Jumaat, 17 Julai 2015

Ketupat

Ketupat Idul Fitri

Dalam filosofi Jawa, ketupat lebaran bukanlah sekedar hidangan khas hari raya lebaran. Ketupat memiliki makna khusus. Ketupat atau kupat dalam bahasa Jawa merupakan kependekan dari Ngaku Lepat dan Laku Papat.
Ngaku lepat artinya mengakui kesalahan.
Laku papat artinya empat tindakan.

Ngaku Lepat

Tradisi sungkeman menjadi implementasi ngaku lepat (mengakui kesalahan) bagi orang Jawa.
Prosesi sungkeman yakni bersimpuh di hadapan orang tua seraya memohon ampun, dan ini masih membudaya hingga kini.
Sungkeman mengajarkan pentingnya menghormati orang tua, bersikap rendah hati, memohon keikhlasan dan ampunan dari orang lain, khusunya orang tua.

Laku Papat

Laku papat artinya empat tindakan dalam perayaan Lebaran.
Empat tindakan tersebut adalah:
1. Lebaran.
2. Luberan.
3. Leburan.
4. Laburan.

Arti Lebaran, Luberan, Leburan dan Laburan

Lebaran
Lebaran bermakna usai, menandakan berakhirnya waktu puasa. Berasal dari kata lebar yang artinya pintu ampunan telah terbuka lebar.

Luberan
Bermakna meluber atau melimpah. Sebagai simbol ajaran bersedekah untuk kaum miskin.
Pengeluaran zakat fitrah menjelang lebaran pun selain menjadi ritual yang wajib dilakukan umat Islam, juga menjadi wujud kepedulian kepada sesama manusia.

Leburan
Maknanya adalah habis dan melebur.
Maksudnya pada momen lebaran, dosa dan kesalahan kita akan melebur habis karena setiap umat Islam dituntut untuk saling memaafkan satu sama lain.

Laburan
Berasal dari kata labur atau kapur.
Kapur adalah zat yang biasa digunakan untuk penjernih air maupun pemutih dinding.
Maksudnya supaya manusia selalu menjaga kesucian lahir dan batin satu sama lain.

Nah, itulah arti kata ketupat yang sebenarnya.
Selanjutnya kita akan mencoba membahas filosofi dari ketupat itu sendiri.

Filosofi Ketupat:
1. Mencerminkan beragam kesalahan manusia.
Hal ini bisa terlihat dari rumitnya bungkusan ketupat ini.

2. Kesucian hati.
Setelah ketupat dibuka, maka akan terlihat nasi putih dan hal ini mencerminkan kebersihan dan kesucian hati setelah memohon ampunan dari segala kesalahan.

3. Mencerminkan kesempurnaan.
Bentuk ketupat begitu sempurna dan hal ini dihubungkan dengan kemenangan umat Islam setelah sebulan laman0ya berpuasa dan akhirnya menginjak Idul Fitri.

4. Karena ketupat biasanya dihidangkan dengan lauk yang bersantan, maka dalam pantun Jawa pun ada yang bilang “KUPAT  SANTEN“, Kulo Lepat Nyuwun Ngapunten (Saya Salah Mohon Maaf).

Khamis, 16 Julai 2015

Cinta Allah

jika benar kau mahukan cinta Allah, jika benar kau tidak mahu cinta kau itu palsu, maka, daku menyarakan agar dikau melakukan perkara ini. Moga-moga ianya adalah bukti cinta dikau pada tuhanmu, Allah.

1) Janganlah kau terus menerus melakukan maksiat. 

Kita semua melakukan dosa dan maksiat. Namun, andai kau dan aku inginkan cinta Allah, janganlah lakukan maksiat berulang kali. Dosa yang terus menerus harus di hentikan. Berjuanglah bersungguh-sungguh menghentikan dosa tersebut. Andai kau tewas dan ulanginya kembali, maka, taubatlah kembali. Kerana:

"Sesungguhnya Allah amat mencintai orang-orang yang bertaubat...."

2) Segeralah meninggalkan teman-temanmu yang jahat, yang sering mengajak dirimu melakukan maksiat, kecil atau besar.

3) Kerjakanlah solat LIMA waktu tepat pada waktunya, dan istiqomahlah dengannya. Jangan sekali kau tinggalkan dengan sengaja wahai kawan!

4) Mulakanlah solat berjemaah di masjid! Mulakan dengan satu waktu solat di masjid, kemudian dua, kemudian tiga, dan hinggalah kau mampu solat lima waktu berjemaah di masjid.

5) Banyakkanlah zikir pada Allah, banyakkan berdoa, terutamanya doa agar di beri kekuatan untuk berubah, kekuatan untuk tinggalkan maksiat, kekuatan iman dan terpelihara dari maksiat.

6) Lancarkanlah bacaan quran. Kalau kau tak lancar walaupun usia dah 20 ke atas sekalipun, janganlah engkau malu untuk rendahkan diri, belajar semula dari iqra' 1. Janganlah engkau malu. Kemudian, usahalah untuk baca quran setiap hari, dan hafal juz 30, supaya kau mampu baca di dalam solatmu.

7) Bergaullah dengan orang-orang yang baik. Doalah pada Alla agar kita di kurniakan sahabat yang serng mendororang kita supaya kembali pada Allah.

8) Dan, berdakwahlah pada keluarga serta kawan-kawan agar mereka kembali pada cinta Allah.

Lebaran banjar

Wadai kiping, kalakatar,
gegatas balungan hayam,
kad raya kulir menghantar,
sms pun jadiam.

Tulak ka kadai tahaga kulaan,
bertapeh hanyar kadak bergigik,
jom pang kita barilaan,
kolukok kadak tahaga lagik.

Tulak sakolah basango dodol,
tahaga upeh diulah kurita,
puasa kan talah raya pula mencongol,
talabih takurang barilaanlah kita.

Selamat Hari Raya dr Faiz sekeluarga 😁

Rabu, 15 Julai 2015

pesanan Raya UPS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelajarku.
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan batin kepada semua. Semoga anda semua boleh berhari raya dengan seharusnya. Ingatlah bahawa anda semua akan menghadapi UPS pada 10 - 14 Ogos nanti. Jadi seeloknya anda perlu menggunakan masa cuti pertengahan semester ini untuk membuat refleksi berkenaan kaedah pembelajaran anda dan merancang strategi pembelajaran yang lebih berkesan setelah kembali ke kolej kelak.
Disamping itu masa cuti yang agak panjang ini perlu digunakan sebaiknya untuk mengulangkaji bagi menghadapi UPS. Fikirlah bahawa hari raya akan dilalui setiap tahun selagi anda hidup, akan tetapi kursus yang anda sedang ikuti hanya sekali sahaja akan anda lalui. Oleh itu gunakanlah cuti hari raya ini sebaiknya untuk mendapat hasil pembelajaran yang terbaik untuk kursus anda supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.
Perkara lain yang anda perlu tanamkan dalam diri anda adalah anda tidak akan berjaya dalam hidup berdasarkan hakikat sebenarnya jika anda selalu mengharapkan belas kasihan dan pertolongan dari orang lain. Mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah SWT. Rancang dan berusaha dengan sebaiknya untuk mendapat hasil yang terbaik dalam apa sahaja lapangan termasuklah pembelajaran anda. Jika anda berjaya dengan baik melalui susah payah dan usaha optimum anda, anda tentu akan merasa kepuasan yang sebenarnya di sepanjang hidup anda.
Ingatlah, sebelum anda boleh membantu orang lain, anda perlu berusaha membantu diri anda menjadi insan yang terbaik. Jika anda atau keluarga anda hartawan hebat, ingatlah harta itu boleh hilang dalam sekelip mata. Hanya ilmu yang ada pada anda yang dapat membantu anda ketika ditimpa kesusuahan melalui usaha bersungguh-sungguh dan ikhlas dan diredhai Allah SWT. Jadi belajar sebaiknya dengan penuh kejujuran dan keikhlasan untuk diri sendiri untuk membolehkan anda menjadi manusia berjaya di masa depan yang akan membolehkan anda membantu orang lain.
Sekian saja pesanan ringkas saya untuk kali ini. Lagi sekali Selamat Hari Raya.