Setiap kali kita buat maksiat/dosa, kita bersembunyi dari manusia. Kita risau dilihat manusia. Kita malu, kita segan jika dilihat manusia.
Sebab tu fenomena seperti :
1- Bergayut dalam selimut dengan pakwe/makwe
2- Dating di tempat yang susah dikesan
3- Letak nama lain bila SMS dengan lelaki/perempuan yang kita intim
2- Dating di tempat yang susah dikesan
3- Letak nama lain bila SMS dengan lelaki/perempuan yang kita intim
berhubung
Ini untuk orang couple. Dan macam-macam lagi contoh yang boleh bawa.
Kalau takut pada manusia, kenapa tidak takut kenapa Allah?
Rasa Allah tak nampak?
Walaupun kita tidak melihat Allah, tetapi ingatlah Dia melihat kita. Setiap tingkah perbuatan kita dilihat dan dihitung Dia.
Jangan rasa seronok bercinta dengan manusia dan dapat berselindung dengan orang lain. Percayalah, aib itu jika mahu dibuka Allah, sekejap cuma terbuka dan terdedah. Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti, itu pasti.
Saya juga agak bosan dengan gejala cinta Islamik yang dibawa oleh ramai orang sekarang. Bertaqdim. Bertunang. Apa saja istilah yang digunakan, semua itu sama sekali tidak menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Cuma ikatan perkahwinan saja yang menghalalkannya.
Percayalah, semakin rosak dunia ini dengan orang-orang alim yang mengaku sebagai daie, tapi dalam diam, mereka berterusan ,melakukan dosa-dosa kecil.
Benarlah manusia itu tidak pernah lepas dari dosa. Begitu juga saya, pendosa yang mengaku daie. Tapi berusahalah untuk mengelak dari dosa-dosa tersebut.
Sedaya upaya mungkin berusaha untuk menjauhi serta mujahadah dengan kuat.
Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau tengok gambar dia dalam FB. Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau fikir modal nak sms dia. Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau spend masa fikir angan-angan dengan dia. Kau kata kau mujahadah, bila sedikit tergugat, kau terus tergoda dan cair. Kau kata kau mujahadah, berapa banyak kali kau tadah doa dari Allah?
Kau jangan cakap soal mujahadah kalau kau tak buat apa pun melainkan sekadar berkata 'mahu mujahadah'.
Berhentilah bermesej yang sia-sia dengan ajnabi. Berhentilah berhubung tanpa asbab dengan ajnabi.
Mungkin ia perkara yang kecil, sekadar berSMS, tapi percayalah setiap benda besar bermula dengan perkara kecil.
Tidak berlaku zina melainkan permulaannya cuma SMS lelaki dan wanita yang biasa-biasa. Tidak berlaku zina melainkan perasaan 'takpa' antara lelaki dan wanita dalam berhubung.
Aku takut aku diuji dengan kata-kata aku sendiri, tapi ia tidak menghalang aku untuk menyampaikan hikmah yang benar. Kerana saban hari aku melihat sahabat-sahabat aku yang bergelar daie begitu asyik bercinta dengan cara islamiknya. Aku juga takut dengan ujian itu menimpa diriku. Aku cuma mampu berserah pada Allah agar melindungi aku dari sekecil-kecil zina hingga ke sebesar-besar zina.
Kata-kata ini bakal mengguris ramai orang, aku tahu. Dan bakal dihelahkan dengan pelbagai hujah. Aku juga tahu. Tapi tanggungjawab aku adalah menyampaikan. tanda tidak senang aku dengan fenomena ini.
Kadang-kadang aku takut, gersangnya dakwah hari ini, kerana para daie yang tidak menjaga dosa-dosa kecil. Gersangnya dakwah ini kerana para daie yang syok sendiri dalam dunia 'islamik' ciptaannya.
Apalah bezanya kita dengan mereka yang bercouple. Bezanya cuma mereka jaharkan percintaan mereka, kita pula senang hati melakukannya dalam keadaan tertutup dan bersembunyi. Mereka berdua-duaan di alam nyata, kau pula berdua-duaan di alam cyber dan teknologi. Apa bezanya kau dengan mereka?
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan