Ahad, 2 November 2014

Mangga asam boi

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI
1) Mangga Muda (Suka hati banyak mana yang diingini)
2) Satu bekas Asam Boi
3) Cili Padi potong kecil (Ikutlah nak kadar kepedasan banyak mana)
CARA-CARA NAK BUAT JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI
1) Basuh dan Potong Mangga muda tadi mengikut citarasa anda
2) Potong juga cili padi, nak lebih pedas letak banyak sikit, kalau tak tahan pedas letak sedikit sahaja supaya ada rasa pedas-pedas sedikit apabila makan jeruk mangga asam boi bercili ni.
3) Satu kan semua bahan dan letakkan dalam 1 bekas, tutup rapat dan sejukkan didalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam, lagi lama lagi sedap.

solat

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…

Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri

Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:

“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)

Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.

Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.

Dada berpaling dari kiblat

UAI di KB

Assalamualaikum shortnote kuliah dhuha Ustaz Azhar Idrus di Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan | Jumaat 31.10.2014

Tazkirah Khas
1. Tahniah kpd Negeri Kelantan krn berjaya buat program sebegini,program ilmu semudah ni,henye tutup jalan sekejap lepas tu buat kuliah yg negeri lain xmampu buat krn nilai agama itu kita dahului.

2. Islam ni naik dgn hati,bukan naik dgn duit,xperlu buat bangunan,xperlu buat projek juta juta henye tutup jalan dan ajak org mari kuliah maka syiar islam terlaksana,yg xleh buat sbb roh islam xkuat dlm diri mereka,dang kata xmbuh buat mmg dok buat.

3. Sesiapa yg nak buat kerja islam,jgn hera ke org,kalu kita hera jugok mmg dok jadi kije,jd kita mesti ade semangat utk bawak islam,dan kita mesti tahu akan ade gerakan yg ingin menjatuhkan islam.

4. Kalu kita mintak tok guru mengajar dlm talibesen sejam je sehari memang sampai kiamat dia dok bagi,kita bukan nk marah sgt kerajaan,tp "manroa minkum mungkaro" pkara mungkar ni kita tegur kita tegah,kalu nk lagho boleh masuk tb,tb1 pusat jelir,tv2 gelek punggung tp kalu ulamak nk masuk mengajar dlm talibesen dok bulih pulok,inilah pkara mungkar.

5. Kalu xmbuh buat org marah jangan buat kije agama,kalu nk suruh org marah buatlah keje agama,tgklah bila nk buat pondok,tahfiz,surau dokdang sebetor mari selalu leroba duk tanye lesen permit ape serbe,doh bumi ni kan milik Allah,nk buat rumoh Allah nk lesen permit wak nape ag?Kalau mari nk tolong cek pelan ok ke dok,kalu dok ok nk buat pelan baru,tu baru betul,ning gok kire nk rombok selalu sedak gamok mung.

6. Nabi saw kata sentiasa ade umatku yg menegakkan kebenaran smpai bila bila,maroh lagu mana pun islam tetap akan ade yg menegakkannya,yg terbaru kita tgk gereja dibeli olih umat islam di UK yg telah diistihar masjid,hebat islam di eropah skrg.Tidak akan ade umat yg bhenti utk buat kerja agama.
7. Org yg jenis dlm agama ni ade 3,dpt hidayah dpt taufik,dia nmpk kekuatan dan boleh pergi majlis itu,golongan kedua dia dpt hidayah tp xdpt taufik,dia tahu program agama tu baik tp dia xpergi,xdok kekuatan utk pergi,golongan ketiga dia xdpt hidayah dan xdpt taufik dia xleh tgk org buat pgrm agama,benci majlis ilmu pasal ape jd gtu pasal hati dia sakit,dok sihat.

8. Ning buat program agama di KB ni ade org dok wahi,leni ade golongan yg sentiasa utk mengajak org benci kpd alim ulamak,mareng dulu tok guru kene duduk dlm kandang salah,dimana kandang tu jugok tempat perogol disoal,tmpt peragut dibicara,tmpt perompok dicara dan tok guru kita yg mengajar berpuluh puluh tahun di Terengganu jugok diletak dlm kandang tu,aku parok ag kene,inilah akhir zaman islam kembali dagang,cakap mende betul org maroh lalu.Nung tgk hok pelawok dlm tb nung penuh mic,70 utir mic,kita hok cakap betul ni mic bkarat ni sutir je.

9. Kita ni kene igt halangan2 yg ade didepan kita ni sikit sgt,zaman para Nabi dulu teruk lagi kene uji,Nabi Muhammad saw kene lontar baru bdarah dihalau lagi,Nabi Yusuf dipenjara,Nabi Zakaria kene gergaji atah kepala,sbb tu ujian yg paling besar ialah ada pada para nabi dan rasul,kita ni kene luka skit tepik menolong doh.

10. Bila sebut hukum hok Allah suruh dia kata peseng lama,doh mung kata hok nabi suruh peseng lama bakpe mu g kapan jugok ayohmu mati?sepatutnye doksoh kapan lah kan nabi suruh kapan,mung ikat di tiang api la mayat ayoh mung tu.

Soal Jawab
1. Org laki wajib taat ke sape lepas kahwen?
- Kene igt org puang sebelum kahwen wajib taat kpd ibubapa dan selepas kahwen wajib taat kpd suami dan org laki pulok sebelum kawen wajib taat ibubapa dan lepas kahwen wajib taat jugok pd ibubapa.

2. Ade imam baca surah sejadah dia baca surah sejadah saja kedua dua rakaat,pernah ke nabi buat begitu dan boleh ke buat mcm tu?
- Ulamak kata xwajib baca xde nas tertentu utk baca surah tp bile Nabi saw baca maka ulamak kata afdhol baca ikut Nabi saw baca iaitu rakaat pertama subuh jumaat surah sajadah dan rakaat kedua surah al insan,afdhol sahaja.

3. Apa hukum tilik muka?
- Haram tilik menilik yg mberitahu pkara akan berlaku,mengarut belaka,kalu tilik sbb nk buat bini ke tu lain,bile tilik mende ghoib ni jgn,tu pelawok belaka.

4. Hukum mengumpat ade yg tak haram mengumpat,bilamana tu?
- Cth mengumpat yg dimaafkan ialah utk mashlahat seperti suami yg derhaka perintah Allah lalu kita mengadu kpd pejabat agama akan keburukan dia maka diharuskan,atau kita nk mencegah kejahatan atas seseorg itu maka bolih kita bgtahu kpd org ramai akan kejahatan dia,atau org nk masuk minang anak jiran kita maka kita kenal laki tu mmg ketua perompok maka diharuskan kita memgumpat utk menyelamatkan anaknya dr bernikah dgn org jahak.

5. Kalu terlelap mase solat batal ke solat kita?
- Batal la jika punggung kita xtetap maka tdo kita tu dlm kdaan mbatalkan wudhuk,maka solat batal lah.

6. Seorg laki laki ade bining,bila ditanya dia jawak aku dok nikoh lagi,adakah jatuh talak?
- Jawabnye dok jatuh talak lagi krn ia tak kuat,nikah ni ikatan yg kuat,akad bermakna ikat,ikatan yg kuat maka nk pisah pun kene kuat sbb pisah itu,kene lafaz yg soreh,terang2 dia lafaz cerai barulah jatuh talak,kalu kes tu kinayah,kinayah ni bukan diluar sahaja mesti sekali dgn niat,kalu dia kata gtu sambil niat dlm hati serentak barulah jatuh talak.

7. Mcmana nk khitan anak perempuan?
- Khitan anak perempuan ni bukan bkait dgn taharah spertimana lelaki,khitan anak perempuan utk menundukkan nafsu dia,iaitu ditoreh sedikit di kemaluan utk menundukkan nafsu,sbb tu kita tgk org puang hok galok galok tu dok khitan la tu.

8. Apa hukum berjihad di Syiria?
- Bile sebut jihad ni dok kire la mane mane pun maka mung akan dpt ganjaran dr Allah,kene paham pengertian jihad ni,soalan dia ni sama soalan apa hukum menegakkan agama islam di Syiria maka kita sdiri boleh jawab doh,krn jihad ni dituntut dlm Islam,bkenaan mujahideen kita doakan sahaja mereka menang,jgn wak spekulasi rambang,tawaqquf dulu doakan mujahideen islam menang disana.Sbb kita xtahu ape yg blaku disana.

9. Kenapa ust tidak dilahirkan dr kg geting?
- Biarlah dia nok tanya,mana aku tahu kerja Allah taala,ni pun mujur lahir d tganu,kalu aku lahir di new york guana ahu.

10. Jenis ikan makan ikan ape hukum sy cincang ikan masih hidup utk bg makan pd ikan lain?
- Tidak haram pun kita sian ikan dlm kdaan hidup yg haramnye kita sengeleng cincang ikan tuk dilempar didarat.

11. Apa hukum dok pergi kenduri kahwen 5 tmpt sehari sbb dokdan duit,doh 5 buah rumah 50 ringgit,guane ni?
- Jawabnya dok wajib bg duit pun,tuan rumah pun jgn nok pitih org,buatlah makan keorg je,xperlu amik duit pun,jgn lapor duit org yg mari keduri kita,kalu semata mata nk untung maka org ini dok dapat pahala beri makan pd org ramai yg dtg rumah dia.

12. Apa hukum pengantin perempuan pakai inai?
- Xdok mslh pakai inai tp haram ukir inai krn ia dikira tatu,tatu di bukan syarat kene kekal,tatu ni sesuatu yg dikira ukiran pd tubuh badan dlm bentuk tertentu.

Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermakna

Fitnah

Kisah Imam Malik :: Tangan Si Pemandi Mayat Melekat Di Tubuh Si Mati ::

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu :

"Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya"?

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati".

Imam Malik berkata : "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut...

PENGAJARAN :

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan zinanya, maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar.

Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat,negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku.
Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

Sabtu, 1 November 2014

10 batal solat