(Drp Ustaz Syahidan KUIS)
✨ Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.
🌱 Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu ( kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kbiasaannya di pintu2.
🌱Lazimi membaca dn memasang ayt suci alquran di rumah.
🌱Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.
🌱Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.
🌱Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin. 🌱Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.
🌱Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
🌱Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)
🌱Bagi rumah yg pintu2nya berhadapan dgn pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu2 yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus
🌱Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.
🌱 Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.
🌱 Elakkan duduk di pintu.
🌱 Selalu2 baca surah Al~Baqarah.
🌱Selalu alih2kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yang kelalaian.

بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 5 Ogos 2015
Rindu Abah
Puteri abah sukakan seseorang? Abah ok. Tapi janganlah buat abah sedih. Abah jaga puteri abah dari kecil tapi kamu sanggup bagi semuanya pada lelaki yang abah pun tak kenal. Kamu boleh Mesej dia hari-hari, tapi sehari kamu nak mesej abah pun payah. Tak sayangkan abah? Jagalah maruah kamu annakku. Kalau bukan untuk abah, untuk diri kamu sendiri. Puteri abah, kasih sayang abah.
Abah ini bukanlah mampu membeli kereta mahal-mahal jika kamu nakkan ia . Tetapi jika abah mampu, abah akan usahakan. Abah juga tidak mampu membeli handphone beribu harganya buat kamu. Tapi jika abah masih kuat kudrat, abah akan usaha belikan.
Abah ini sudah tua. Tengok lah tangan abah. Dah berkedut. Kulit tapak tangan abah juga sudah keras. Tapi puteri abah, ingatlah, walaupun tangan abah begini, abah akan lindungi puteri abah. Jika ada lelaki yang mengganggumu, dengan tangan ini abah akan menumbuk dia. Jika barangmu yang ingin dibawa masuk ke hostel itu terlalu berat, dengan tangan abah ini, abah akan mengangkatnya. Untuk puteri abah, apalah sangat duit yang abah beri untuk belanja diuniversiti. Kalau yuran dan bukunya mahal sekalipun, abah tak akan kata apa kerana bagi abah, nilai anak abah yang dianugerahkan Allah itu tidak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dengan duit buku yang tebal dengan harga ratusan.
Kadang puteri abah ini telefon nombor abah tapi nak cakap dengan mak. Kata rindu sangat pada mak. Abah tak kisah sebab abah tahu betapa peritnya mak kamu mengandungkan dan melahirkan kamu. Tapi sekali, abah ingin juga dengar puteri abah ini kata " rindu abah ". Tapi kalau malu, tak apa lah. Kalau hati puteri abah ini dah rasa rindu kat abah pun dah cukup. Abah gembira dah.
Anak abah, puteri abah, kasih sayang abah, anugerah abah,
Jaga dirimu anakku. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Abah dah buat macam-macam buat kamu. Sanggupkah kamu tengok abah masuk neraka? Walaupun abah sentiasa berusaha gigih supaya kamu dan abah bersama di syurga.
Lama sudah abah hidup. Dari kamu tak boleh cakap, sampailah kamu dah berlari sana-sini masuk dewan kuliah. Entah-entah abah tak sempat tengok kamu kahwin. Tak sempat tengok kamu habis belajar pun. Tapi cukup bagi abah, ada puteri macam kamu. Cantik, baik, pandai dan sayang abah. Kalau abah tak ada sebelah kamu pun, tak apalah. Kasih sayang abah sampai bila-bila ada buat puteri abah.
Abah menangis bila tengok kamu tidur. Menangis sebab terharu melihat kamu membesar dengan baik.
Belajar elok-elok. Pilih suami elok-elok. Jaga diri elok-elok. Banyak lagi sebenarnya abah nak cakap. Assalamualaikum wahai puteri abah, kasih sayang abah. Abah sayangkan kamu.

Isnin, 3 Ogos 2015
Bahagia
"
Takrifan KEBAHAGIAAN?
Ada yang menganggap apabila diri mencapai apa yang dimahukan maka itulah bahagia,
Ada juga yang menganggap bila bertemu ujian, bersabar sedikit dipenghujungnya akan reda ujian tersebut dan akan beroleh bahagia.
Semudah ABC sifir bahagia mereka.
Hakikatnya,
Kebahagiaan sebenar adalah bila mana asas kebahagiaan itu didasari dengan kehendak dan perintah Allah S.W.T bukan pada keinginan cetek manusia dan akal yang terbatas.
Biarpun berhempas pulas sehingga lelah dalam menjalani ujian hingga memakan waktu rehatnya,
Biarpun banyak tangisnya dari tertawa,
Biarpun sakit menahan kehendak dirinya yang tidak tercapai,
Biarpun perubahan yang dilakukan di cemuh orang,
Biarpun tersungkur berkali-kali setelah meniti jalan perubahan,
Tetapi,
Manusia inilah yang paling bahagia! biarpun zahirnya tidak nampak tetapi dalamannya hebat kerana mampu bersabar dan menanggung seberapa banyak perit ujian berbanding manusia yang lain yang sering berkira-kira didalam ujian serta mengharap redanya ujian tersebut.
Hidupnya tidak berkira-kira dengan caturan tuhan, dia redha dengan ujian tersebut.
Biarpun sekali tidak bahagia, dua kali tidak bahagia, berkali-kali tidak ketemu bahagia, dia tidak mengeluh bahkan terus menghadiahkan 'bahagia' pada jiwanya yang sekukuh gunung ganang yang terpasak di bumi kerana mampu teguh dengan ujian tuhannya!
Maka berputiklah dihatinya bahawa dunia ini tempat ujian! Ujian untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang ingkar kepada-Nya!
Dan berputik juga dihatinya, kebahagiaan sebenar bilamana KEDUA BELAH KAKINYA SUDAH BERADA DI TAMAN SYURGA...
ITULAH KEBAHAGIAAN HAKIKI....
Ya Allah!
Aku tahu kau mencintaiku,
Kerana itu 'ujian' sebagai tanda kasih sayang-Mu
Ampuni aku Ya Allah!
Jika salah sangka dengan-Mu
Aku lemah dan perlukan-Mu
Bantulah aku dalam menghadapi ujian dunia ini

Jumaat, 31 Julai 2015
Langgan:
Catatan (Atom)