Isnin, 13 Oktober 2014

ikhlasnya kita beriman

Di tv semalam, ada berita pasal kalimah Allah yang dijumpai atas daging korban.
dan kalau benda2 macam tu dijumpai oleh golongan islam melayu macam kita,
perkara itu adalah perkara ajaib yg digembar gembur sebagai "kekuasaan Allah Yang Maha Esa",

dan kalau dijumpai oleh page2 desperate like, diorang suruh "jika kagum dengan kekuasaan Tuhan, tekan like?",
Maafkan aku, namun aku adalah orang yang gagal melihat korelasi antara kalimah Allah yang dijumpai pada tomato, ikan arowana, daging lembu, mahupun di ikan flower horn,dan di kulit2 binatang sebagai perkara perkara ajaib yang menaikkan iman. 

Aku juga gagal meletakkan perkara sebegitu sebagai pasak kekaguman aku pada Tuhan.
aku kagum pada Tuhan, sebenar benar kagum. Bagi aku kagum kita pada Tuhan perlu dilihat kepada betapa agung dan indahnya Al Quran, kepada kompleksnya penciptaan alam dan manusia, dan kepada betapa berseninya seluruh penciptaannya.


aku mahu memilih untuk pasakkan iman pada benda benda sebegitu,sebabnya perkara sebegitu adalah ampuh dan kukuh, dan benda2 ajaib dan kebetulan seperti kalimah Tuhan yang dijumpai itu, adalah goyang dan reput


pendapat aku, adalah perkara menyedihkan jika islam kita sekarang masih terpasak pada benda2 ajaib dan aneh yang berlaku. Kita jadi kagum pada Tuhan, tapi bila?
"bila tsunamai berlaku, namun hanya masjid yang terselamat"
"bila kita potong tomato, ada kalimah Allah, lalu kita pun terus solat taubat"
"bila ada pokok depan rumah yang bersujud ke kiblat"


sejenak terfikir, bukankah jika islam kita sebegitu, islam kita islam bersyarat.
islam kita hanya islam tunggu benda ajaib dan "signal" dari Tuhan,
jika nanti suatu masa, jika tiada lagi perkara-perkara ajaib dan aneh berlaku, tiada lagi dijumpai kalimah Allah pada tomato dan daging korban,
masih sudikah kita beriman dan kagum pada Yang Maha Hebat,
maka disitu letaknya persoalan, sejauh manakah ikhlasnya kita beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan