Rabu, 20 Mei 2015

sujud mata

Jika sakit kepala tu kt bahagian depan, ubatnya is tidur.
Kalau kt atas kpale, ubatnya makan atau minum (air kosong).  dan kalau sakit kepala tu kt bhgian belakang kepala, tu tanda kita stress n kena release stress tu baru boleh ok.
Rawatan utk meningkatkan power of our eyesss. Ni penting utk org yg matanya lemah, dan juga org lain. Otot mata menderita dari hari ke hari, sbb hari2 berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yg function dulu. So, makin hari mata akan kurg power.
Well, utk maintain power mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dlm solat. Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga. Ni sebab, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita utk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax. Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sbb jarak antara penglihatan kita dan tmpt sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik. Solat dgn cara yg betul ni lah akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak.
Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan utk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa. Dan skrg, bukti dari kajian saintis dh ada. Mmg sgt bagus utk meningkatkan kebolehan mata kita.
Subhana Allah utk hikmah disebalik membuka mata time sujud ni. Benda ni selayaknya dibaca dan dikongsi pd semua org. Share dan jgn berhenti dari meraih ganjaran dari Allah swt....
👍  👍  👍   must read ()
 fwdkan amalan baik utk mengubati mata yg rabun & ubat sakit kepala utk mereka yg Solat.😊

Selasa, 19 Mei 2015

morsi

'DOSA DOSA' DR. MURSI: SEBUAH LIPATAN SEJARAH

Dosa Morsi adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Morsi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat.
 Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Morsi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Morsi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Morsi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Morsi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Morsi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Morsi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan.
Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Morsi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

 Dosa Morsi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Morsi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

Dosa Morsi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

Dosa Morsi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Morsi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Morsi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Morsi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

 Dosa Morsi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.

Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.

Kerana dosa-dosa itulah maka Morsi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik.

Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
Itulah dosa insan bernama Morsi...

Siapa Dr. Mohd. Mursi?

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran

2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam

3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa

 4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA

5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.

6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.

7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation

8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan

 9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.

10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

Saya teringat dengan tuduhan liar Wan Ji dua tahun lepas, "Mursi baik tapi bodoh memerintah." Nah, artikel ini merupakan bukti betapa 'bodohnya' dr. Mursi memerintah!

Al Muharrik, #IhfazhillahYahfazhka

Infiru 🏃✌

Ikhlas

"Mari ku ajarkan kamu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni ini."
"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar, mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa banyak soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar keluar.
"Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"
"Ya, ya." kata murid, agak kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli," kata seseorang yang lain.
"Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," kata yang lain pula.
Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. "Oh, letih sungguh, apa yang kita nak buat dengan batu-batu ini Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."
"Ikhlas?"

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpana batu-batu ini?"
"Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah.Yang kamu dapat, hanya penat."
"Ya, sekarang saya paham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas." Ujar si murid

I K H L A S

rohingya

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa sedih atas kekejaman sikap kerajaan Malaysia yang sanggup melihat saudara muslim mereka mati kehausan dan kelaparan ditengah lautan.

"Setelah umat Islam Rohingya dibunuh dengan rakus dan kejam oleh sami-sami Buddha di bumi mereka, mereka berhijrah mencari perlindungan di negara-negara umat Islam seperti kita. "Malangnya, mereka diperlakukan demikian rupa.

Tanpa ada belas ehsan kemanusiaan, apatah lagi ukhuwwah keagamaan," tulis beliau menerusi facebook dengan tajuk Rohingya Yang Ditangisi. Menurutnya, sudahlah ketika ribuan mereka yang dibunuh dan disembelih oleh pengganas Buddha di Myanmar, suara negara ini tidak begitu lantang membela. Kali ini, ujarnya sanggup pula melihat mereka mati dan terseksa. Katanya, jika musibah tidak menimpa mereka, tentu mereka juga tidak bergadai nyawa membelah badai.

"Namun, atas ketamakan kita, bimbang rezeki kita dikongsi orang, kita halau mereka bersabung nyawa di lautan. "Kita lupa bahawa, jika Allah kehendaki rezeki yang di tangan pun boleh hilang. Lihat sahaja 1MDB...Ke mana rezeki itu telah pergi. "Mayat pesawat yang terhempas di lautan yang hampir yakin mati masih kita cari, sedangkan yang masih hidup di lautan kita cuba biarkan mati. Di manakah kemanusiaan kita ini?" ujarnya lagi.

Sedangkan, ujar beliau negara-negara Eropah yang tidak muslim itu pun, cuba menyelamatkan pelarian di lautan mereka."Kita yang kononnya sakan 'salawat perdana' dengan ratusan ribu harga bayaran, sanggup melihat manusia mati di lautan demikian rupa kerana bimbang rezeki kita dikongsi orang. Kemudian, kita beritahu 'kita muslim terbaik'."Kita amat bimbang, kerakusan dan ketamakan kita ini akan mengundang bala Tuhan yang menakutkan," katanya.

Tambahnya, jika sebelum ini beberapa petanda bala demi bala datang kepada pentadbiran negara, atas sebab musabab yang hanya Tuhan Maha Ketahui apa yang telah berlaku dalaman mereka yang berkuasa. Namun, ujar Dr Asri lagi kehilangan kemanusiaan ini dibimbangi menjemputi kemurkaan Tuhan di lautan dan di daratan. "Pohon perlindungan Allah untuk sekalian rakyat yang tidak bersalah," ujarnya. Beliau mengucapkan tahniah kepada Aceh atas sikap kemunusiaan mereka.

"Anda telah menyelamatkan maruah agama di mata dunia. "Ketika dunia senyum; 'lihat muslim, mereka sendiri sanggup melihat sesama mereka mati', kesanggupan Aceh itu telah melindungi maruah umat ini," ujarnya lagi.

henfon

📱HAND PHONE.


Imam Masjidil Al Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim dalam sebuah khutbah Jum’at beliau berkata:
"Adakah dari kita yang tidak melihat perubahan dalam kehidupannya setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan yang lainnya dalam kehidupannya ?

Bacalah !

Hal ini merupakan Ghazwul fikri yang menyerang akal, namun sangat disayangkan kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari dien Islam yang lurus dan dari dzikir kepada Allah SWT.

Kita telah menjadi penyembah2 Whats App, Twitter, Facebook, youtube , Instagram dan semacamnya.

📹 Kenapa hati kita mengeras ?
Itu karena seringnya kita melihat video yang menakutkan dan juga kejadian2 yang di share di Whats App. Byk perkara pelik dan hiburan di sana sini.

💜 Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh karenanya hati mengeras bagai batu.

💔 Kenapa kita terpecah belah dan kita putus tali kekerabatan ?
Karena kini silaturrahmi kita hanya via Whats App saja, seakan kita bertemu mereka setiap hari.
Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita , teknologi kita ada.

👄 Kenapa kita sangat sering mengghibah, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorangpun.
Itu karena saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke grup2 yang kita punya.
Dengan begitu cepatnya kita mengghibah, sedang kita tidak sadar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu.

Sangat disayangkan, kita telah menjadi pecandu.

🍴 Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita.
👪 Kita duduk bersama teman2, HP ada di genggaman. Suami isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami.
🎎 Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.
🚕 Sedang memandu, HP juga di tangan.
💏 Sampai2 anak-anak kita pun telah kehilangan kasihsayang dari kita, karena kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

"Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Karena sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Andai perasaan seperti itu ada juga pada salat dan tilawatul Qur'an kita".
Adakah dari kita yang mengingkari hal ini ?
Dan siapa yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupannya dan setelah menjadi pecandu ?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah HP ?

Mari kita sama2 kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal2 yang menyibukkan kita dari dien kita.
Kita tak tahu berapakah sisa umur kita".

Allah SWT berfirman:

( ﻭَﻣَﻦْ ﺃَﻋْﺮَﺽَ ﻋَﻦْ ﺫِﻛْﺮِﻱ ﻓَﺈِﻥَّ ﻟَﻪُ ﻣَﻌِﻴﺸَﺔً ﺿَﻨْﻜًﺎ )

“Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit”. QS.Thoha: 124.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.  

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan....

Wallahua'lam. .😎😎😎😇😭😭😭