Jumaat, 28 November 2014

Dr. Ishan

Allahuakbar

Kisah benar, terjadi di Pakistan. Seorang Dr Ahli Bedah terkenal (Dr. Ishan) tergesa-gesa menuju airport. Beliau
berencana akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang kedoktoran, yang akan membahas penemuan
terbesarnya di bidang kedoktoran.

Setelah perjalanan pesawat sekitar 1 jam, tiba-tiba diumumkan bahwa pesawat mengalami gangguan dan harus
mendarat di airport terdekat.

Beliau pergi ke kaunter penerangan dan berkata: Saya ini doktor pakar dan perlu segera menghadiri persidangan,
tiap minit nyawa manusia bergantung pada saya, dan sekarang kalian meminta saya menunggu pesawat
diperbaiki dalam masa 16 jam? Pegawai menjawab: Wahai doktor, jika anda terburu-buru dokbor boleh

menggunakan khidmat teksi kerana tempat yang tuan hendak tuju tidak jauh lagi dari sini, kira-kira 3 jam
sahaja berkereta.

Dr. Ishan setuju dengan usul pegawai tersebut dan mengambil teksi. Baru sahaja memandu 5 minit, tiba-tiba
cuaca mendung, disusul dengan hujan besar disertai petir yang mengakibatkan jarak pandangan sangat
pendek.
Setelah berlalu hampir 2 jam, mereka mula tersedar bahawa mereka tersesat dan terasa keletihan. Terlihat

sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, dihampirilah rumah tersebut dan mengetuk pintunya.
Terdengar suara seorang wanita tua: Silakan masuk, siapa ya?
Terbukalah pintunya. Dia masuk dan meminta kepada wanita tersebut untuk duduk berehat dan mahu
meminjam telefonnya.

Ibu itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa nak? Apa anda tidak sedar anak ada dimana? Disini tidak ada
elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah silakan duduk saja dulu istirahat, sebentar saya buatkan
teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan anak."

Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan.
Sementara ibu itu solat dan berdoa serta perlahan-lahan mendekati
seorang anak kecil yang terbaring tidak bergerak diatas tilam disisi
ibu tersebut, dan dia terlihat gelisah dalam solat. Ibu tersebut melanjutkan
solatnya dengan doa yang panjang.

Doktor Ishan mendatanginya dan berkata: Demi Allah, anda telah membuat
saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda,
semoga Allah menjawab doa-doa anda.
Berkata ibu itu: Nak, anda ini adalah ibnu sabil (orang yang berjalan jauh) yang sudah diwasiatkan Allah
untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dijawab Allah semuanya, kecuali satu.

Bertanya Dr. Ishan: Apa itu doanya?
Ibu itu berkata: Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak mampu disembuhkan oleh doktor-doktor yang ada disini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor ahli bedah yang akan mampu menyembuhkannya; katanya namanya Dr. Ishan, akan tetapi dia tinggal jauh dari sini, yang tidak memungkinkan saya membawa anak ini ke sana, dan saya khawatir terjadi apa-apa di perjalanan.

Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya.
Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil terisak: Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan harus diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan kami, Hanya untuk menghantarkan saya kepada ibu secara cepat dan tepat. Sayalah Dr. Ishan itu, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya yang mukmin dengan do'a. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk mengubati anak ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan