'Ilmu-'ilmu yang berkaitan dengan 2 Hari Raya Islam.
Solat hari raya hukumnya adalah wajib menurut sebahagian 'ulamak dan sebahagian lagi mengatakan hukumnya sunat muakkad.
Waktu solat hari raya adalah setelah terbitnya matahari.
Solat hari raya disunatkan untuk dilakukan di tanah lapang.
Disunatkan untuk mandi junub sebelum menunaikan solat hari raya.
Disunatkan berwudhuk terlebih dahulu sebelum menuju ke tempat solat.
Disunatkan untuk memakai pakaian yang terbaik untuk menunaikan solat.
Disunatkan untuk para lelaki memakai wangi wangian dan makruh atau haram wanita yang berlebih-lebihan dalam memakai minyak wangi yang baunya sangat kuat.
Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya 'idul fitri dan disunatkan tidak makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat 'idul adha dan disunatkan makan daging binatang korban yang yelah dimasak setelah solat.
Disunatkan pergi menunaikan solat dengan jalan yang lain dan pulang dengan jalan yang lain.
Disunatkan untuk berjalan kaki ke tempat solat dan tidak berkenderaan.
Disunatkan untuk banyak bertakbir yakni membesarkan Allah pada hari raya 'idul fitri dan 'idul adha samada di rumah, di jalanan atau ditempat-tempat yang sesuai untuk berzikir kepada Allah.
Disunatkan banyak bersedekah pada 2 hari raya besar Islam.
Tidak ada azan dan iqamat untuk solat hari raya.
Solat hari raya dua raka'at. Disunatkan raka'at pertama bertakbir tujuh kali dan lima kali pada raka'at kedua.
Disunatkan bagi imam agar membaca Surah Al-A'la pada raka'at pertama dan Surah Al-Ghasyiah pada raka'at kedua.
Disunatkan bagi para makmum untuk mendengar khutbah setelah solat.
Wanita haid juga diperintahkan juga untuk keluar menghadirikan diri ke tanah lapang untuk merayakan syi'ar islam. Akan tetapi dia tidak dibenarkan solat dan dia boleh mendengar khutbah.
Disunatkan apabila bertemu dengan saudara atau sahabat handai yang lain untuk mengucapkan do'a atau perkataan yang baik seperti Taqabbalallahu minna wa minkum atau do'a-do'a lain yang sesuai.
Diwajibkan bagi yang mampu untuk berkorban pada hari raya 'idul adha.
Waktu menyembelih korban adalah setelah menunaikan solat 'idul adha sehingga berakhirnya hari-hari tasyriq.
Disunatkan bagi orang yang berkorban untuk menyembelih binatang korban dengan tangannya sendiri.
Digalakkan pisau yang digunakan untuk sembelih sangat tajam agar binatang korban itu tidak tersiksa dan mudah diuruskan.
Tidak digalakkan menyembelih binatang korban dihadapan binatang korban yang lain.
Disunatkan menyembelih binatang korban di tanah lapang yang didirikan solat hari raya di situ.
Dilarang menyembelih binatang korban yang cacat.
Hendaklah menyembelih binatang korban yang sudah cukup umur.
Disunatkan untuk menyembelih binatang korban yag gemuk.
Diwajibkan bagi seseorang yang ingin menyembelih untuk mengucapkan nama Allah "Bismillah" sebelum menyembelih agar tidak dikira bangkai.
Disunatkan bagi penyembelih dan binatang yang ingin disembelih untuk menghadap ke qiblat.
Disunatkan bagi penyembelih agar meletakkan satu kakinya di atas bahagian tepi binatang yang ingin disembelih sebelum menyembelih.
Diwajibkan menyebut nama Allah kemudian disunatkan bertakbir sekali sebelum menyembelih iaitu:
"Bismillah Allahu Akbar".
"Bismillah Allahu Akbar".
Disunatkan menyembelih unta dalam keadaan unta tersebut berdiri dan diikat satu kakinya.
Disunatkan binatang korban selain daripada unta disembelih dalam keadaan terbaring.
Disunatkan daging binatang korban yang diniatkan untuk berkorban bukannya niat bernazar agar diagihkan 1/3 diberikan kepada yang berkorban, 1/3 disedekahkan dan 1/3 disimpan atau dihadiahkan.
Haram memberi upah daging binatang korban kepada tukang sembelih.
Dan lain-lain.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan