Rabu, 26 November 2014

malas

Kepada adik2 yang berjaya dapat banyak A dalam upsr, tahniah! Mana yang tak dapat banyak A pon, tahniah!
Kepada yang takdapat A anda berada dalam 3 situasi ni.
1. Anda memang masih lemah dalam menjawab exam.
2. Anda lambat umur.
3. Anda malas!
Meh sy cerita sikit hal-hal diatas dengan detail. Kot-kot ada yang sudi nak baca.
1. Anda mungkin jenis kurang menyerlah dalam peperiksaan, maksudnya, anda hanya mampu menafsir ilmu dalam tindakan dan bukannya di atas kertas. Manusia jenis ini biasanya lebih cemerlang dalam hidup kerana memiliki kemahiran teknikal yang unik dan berkesan. Cuba lihat sahaja berapa ramai graduan university pada peringkat tertinggi hingga terendah, kebanyakannya tak reti atau tak cakna pon untuk pasang sebutir mentol lampu, apatah lagi nak disuruhnya tukang kereta dan tukar tiub motor. Ujar mereka, alah, kami bijak ada phd or master, bayar je kat yang ahli. Betul! Tapi kalau nak pasang mentol lampu pon panggil ahli, pelik juga. Mungkin ahli pasang mentol lebih teliliti pusing mentol kedalam sarung. Ish
Bidang-bidang yang anda perlu target sekiranya anda masih ditakuk ini masa pmr dan spm ialah bidang TEKNIKAL contohnya industry oil and gas, perkapalan, civil pembinaan dan beribu lagi jenis bidang teknikal.
2. Anda lambat umur, maksudnya mungkin ada faktor anda sedikit 'slow' untuk kejar pelajaran yang cikgu beri. Mungkin anda lahir lewat, contohnya rakan sekelas anda lahir awal tahun, anda lahir hujung tahun. Nampak macam takde apa2 impak kan, sebenarnya ada, sebab anda baru keluar dari rahim ibu anda tatkala rakan anda dah mula menapak dan panggil mama dan ayah. Jadi sama juga dengan pejalaran, anda baru je kenal huruf A, rakan anda dah hafal lagu twinkle little star versi abc.
Jika anda jenis pelajar yang hadapi situasi ni, relex, anda akan membesar dan matang, insyaAllah.
3. Anda malas! Kalau yang ni, anda kene ubah. Kalau tak ubah, takde apa kerja pon akan menjadi kalau anda malas. Menyusahkan tokey dan majikan jer. Orang malas selalu jatuh dan terus jatuh tanpa bangkit semula, sebab dia memang malas!
Jangan ambil hati dengan tulisan ni. Cuma mencoret dipetang hari, mengenangkan ada anak2 sahabat yang dapat A, terus berduka dan hilang selera makan. Tak kurang juga dengan ibu bapa yang bangga dan gembira dengan keputusan anak. Alhamdulillah sebab dapat gembirakan keluarga.
A.Shukri
Kuantan, Pahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan