Selasa, 21 Oktober 2014

pilihan

Hidup ini memang penuh dgn PILIHAN.
Suatu saat saya diundang utk menghadiri pesta pernikahan disebuah hotel.
Ketika sampai dilobby hotel..saya melihat ada 2-pintu.

Pintu-1 tertulis "Utk keluarga laki-laki" & Pintu-2 tertulis "Utk keluarga perempuan". 
Saya lantas masuk melalui pintu keluarga pengantin laki-laki.
Saya berjalan beberapa langkah & melihat ada 2-pintu lagi.
Pintu-1 tertulis "Utk tamu laki-laki" & Pintu-2 tertulis "Utk tamu perempuan".
Kemudian saya masuk melalui pintu utk tamu laki-laki.

Saya berjalan beberapa langkah melihat ada 2-pintu lagi.
Pintu-1 tertulis "Utk yg membawa hadiah" & Pintu-2 tertulis "Utk yg tidak membawa hadiah". 

Saya masuk melalui pintu yg tidak membawa hadiah.
Setelah itu saya melihat ada 2-pintu lagi.
Pintu-1 tertulis "Utk yg membawa wang amplop" & Pintu-2 bertuliskan "Utk yg tidak membawa wang amplop".
(Saya berkata dlm hati "Syukurlah..ternyata ada ruang juga utk yg datang dgn TANGAN KOSONG"). 

Lalu saya memilih utk kePintu-2.
Kemudian saya berjalan beberapa langkah & ternyata..saya sudah berada dijalan raya diluar hotel

PSPM

Tips menjelang pspm daripada sy.
1.jgn tinggal solat
2.jgn buat maksiat
3.jaga hubungan dgn Allah dan semua manusia
4.lazimi solat malam
5.lazimi baca ayat seribu dinar.insyaAllah Allah akan berikan rezeki dr segala segi dari arah yg xdisangka2

6.jgn tinggal baca Quran
7.mohon restu ilmu guru n keberkatan dr ibu ayah
8.jgn putus2 untk berdoa
Disini sy kongsikan doa yg diajarkan oleh ustzh b.arab sy,
"Ya Allah,jadikanlah segala ilmu yg aku telah pelajari dan terdetik untuk membaca itulah yg akan masuk sbgai soalan peperiksaan"

‪#‎sy‬ amalkan sejak pmr,Alhamdulillah,Allah bantu.smua bnda yg tdetik untk dibaca wlaupun last minit,akn ada je yg masuk sbg soalan exam.

Lastly,buat terbaik untk PSPM.
Ofcourse,kita nk result yg terbaik.
Ingat,kjayaan xkan dtg melayang selagi tak berusaha.

Ingat..kitalah harapan.
Harapan agama,harapan ibu bapa dan harapan guru

Daie dilemma

Setiap kali kita buat maksiat/dosa, kita bersembunyi dari manusia. Kita risau dilihat manusia. Kita malu, kita segan jika dilihat manusia.
Sebab tu fenomena seperti :
1- Bergayut dalam selimut dengan pakwe/makwe
2- Dating di tempat yang susah dikesan
3- Letak nama lain bila SMS dengan lelaki/perempuan yang kita intim 

berhubung
Ini untuk orang couple. Dan macam-macam lagi contoh yang boleh bawa.
Kalau takut pada manusia, kenapa tidak takut kenapa Allah?
Rasa Allah tak nampak?
Walaupun kita tidak melihat Allah, tetapi ingatlah Dia melihat kita. Setiap tingkah perbuatan kita dilihat dan dihitung Dia.
Jangan rasa seronok bercinta dengan manusia dan dapat berselindung dengan orang lain. Percayalah, aib itu jika mahu dibuka Allah, sekejap cuma terbuka dan terdedah. Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti, itu pasti.
Saya juga agak bosan dengan gejala cinta Islamik yang dibawa oleh ramai orang sekarang. Bertaqdim. Bertunang. Apa saja istilah yang digunakan, semua itu sama sekali tidak menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Cuma ikatan perkahwinan saja yang menghalalkannya.
Percayalah, semakin rosak dunia ini dengan orang-orang alim yang mengaku sebagai daie, tapi dalam diam, mereka berterusan ,melakukan dosa-dosa kecil.

Benarlah manusia itu tidak pernah lepas dari dosa. Begitu juga saya, pendosa yang mengaku daie. Tapi berusahalah untuk mengelak dari dosa-dosa tersebut.
Sedaya upaya mungkin berusaha untuk menjauhi serta mujahadah dengan kuat.
Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau tengok gambar dia dalam FB. Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau fikir modal nak sms dia. Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau spend masa fikir angan-angan dengan dia. Kau kata kau mujahadah, bila sedikit tergugat, kau terus tergoda dan cair. Kau kata kau mujahadah, berapa banyak kali kau tadah doa dari Allah?
Kau jangan cakap soal mujahadah kalau kau tak buat apa pun melainkan sekadar berkata 'mahu mujahadah'.
Berhentilah bermesej yang sia-sia dengan ajnabi. Berhentilah berhubung tanpa asbab dengan ajnabi.

Mungkin ia perkara yang kecil, sekadar berSMS, tapi percayalah setiap benda besar bermula dengan perkara kecil.
Tidak berlaku zina melainkan permulaannya cuma SMS lelaki dan wanita yang biasa-biasa. Tidak berlaku zina melainkan perasaan 'takpa' antara lelaki dan wanita dalam berhubung.

Aku takut aku diuji dengan kata-kata aku sendiri, tapi ia tidak menghalang aku untuk menyampaikan hikmah yang benar. Kerana saban hari aku melihat sahabat-sahabat aku yang bergelar daie begitu asyik bercinta dengan cara islamiknya. Aku juga takut dengan ujian itu menimpa diriku. Aku cuma mampu berserah pada Allah agar melindungi aku dari sekecil-kecil zina hingga ke sebesar-besar zina.

Kata-kata ini bakal mengguris ramai orang, aku tahu. Dan bakal dihelahkan dengan pelbagai hujah. Aku juga tahu. Tapi tanggungjawab aku adalah menyampaikan. tanda tidak senang aku dengan fenomena ini.
Kadang-kadang aku takut, gersangnya dakwah hari ini, kerana para daie yang tidak menjaga dosa-dosa kecil. Gersangnya dakwah ini kerana para daie yang syok sendiri dalam dunia 'islamik' ciptaannya.

Apalah bezanya kita dengan mereka yang bercouple. Bezanya cuma mereka jaharkan percintaan mereka, kita pula senang hati melakukannya dalam keadaan tertutup dan bersembunyi. Mereka berdua-duaan di alam nyata, kau pula berdua-duaan di alam cyber dan teknologi. Apa bezanya kau dengan mereka?

Wallahu a'lam. 

Isnin, 20 Oktober 2014

bangsawan samseng

NYAHKAN BANGSAWAN SAMSENG
Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, menteri dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi. Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’.
Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja. Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah. Kehendak mereka ‘by hook or by crook’ mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.
Mengajar Bangsawan Samseng
Dalam Kanz al-‘Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn ‘Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab di Madinah. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman”. Kata ‘Umar: Ya!. Kata lelaki itu: “Aku berlumba dengan anak gabenor Mesir (Muhammad bin ‘Amr bin al-‘As), lalu aku menang. Maka dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: “Aku anak golongan yang mulia”.
Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gabenor Mesir ‘Amr bin al-‘As meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut. Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata: “Pukul dia”. Dia pun memukul sambil Umar berkata: “Pukullah anak golongan yang mulia”.
Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu: “Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti”. Kemudian Umar berkata kepadanya: “Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala ‘Amr bin al-‘As)”. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai”.
Kemudian Umar berkata kepada ‘Amr bin al-‘As: “Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?!” Jawab ‘Amr bin al-‘As: “Sesungguh aku tidak tahu kes ini”.
Sama Di Sisi Tuhan
Demikian Khalifah ‘Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini. Padahal ‘Amr bin al-‘As seorang sahabat Nabi s.a.w. Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih kerana nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi. Nabi s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).
Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang banyak. Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang nyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan ‘kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!’. Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian.
Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. " (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan. Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.
Pupus
Perlu diingat, kesamsengan golongan bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampok kuasa. Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?! Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.
Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap. Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.
Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman. Inilah yang disebut oleh ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas hadis Nabi s.a.w mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rome paling banyak rakyatnya. Kata ‘Amr: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.
Golongan bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran.
Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat dimuzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’.