Ahad, 5 Oktober 2014

buah

sy nak share kisah sebagai pedoman pd semua!
sy nak beli buah, singgah di gerai buah tepi jln... masa sy keluar kereta, sy disapa oleh seorg lelaki berbangsa cina yg agak gempal tubuhnya 'cikgu! cikgu! sudah lama talak (tak) jumpa, aku sulah boleh baca cikgu' sy terpinga, tak berapa cam muka, memandangkan dia panggil sy cikgu, makanya mungkin seseorg yg sy kenal pd masa lampau... sy senyum dan tanya beberapa soalan utk imbau kembali memori, rupanya dia adalah bekas anak murid sy di sek men hutan melintang, begini kisahnya, dulu masa sy belajar di USM, setiap kali cuti sem, 


sy Akan jadi guru ganti or guru sandaran di sir Anthony, sek men hutan melintang dan pelbagai sekolah... masa sy jadi guru ganti di sek hutan melintang, umur sy 20 dan budak itu (chong bukan Nama sebenar) form 1, since sy guru ganti (cikgu bersalin) makanya sy diberi class yg last sekali dimana semuanya budak budaknya digelar samseng, tak tahu membaca dan ramai cikgu yg tak suka class tersebut... pada mulanya sy pelik juga, apa mereka buat kat sek rendah dari darjah 1 sampai darjah 6? bila form 1 masih tak tahu baca? masa zaman sek, sy class 1st so tidak mengalami masalah akademic sebab semua org pun pandai... so musykil ttg kes ini... anyway, walaupun sy dah diberitahu ttg background pelajar pelajar tersebut, luckily sy tidak berprasangka buruk, walaupun sy tahu mereka semua samseng dan di label bodoh dgn pelbagai perspective negative... sy masuk class dgn happy mood, 

sy dekati mereka semua dgn kasih syg dan ajar mereka abc, membaca dan basic calculation... sy menangi hati mereka dgn belanja chocolate, aiskrim dan tunjuk caring... chong ni Ketua samseng dlm class tu, bila sy dh menangi hatinya, baru la sy tahu punca dia jadi samseng, bapa dia mechanic, ibu dia tak bekerja, parent selalu bergaduh, dari kecil parent dia maki hamun, kat sek pula dibenci oleh cikgu sebab menimbulkan byk masalah disciplines... tidak dibimbing, tidak disayangi so macamana la dia tak jadi samseng? kesian sebenarnya, makanya sy gunakan tempoh kurang lebih 2 bulan utk hasut chong ni berubah, masa sy nak tinggalkan sek tu, sy pesan kat dia, nanti terus belajar sampai boleh baca dgn lancar dan jgn gaduh gaduh... masa sy baik dgn chong, keje sy Lagi mudah sebab dia ketua samseng so semua kwn kwn dia terpaksa akur dan ikut sy belajar... keje yg sy bagi pun semua mereka siapkan... boleh baca 3 suku kata n etc dlm masa yg singkat...

 mereka tak bodoh sebenarnya tp terabai dan tidak disayangi... org yg tidak cukup kasih syg pasti bermasalah... sungguh tak sangka, now sy dah umur 33, beza umur kami 7 tahun, dah 13 tahun masa berlalu, dia masih ingat kat sy, syukur sgt dia tak end up jadi ketua samseng, berniaga dan kini cari rezeki dgn sumber halal... sy beli 6 kilo buah, chong nak belanja pastu sy tak sampai hati nak ambil kesempatan or nak kecil kan hati dia, sy ber mulut manis, sy ckp "cikgu mau raya, ini kali cikgu bayar, lain kali chong belanja ok" pastu chong siap bawa buah masuk kereta dan jumpa mak sy, chong ckp kat mak sy 'mak cik mak cik, ini cikgu ajar sama aku, kawan baik aku, aku talak kwn' mak sy ckp 'kerja baik baik ya' seyes rasa nk menangis dengar ayat chong, kenal hanya 2 bulan tp sy dh masuk kategori kwn baik beliau? walhal sy Ada jer bekas pelajar yg rapat dulu dan sekrg kaya raya tp sombong ya amat, tak ingat pun, tapi si chong yg di label 'budak jahat' ni lebih beradap, siap nk belanja buah... 


moral of d story : jgn memandang hina seseorg sebab anda tidak tahu penghujung hidup mereka! Kalau kaya harta dunia tp tidak beretika, useless! sy dapati perhatian diberi lebih pd pelajar pandai sebab nk jaga ranking sek dan budak budak bodoh dipinggirkan, Kalau dibiar, macamana nk Bantu anak bangsa berubah jadi baik? nak biar mereka terus sesat? renungan bersama 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan