
kawan kat uitm ni dah ada yg kena

doa wukuf

Mohon di kongsi bersama..
Doa:
Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu.
Di bawah doanya sebelum waktu berbuka puasa sunat ZulHijjah;
(15 min sebelum waktu berbuka)
In Shaa Allah
Bismillaahirrahmaa nirrahiim
MUNAJAT ZULHIJJAH…
Ya Allah… ya Rahman… ya rahim…
Dalam dakapan ZulHijjah yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami.. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami... kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah... ya Rahman... pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami... kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk keluarga kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh… golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai… apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU.. maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2… dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab..
Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah… agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada d klgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti.. sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati.. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu.. sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah…. Jgnlah kau jdkan sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn ZulHijjah yg akn dtg… Tapi, Andai ini ZulHijjah terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ZulHijjah ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah… jdkanlah ZulHijjah ini sebagai penghapus dosa2 kami..
Ya Allah.. terimalah amalan kami.. terimalah taubah kami.. ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiiin Ya Rabbal'alamin

Sunnah raya

'Ilmu-'ilmu yang berkaitan dengan 2 Hari Raya Islam.
Solat hari raya hukumnya adalah wajib menurut sebahagian 'ulamak dan sebahagian lagi mengatakan hukumnya sunat muakkad.
Waktu solat hari raya adalah setelah terbitnya matahari.
Solat hari raya disunatkan untuk dilakukan di tanah lapang.
Disunatkan untuk mandi junub sebelum menunaikan solat hari raya.
Disunatkan berwudhuk terlebih dahulu sebelum menuju ke tempat solat.
Disunatkan untuk memakai pakaian yang terbaik untuk menunaikan solat.
Disunatkan untuk para lelaki memakai wangi wangian dan makruh atau haram wanita yang berlebih-lebihan dalam memakai minyak wangi yang baunya sangat kuat.
Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya 'idul fitri dan disunatkan tidak makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat 'idul adha dan disunatkan makan daging binatang korban yang yelah dimasak setelah solat.
Disunatkan pergi menunaikan solat dengan jalan yang lain dan pulang dengan jalan yang lain.
Disunatkan untuk berjalan kaki ke tempat solat dan tidak berkenderaan.
Disunatkan untuk banyak bertakbir yakni membesarkan Allah pada hari raya 'idul fitri dan 'idul adha samada di rumah, di jalanan atau ditempat-tempat yang sesuai untuk berzikir kepada Allah.
Disunatkan banyak bersedekah pada 2 hari raya besar Islam.
Tidak ada azan dan iqamat untuk solat hari raya.
Solat hari raya dua raka'at. Disunatkan raka'at pertama bertakbir tujuh kali dan lima kali pada raka'at kedua.
Disunatkan bagi imam agar membaca Surah Al-A'la pada raka'at pertama dan Surah Al-Ghasyiah pada raka'at kedua.
Disunatkan bagi para makmum untuk mendengar khutbah setelah solat.
Wanita haid juga diperintahkan juga untuk keluar menghadirikan diri ke tanah lapang untuk merayakan syi'ar islam. Akan tetapi dia tidak dibenarkan solat dan dia boleh mendengar khutbah.
Disunatkan apabila bertemu dengan saudara atau sahabat handai yang lain untuk mengucapkan do'a atau perkataan yang baik seperti Taqabbalallahu minna wa minkum atau do'a-do'a lain yang sesuai.
Diwajibkan bagi yang mampu untuk berkorban pada hari raya 'idul adha.
Waktu menyembelih korban adalah setelah menunaikan solat 'idul adha sehingga berakhirnya hari-hari tasyriq.
Disunatkan bagi orang yang berkorban untuk menyembelih binatang korban dengan tangannya sendiri.

Digalakkan pisau yang digunakan untuk sembelih sangat tajam agar binatang korban itu tidak tersiksa dan mudah diuruskan.
Tidak digalakkan menyembelih binatang korban dihadapan binatang korban yang lain.
Disunatkan menyembelih binatang korban di tanah lapang yang didirikan solat hari raya di situ.
Dilarang menyembelih binatang korban yang cacat.
Hendaklah menyembelih binatang korban yang sudah cukup umur.
Disunatkan untuk menyembelih binatang korban yag gemuk.

Diwajibkan bagi seseorang yang ingin menyembelih untuk mengucapkan nama Allah "Bismillah" sebelum menyembelih agar tidak dikira bangkai.
Disunatkan bagi penyembelih dan binatang yang ingin disembelih untuk menghadap ke qiblat.
Disunatkan bagi penyembelih agar meletakkan satu kakinya di atas bahagian tepi binatang yang ingin disembelih sebelum menyembelih.

Diwajibkan menyebut nama Allah kemudian disunatkan bertakbir sekali sebelum menyembelih iaitu:
"Bismillah Allahu Akbar".
Disunatkan menyembelih unta dalam keadaan unta tersebut berdiri dan diikat satu kakinya.
Disunatkan binatang korban selain daripada unta disembelih dalam keadaan terbaring.
Disunatkan daging binatang korban yang diniatkan untuk berkorban bukannya niat bernazar agar diagihkan 1/3 diberikan kepada yang berkorban, 1/3 disedekahkan dan 1/3 disimpan atau dihadiahkan.
Haram memberi upah daging binatang korban kepada tukang sembelih.

Dan lain-lain.
Wallahu a'lam.