Ada seorang pakcik tua dari Pulau Fiji datang melawat Afrika Selatan dan bila dia nampak "tabligh" dia akan peluk mereka kuat-kuat dalam keadaan sebak. So kami tanya dia kenapa dia suka sangat dengan "tabligh" ni?
Dia cerita, pada tahun 1965, masa tu dia masih remaja. Waktu itu tidak ada muslim di pulau Fiji kecuali sedikit dan pulau tu juga kecil, dalam kurang dari 1 juta orang populasi manusia. Muslim yang sedikit tu pulak datang dari India dan langsung tak tahu apa-apa tentang Islam. Hanya nama mereka sahaja yang "Islam", tapi mereka tak tahu jawab salam, tak tahu apa itu solat, puasa, zakat, haji, dan tak tahu mengucap pun. Masjid pun tak ada. Di pulau tu hanya dipenuhi oleh hindu dan kristian.
Pada suatu hari, tahun yang sama, ada beberapa orang jemaah Tabligh dari Zambia datang ke situ dengan kapal. Mereka mencari-cari orang Islam disitu dengan cara memberi salam. Tapi tiada yang jawab. Hampir seluruh pulau mereka cari muslim tapi tiada. Akhirnya mereka tanya penduduk tempatan dimana mereka boleh cari muslim. Penduduk jawab "kamilah muslim".
Jemaah tu pun gembira dan bagi salam. Tapi mereka tanya apa tu "assalamualaikum"?
Jemaah tu terus peluk mereka dengan erat sambil menangis.(Kerana mereka telah sedar bahawa disitu ramai muslim tapi muslim disitu sudah terlampau jauh dari Islam)
Jemaah ini kemudiannya membeli beberapa ekor kambing dan buat kenduri besar-besaran dan jemput semua penduduk muslim untuk makan. Kemudian mereka mula bercakap dan bersembang sehinggalah jemaah itu tahu bahawa semua muslim disitu tidak tahu langsung apa itu Allah, apa itu rasul, apa itu islam.
Akhirnya mereka berdakwah disitu selama 4 bulan, dan mereka minta dari markas tabligh untuk tambah masa lagi sehingga dua tahun mereka tinggal disitu sehinggalah mereka ajar semua penduduk tentang asas-asas Islam seperti akidah, solat, wudhu, sampai terbina masjid. Kemudian mereka pulang semula ke family mereka (sebab nanti orang fitnah mereka bukan-bukan sebab tak balik dari dakwah) dan jemaah lain pula dihantar ke sana bersama ulama.
Sejak 1965 sehingga kini 2013, daripada 1 juta penduduk, hampir 500 RIBU manusia telah masuk Islam, lahir 19 orang ulama bertaraf Mufti, 300 orang ulama bertaraf Maulana, 5000 orang ulama yang hafiz 30 juz Al-Quran dan semua saham pahala ni masuk ke akaun jemaah tabligh dari Afrika (Zambia) tadi sehingga ke hari ini.
Sebab tu pakcik tu sangat berterima kasih kepada "tabligh" kerana sanggup tinggalkan anak isteri mereka untuk berdakwah kepada mereka sehingga terbentuk komuniti Islam yang besar disana dan selamatkan ramai orang dari neraka Jahannam.
Wallahi demi Allah, bila saya dengar dia cakap camtu, terus saya rasa bertaubat dan sebak bila saya teringat dulu saya selalu kutuk,halau,lari dari jemaah ni. Moga Allah ampunkan saya.
Kalau tak mahu ikut, janganlah zalimi mereka, mereka tak minta wang tak minta sedekah tak minta projek, tak minta anak dara, tak minta jadi ahli MLM, tak minta makanan..
Tapi mereka cuma minta kita semua kembali kepada Islam...
Tanpa membawa apa-apa fahaman yang berkepentingan...
Mereka cuma mahu orang Islam kembali sujud pada Allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan