Memang tak ada yg pelik atau janggal dgn jawatan penolong jurutera tu melainkan cerita ini
Ketika dia di tingkatan 1, isteri saya ketika itu baru sahaja bertugas sbg guru di sekolah tersebut. Suatu hari ketika isteri saya perlu meninggalkan kelas buat sementara waktu, dia berpesan kpd anak muridnya ini, "Nanti awak ambil nama budak2 yg bising." Seusai berkata demikian, berderai gelak tawa berdekah- dekah daripada murid-murid sekelas. "Cikgu, dia tak pandai tulis la cikgu"
Dia tak pandai menulis, apatah lagi membaca ketika di tingkatan 1. Maka isteri saya ajarkan dia membaca dan menulis, tidak yg lain. Setiap masa yg terluang, dia pasti berjumpa isteri saya utk 'kelas tambahan'.
Begitulah yg berlaku sehingga dia berada di tingkatan 3. Ada perkembangan, tetapi sedikit. Dia masih belum boleh membaca ketika menduduki PMR. Namun dia tak pernah putus asa.
Usahanya bersama2 isteri saya berterusan sehinggalah dia masuk tingkatan 5. Dia bakal menduduki SPM pula. Ketika ini dia sudah boleh menulis karangan walaupun kesalahan ejaan di sana sini.
Dia cuma lulus 3 mata pelajaran dalam SPM. Dgn keputusan itu, dia tetap mahu melanjutkan pelajaran. Lalu dia memohon utk ke IKBN. Dia diterima dan langsung meneruskan pengajiannya di situ.
Dgn usaha yg berterusan, dia akhirnya lulus dgn sijil seadanya. Dgn sijil yg ada dia memohon kerja. Janji Allah tetap benar, barang siapa yg berusaha, akan diganjarkan sesuai dgn usahanya. Dia diterima bekerja di NTV7 sebelum ditugaskan ke TV9.
Tak lama selepas itu, dia mendapat tawaran di FINAS. Dia perlu mengambil ujian kerana keputusan akademiknya kurang baik. Tanpa ada segan, dia dtg menemui isteri saya utk 'tuisyen' matematik. Namun kejayaan tdk semudah itu. Dia mengulangi ujian beberapa kali. Dan kini dia ialah seorang penolong jututera.
Siapa sangka seorang budak yg tidak tahu menulis dan membaca sekarang ini menjawat penolong jurutera di FINAS.
Kpd semua guru tidak kira apa bangsa, agama, mahupun subjek yg diajar, sentiasalah berikan harapan kpd anak2 murid anda. Yg lemah kita iringkan dgn doa...
Pasti apabila perkara spt ini terjadi kpd anda, anda akan sedar mengapa anda dipilih utk menjadi seorang GURU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan