RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI
1) Mangga Muda (Suka hati banyak mana yang diingini)
2) Satu bekas Asam Boi
3) Cili Padi potong kecil (Ikutlah nak kadar kepedasan banyak mana)
CARA-CARA NAK BUAT JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI
1) Basuh dan Potong Mangga muda tadi mengikut citarasa anda
2) Potong juga cili padi, nak lebih pedas letak banyak sikit, kalau tak tahan pedas letak sedikit sahaja supaya ada rasa pedas-pedas sedikit apabila makan jeruk mangga asam boi bercili ni.
3) Satu kan semua bahan dan letakkan dalam 1 bekas, tutup rapat dan sejukkan didalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam, lagi lama lagi sedap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan