Isnin, 13 Oktober 2014

liter minyak

amalkn pengisian myk dlm jmlh liter, bkn nya ringgit.

contoh:
Pergi ke kaunter, ckp nk isi 20 liter. pastu byr RM46. ini lbh baik drpd isi RM40, krn jmlh minyak y mskk adalh 15.7894737 liter. sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2tmpt perpuluhan shj.

maknya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 org y isi RM40, stesen mykk dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 org, kalau 1p hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkn, brapa byk stesen minyak akn untung ats selisih kiraan jumlah liter ini.

Sbb itu stesen myk selalu bt program cabutan bertuah dgn pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi myk mengikut nilai rm, bkn ikut nilai liter.

Qailulah

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor

[U]فوائدالقيلولة الصحيحة[/u]
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.


Maksud Hadis:
syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)


Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.
Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.


Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.
Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.


Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.


Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.


Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
Share

subsidi kami?

SEDIH RASA BACA PUISI NI....

Ke mana pergi subsidi kami? (Puisi Dr Maza)

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu,
kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita,
habis harta negara...

kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?

papa semakin parah?
wang semakin lelah?
jika semalam berlauk,
hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, 

hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?

janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu;
cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...
tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang,
poket kami yang terbang...
kalian bina istana,
rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...

tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Dr MAZA

salam

Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.

Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.
Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah 

Cukuplah Allah sahaja

Dapat Allah Subhanahu wata'ala, maka dapat segala sesuatu.

" Ramai manusia didunia ini mencari HARTA, ramai manusia mencari NAMA, dan ramai juga orang mencari orang. Tetapi sedikit manusia yang mencari Allah Subhanahu wata'ala. Percayalah, bila mereka dapat Allah, maka mereka dapat segala sesuatu. Kalau Allah tidak ada pada mereka,
maka tidak ada sesuatu untuk mereka. Cukuplah Allah sahaja untuk kita semua.

Ada satu kisah. Seorang Raja pada zaman Tabi'in RadhiaAllahu 'anhum wa ardhahum. Kita semua tau, Raja seorang yang Kaya, dan miliki segala sesuatu. Pada zaman itu, ramai Maula Maula, lelaki dan perempuan.
Dalam setahun hanya sekali sahaja Raja itu ingin tunaikan segala hajat abdi abdinya lelaki dan perempuan. Dan mereka dibahagikan antara lelaki dan perempuan, tidak bercampur.

Untuk bahagian perempuan, Raja itu bertanya setiap seorang daripada mereka apa yang mereka hajatkan. Hari itu seperti malam Lailatul Qadr bagi mereka, kerana hanya setahun sekali sahaja dapat jumpa dengan Raja mereka. Permintaan perempuan biasalah, inginkan emas ,intan,berlian, harta, rumah dan sebagainya.

Tetapi ada seorang perempuan ini tidak minta apa apa. katanya, Takpala Tuanku saya nak jadi orang yang terakhir untuk minta, Tuanku bagilah mereka dulu. Maka Raja itu pun teruskan menunaikan hajat abdinya setiap satu sampai habis.

Kemudian Raja itu tanya lagi, Siapa yang masih belum dapat? maka perempuan yang tadi itu angkat tangan. Kenapa kamu tak minta lagi? apa yang kamu nak?

Perempuan ini MasyaAllah Pandai. Semua orang minta sesuatu, kerana ini peluang hanya setahun sekali sahaja dapat apa yang mereka mahukan. Perempuan itu tidak minta apa apa melainkan SATU perkara. Tanya Sultan, kamu mahu apa? Katanya, Aku mahu Tuanku. Allahuakbar hebatnya. Sudah menjadi 'Aib kalau seorang Sultan mungkir janji, kerana pada hari itu Raja sudah janji nak tunaikan hajat Abdinya.

Bila perempuan itu sudah jadi Permaisuri, sudah tentulah dia dapat segala sesuatu bukan setahun sekali, tapi Hari Hari. Sekarang kawan kawannya pula jadi abdinya.

MasyaAllahh maka itulah kita di dunia ini carilah Allah subhanahu wata'ala. Jika kamu dapat Allah, kamu dapat semua sesuatu.
HASBIAALLAH WA NI'MAL WAKIL. cukuplah Allah untuk aku, dan Sebaik baik bantuan adalah Allah Subhanahu wata'ala.

Jangan putus asa walaupun dah usaha tapi tak berjaya, takpela mesti ada Hikmah, cukuplah Allah ada untuk dia sahaja.

Sabda Nabi Sollallahu alaihi wasallam : ucaplah kalimah HASBIAALLAH WA NI'MAL WAKIL. cukuplah Allah untuk aku, dan Sebaik baik bantuan adalah Allah Subhanahu wata'ala. 7 kali pagi, 7 kali petang. InshaaAllah Allah jauhkan kita dari segala musibah "
-As Syeikh Abdullah Al Jahaf-