Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil
ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi
bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan
aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa
metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran
tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita
dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai
aturan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata
bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing
sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya
Al-Quran.
Secara kesihatan kencing berdiri adalah
penyebab utama penyakit batu karang karang
pada semua penderita penyakit tersebut dan
merupakan salah satu penyebab penyakit lemah
syahwat bagi sebagian lelaki.
Dari segi agama, kebanyakan orang yang
biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan
mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud
maka terasa ada sesuatu yang keluar dari
kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak
habis keluar ketika kencing sambil berdiri,
apabila perkara ini terjadi maka solat yang
dikerjakannya tidak sah kerana air kencing
adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat
adalah suci dari hadas kecil maupun hadas
besar.
Umumnya kita memandang ringan terhadap
cara dan tempat buang air, mungkin kerana
pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi
yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing
berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi
sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai
budaya melarang anak kencing berdiri sehingga
kita sering mendengar pepatah “Guru kencing
berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang
terdapat efek negatif dari kencing berdiri.
Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah
lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-
pundi yang tidak habis terpancar menjadikan
kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar
menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan
buang air mencangkung, dalam keadaan
bertinggung tulang paha di kiri dan kanan
merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini memudahkan air kencing mudah mengalir
habis dan memudahkan untuk menekan pangkal
buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan
cara ini, air kencing akan keluar hingga habis,
malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot
zakar terpelihara.
Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak
puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong
dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia
berkemungkinan besar menyebabkan batu
karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu
karang yang berada dalam ginjal atau kantong
dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-
sisa air kencing yang tidak habis keluar.
Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/
mengeras seperti batu karang.
Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak
dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan
betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika
itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini
juga merupakan salah satu yang menyebabkan
penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari
penyebab batu karang.
Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang
kencing berdiri.
Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam
sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing
kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan
tidak berhati-hati dalam kencing”.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur,
lalu beliau bersabda:
Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang
disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang
satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu
domba, sedang yang lainnya disiksa kerana
tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.
Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma
dan dipotongnya menjadi dua.
Setelah itu beliau menancapkan salah satu
pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi
pada kuburan yang lain seraya bersabda:
Semoga pelepah itu dapat meringankan
siksanya, selama belum kering.
(Shahih Muslim
No.439)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan