Jumaat, 3 Julai 2015

suami isteri

Seorang kawan saya baru kahwin jumpa seorang alim. Ustaz tanya macam mana perkahwinan kamu?
Alhamdulillah ustaz. Isteri saya seorang yang taat. Baik sangat. Isteri idaman. Semua dia buat di rumah. Makan minum, pakaian, rumah semuanya terurus. Semuanya cantik. Di jaga saya baik-baik. Saya tak sempat buat apa-apa. Dia rajin sangat.. untung tak saya ustaz?
Jawab ustaz tadi. Isteri kamu yang untung. Dia bakal ahli syurga tinggi. Dia hebat. Dia tunaikan semua hak kamu. Dari cerita kamu. Kamu rugi sebab kamu tak dapat khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya berlumba khidmat. Berlumba siapkan sahur. Berlumba bangun awal tahajud. Berlumba buat baik.
Perkahwinan ialah berlumba memberi. Bersama-sama buat semua perkara. Saling bertolak ansur. Berlumba beri nasihat. Berlumba kata saya salah. Berlumba kata i love u. Berlumba gembirakan pasangan kerana Allah.
Jika asyik orang berkhidmat pada kita. Periksalah mungkin kita semakin jauh dari kebaikan dan hati yang bersih. Jika kita sibuk bekhidmat itulah jalan Nabi saw dan sahabat. Orang suka khidmat dapat kasih sayang Allah-ebit lew

sekufu

Aku seorang perempuan ada Master, Tunang aku seorang lelaki, diploma jer.. masa aku nk decide untuk terima dia..aku punyalah istikharah sgt2.. sebab aku takut x sekufu bagai.. coz taraf pendidikan yg berbeza.. family aku plk agak senang berbanding family dia. aku selalu berdoa..ya Allah.. kurniakanlah aku seorang suami yang kaya dunia dan kaya akhirat,yg baik, yg lemah lembut terhadap org tua, kanak2 & wanita..yg x panas baran dan x merokok..yang solat berjemaah 5 waktu di msjid..dan byk lgi la ciri2 yg aku spesifik kan..
jadi aku selalu fikir..kenapa aku x dpt laki yg kaya? yg berpelajaran tinggi? mcm dlm doa aku.. dia x kaya dunia, tp kaya budi pekerti..wlwpun dia bukan seorang ustaz mahupun imam di masjid2. dia x merokok juga, solat di masjid sekiranya tiada apa2 halangan. dia x alim pun, x suka bersosial sgt, tp gila bola.
dalam tempoh istikharah aku tu..mcm2 telah berlaku..mungkin Allah nk tunjuk kat aku..aku jumpa sepasang suami isteri , dua2 doktor, gaji besar, rumah besar.. tapi belum dikurniakan cahaya mata..
lagi..aku jumpa sepasang suami isteri, dua2 orang ada master dan kuat agama, aku naik kereta dgn dwg nk pergi ke satu destinasi..dlm perjalanan,suami dia suruh isteri dia tengok GPS, tapi isteri dia tersilap tengok.. jadi kami tersalah jln, pstu terus suami dia marah2 isteri dia n ckp ""tengok GPS pun x reti"" .. luluh hati aku.. aku fhm perasaan isteri dia masa tu..
lagi.. pernah dulu ada beberapa org yg nk melamar aku..boleh dikatakan kebanyakannya ustaz2, baik & x merokok, dwg agak mencari kesempurnaan,nk yg cantik, yg lemah lembut ayu sopan, pandai masak pandai menjahit pndai segala-galanya...aku tahu dwg layak untuk mencari kesempurnaan kerana diri dwg mmg baik. mgkin aku yg x cukup baik, sbb tu la aku x berjodoh dgn dwg..
dan byk lagi peristiwa2 lain yg terjadi pada aku dlm tempoh istikharah tu.. lalu aku buat kesimpulan..pasangan yg berpangkat dan berada, diuji dgn ketiadaan anak, pasangan yg sama2 educated pun, klw suami x boleh nk hormat isteri (paling kurg depan org lain) pun buat apa.. nak mencari kesempurnaan? like ustaz2 ke imam2 ke.. diri aku sndiri pun byk kekurangan, layak ke aku nk cari yg perfect.. cintailah kekurangan pasangan kita,,inshaAllah di situlah bahagia..
SEKUFU?? apakah sebenarnya maksud sekufu dalam Islam? adakah sama pada kekayaan? sama pada taraf pendidikan? sama pada pangkat dan darjat keturunan??
aku bermuhasabah sendiri.. kalaulah sekufu itu pada harta kekayaan, mana mungkin Allah mentakdirkan Rasulullah berkahwin dgn Khadijah, bukankah Khadijah seorang yg hartawan pada ketika itu? sedang Rasulullah hanya pekerjanya yg x punya harta? kalaulah sekufu itu pada pangkat keturunan, mana mungkin Rasulullah mengahwinkan Zaid bin Harithah yang berpangkat hamba sahaya dgn Zainab Binti Jahsy yang merdeka . sungguh SEKUFU dalam Islam itu diukur pada keimanan, keperibadian dan keislaman seseorang..bukan pada selainnya yang berunsurkan material dan fizikal..
lalu..aku katakan kepada Tuhan ku..:
""Ya Allah..sekiranya dia baik bg ku, permudahkanlah urusan perkahwinan kami, sekiranya tidak, maka jauhkan lah dia dariku, ya Allah , ketahuilah, aku menerimanya hanya kerana-Mu..aku ingin berkahwin dengannya demi menjaga kehormatan ku, dan menjauhi larangan-Mu, berkatilah perhubungan ini ya Allah.."""

Khamis, 2 Julai 2015

Ikrar

IKRAR Pelajar Matriks..
Pagiku untuk Kuiz.. Petangku untuk assignment.. Malamku untuk lab report.. Rehatku tiada makna.. Tidurku tak akan lena.. Pejamnya mata dikala subuh menjelma.. Celiknya mata dikala Dhuha pun tiba.. Bergegas ke Dewan Kuliah takkan sempatku bersiram.. Bertahlilku semasa lecturer berbicara.. Balik dinihari.. Tiada rehatku kecap.. Letihku dapat.. Namun Kami PELAJAR MATRIKS.. berjanji akan mencapai 4Flat and 10Marks KOKO.. walaupun x dapat main coc semasa hujung minggu dek lab report yg bertambun..
#matric life😑

Rabu, 1 Julai 2015

Tegur sentap

Macam mana kita nak tegur atau nasihat seseorang TANPA kita buat dia terasa hati, tersinggung, atau lain2?

---

1. Rumah korang pernah blackout tak? Atau kalau orang Johor cakap "takde karen"?

Masa korang lama bergelap tu, tiba2 lampu hidup.. Apa berlaku? Mesti mata korang SAKIT kan?

Tapi lama-lama korang akan rasa okay..

bahkan korang rasa GEMBIRA sebab ada orang hidupkan lampu..

Macam tu juga nasihat dan peringatan.. Ia ibarat cahaya atau lampu..

Orang yang kita nak tegur tu memang dalam kegelapan pun..

Kalau kita bagi dia cahaya tiba2, memang dia akan sakit untuk MULA-MULA..

Dia akan terasa hati, tersinggung, etc..

Walaupun korang dah sampaikan dengan nada paling halus dan merdu bak buluh perindu..

Mereka akan tetap terasa hati.. Sebab mereka dalam gelap..

tapi lama-lama....

percayalah dia akan HARGAI korang sungguh2.. Betul..



2. Lagi satu, letak dalam mindset..

Kita nak tegur dan nasihat orang ni, JANGAN terlalu fikir dia akan kecik hati la, terasa hati la, apa la..

nanti akhirnya korang pun tak nasihat dan tak tegur dia sampai masing2 mati..

DAN......

korang bayangkan...

Baru je korang nak melangkah masuk Syurga... Tiba-tiba kawan korang yang dulu masa kat dunia korang baru nak tegur tapi tak jadi sebab nak jaga hati mereka,

mereka tuntut pada Allah.. Mereka kata,

"ya Allah.. kat dunia James Bond tak pernah tegur aku untuk solat lima waktu.. Dia solat sendiri je..

ya Allah.. kat dunia Joyah tak pernah tegur aku untuk tutup aurat.. dia pakai tudung labuh dan purdah sendiri-sendiri je..

ya Allah.. kat dunia Jeman langsung tak nak ingatkan aku pasal solat, zikir semua tu.. WALAUPUN dia adik beradik KANDUNG aku ya Allah.. "

Masa tu korang nak jawab apa pada Allah?

Korang nak cakap yang korang nak jaga hati mereka ni depan Allah?

Selasa, 30 Jun 2015

Lihat la anakmu

Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :
Renungkn seketika.

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti  harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..



Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..