Berikut ialah 14 amalan atau ciri-ciri yang sering dikaitkan dengan mereka yang ditohmah dan dilabel dengan gelaran Wahhabi. Mari kita lihat ciri-ciri yang dimaksudkan dan para ulamak bermazhab Syafie yang turut serta memiliki ciri-ciri tersebut.
Pertama: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak melakukan qunut solat subuh secara terus-menerus. Maka Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie juga ialah Wahhabi kerana mereka meninggalkan qunut subuh atas alasan kelemahan hadisnya. – Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah, Ma’na Qaul al-Imam al-Muththalibi Idza Shahhal Hadits Fahuwa Madzahbi (Majmu’atur Rasa-ilil Muniriyyah) dan Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-Kubra.
Kedua: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak melaksanakan solat sunat qabliyyah dua rakaat (sebelum) solat Jumaat. Maka al-Hafizh al-'Iraqi asy-Syafie dan Imam Abu Syamah asy-Syafie serta al-Imam Abi al-Thayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azhim al-Abadi juga ialah Wahhabi kerana mereka melemahkan pandangan yang mensabitkan solat sunat dua rakaat sebelum Jumaat. – Lihat al-Ba’its al-Inkar al-Bida’ wa al-Hawadits, Tharh al-Tsarib dan ‘Awn al-Ma’bud Syarah Sunan Abu Daud.
Ketiga: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak bersetuju dengan azan dua kali Jumaat. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang cenderung kepada Sunnah Nabi, iaitu azan Jumaat hanya sekali di zamannya. – Lihat kitab al-Umm.
Keempat: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang membenci kenduri arwah. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para imam bermazhab Syafie selainnya seperti Syeikh Mustafa Khin asy-Syafie, Syeikh Mustafa al-Bugha asy-Syafie, Syeikh ‘Ali al-Syarbaji asy-Syafie, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari asy-Syafie, Syeikh Daud al-Fatani asy-Syafie, Syeikh Zainul Abidin Muhammad al-Fatani dan ramai lagi. Ini kerana mereka semua amat membenci amalan kenduri arwah. – Lihat kitab al-Umm, kitab I’anatu ath-Thalibin, Kashfu al-Litham, Sabil al-Muhtadin, Bughyatul Tullab dan kitab al-Fiqh al-Manhaj ‘Ala Madzhab al-Imam asy-Syafie.
Kelima: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak bermazhab dan menentang taqlid buta dalam beragama (ikut membuta tuli). Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie kerana tidak bermazhab kepada mazhab-mazhab yang muncul sebelumnya, antaranya ialah Imam Malik (mazhab Maliki), iaitu gurunya sendiri. Juga Wahhabilah Imam asy-Syafie kerana menetang keras amalan bertaqlid buta dalam beragama. – lihat kitab Manaqib asy-Syafie, Siyar A’lam al-Nubala’, Hilyatul Auliya’ dan Tarikh Dimasyqi.
Keenam: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang menunaikan zakat dengan makanan ruji seperti gandung, tamar, beras dan seumpama. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie kerana memfatwakan zakat fitrah hendaklah menggunakan makanan ruji, bukan wang sebagaimana amalan umat Islam di Malaysia - termasuk mereka yang mengaku bermazhab Syafie. – Lihat Kitab al-Umm.
Ketujuh: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak membaca lafaz ‘Sayyidina’ ketika berselawat ke atas Nabi. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang tidak pernah menulis di dalam mana-mana kitabnya, baik kitab al-Umm mahupun kitab al-Risalah. Demikian juga Wahhabilah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani asy-Syafie yang turut menyinggung permasalahan ini di dalam kitabnya yang terkenal, Fath al-Bari (syarah kepada al-Bukhari).
Kelapan: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak mengkhususkan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat tetapi menggalakkan surah al-Kahfi. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang memfatwakan disukai membaca surah al-Kahfi di malam Jumaat atas alasan ia menepati Sunnah Nabi. Tambahan pula tidak ditemui dalam mana-mana kenyataannya atau pun para ulamak selainnya tentang galakkan membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat.– Lihat kitab al-Umm.
Kesembilan: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang enggan berdoa dan berzikir dengan suara yang kuat dan dilakukan secara beramai-ramai selepas solat berjemaah. Jika demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para ulamak bermazhab Syafie seperti Imam al-Nawawi, Ibn Hajar al-Haitsami, Syeikh Zainuddin ‘Abd al-‘Aziz asy-Syafie, al-Imam al-Baihaqi asy-Syafie dan selainnya. Ini kerana mereka tidak pernah mengajarkan demikian dalam kitab-kitab mereka. Sebaliknya hanya membolehkan berzikir berjemaah (baca: bukan doa) dalam konteks mengajar makmum sahaja, bukan selalu. – Lihat kitab al-Umm, at-Tahqiq, Minhaj ath-Thalibin, Tuhfat al-Muhtaj bi Syarah al-Minhaj, Fath al-Bari, Fath al-Mu’in dan Sunan al-Kubra al-Baihaqi.
Kesepuluh: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak melafazkan niat sebelum solat. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang tidak pernah mengajarkan amalan demikian. Demikian juga Wahhabilah al-Qadhi Abu al-Rabi’ Sulaiman bin ‘Umar asy-Syafie kerana menyatakan amalan melafazkan niat sebelum solat itu bukan berasal daripada Sunnah Nabi yang sahih. – Lihat kitab al-Qaul al-Mubin Fi Akhtha’ al-Mushallin.
Kesebelas: Orang kata bahawa Wahhabi ialah mereka yang menafikan sampainya pahala bacaan al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si mati. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie, Syeikh al-Haitsami asy-Syafie dan selainnya yang berpendapat tidak sampai pahala bacaan al-Qur’an yang dikirimkan kepada si mati. – Lihat Tafsir Ibn Katsir, al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab dan al-Fatwa al-Kubra al-Fiqhiyyah.
Kedua belas: Orang kata bahawa Wahhabi ialah mereka yang melarang mengkapur dan membina binaan di atas kubur. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie dan Imam al-Munawi yang menjelaskan kebencian Imam asy-Syafie kepada amalan membangun dan mengkapur kuburan sebagaimana yang mendarah daging dalam tradisi umat Islam yang mengaku bermazhab Syafie. – Lihat kitab al-Umm, Syarah Shahih Muslim dan Faidh al-Qadir.
Ketiga belas: Orang kata bahawa Wahhabi ialah mereka yang menetapkan sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas langit, sifat turun (al-Nuzul) dan sebagainya tanpa takwil. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang menetapkan kedua-dua sifat itu dan selainnya tanpa sebarang pentakwilan ke atasnya. Demikian juga al-Imam adz-Dzahabi asy-Syafie yang turut menetapkan sifat-sifat Allah. – Lihat kitab Tafsir Ibn Katsir dan al-‘Uluw Li al-‘Aliyyil ‘Azhim.
Keempat belas: Orang kata bahawa Wahhabi ialah mereka yang tidak belajar dan berakidah dengan sifat 20. Maka demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie kerana tidak pernah mempelajari, apatah lagi mengajarkan sifat 20 itu. Tidak ada satu jua bukti beliau berpegang kepada kaedah pengajian sifat 20 dalam mana-mana kitabnya. - Lihat kitab al-Umm dan al-Risalah.
Kelima belas: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak menyapu muka selepas berdoa. Jika demikian maka Wahhabilah Imam al-Nawawi asy-Syafie yang menafikan kesunnahan menyapu muka selepas doa. Demikian juga Imam al-'Izz 'Abd as-Salam asy-Syafie yang menyatakan adalah bodoh orang-orang yang menyapu muka selepas berdoa. - Dinyatakan di dalam 'Irwa' al-Ghalil dan Shahih al-Adzkar wa Dha'ifuhu.
Dan banyak lagi jika hendak diperincikan. Rupanya Wahhabi ialah mereka yang menyelisihi kebiasaan masyarakat dan berpegang teguh kepada al-Qur'an serta as-Sunnah sahihah!
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 6 Ogos 2015
Rabu, 5 Ogos 2015
Jin
(Drp Ustaz Syahidan KUIS)
✨ Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.
🌱 Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu ( kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kbiasaannya di pintu2.
🌱Lazimi membaca dn memasang ayt suci alquran di rumah.
🌱Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.
🌱Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.
🌱Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin. 🌱Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.
🌱Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
🌱Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)
🌱Bagi rumah yg pintu2nya berhadapan dgn pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu2 yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus
🌱Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.
🌱 Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.
🌱 Elakkan duduk di pintu.
🌱 Selalu2 baca surah Al~Baqarah.
🌱Selalu alih2kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yang kelalaian.

Rindu Abah
Puteri abah sukakan seseorang? Abah ok. Tapi janganlah buat abah sedih. Abah jaga puteri abah dari kecil tapi kamu sanggup bagi semuanya pada lelaki yang abah pun tak kenal. Kamu boleh Mesej dia hari-hari, tapi sehari kamu nak mesej abah pun payah. Tak sayangkan abah? Jagalah maruah kamu annakku. Kalau bukan untuk abah, untuk diri kamu sendiri. Puteri abah, kasih sayang abah.
Abah ini bukanlah mampu membeli kereta mahal-mahal jika kamu nakkan ia . Tetapi jika abah mampu, abah akan usahakan. Abah juga tidak mampu membeli handphone beribu harganya buat kamu. Tapi jika abah masih kuat kudrat, abah akan usaha belikan.
Abah ini sudah tua. Tengok lah tangan abah. Dah berkedut. Kulit tapak tangan abah juga sudah keras. Tapi puteri abah, ingatlah, walaupun tangan abah begini, abah akan lindungi puteri abah. Jika ada lelaki yang mengganggumu, dengan tangan ini abah akan menumbuk dia. Jika barangmu yang ingin dibawa masuk ke hostel itu terlalu berat, dengan tangan abah ini, abah akan mengangkatnya. Untuk puteri abah, apalah sangat duit yang abah beri untuk belanja diuniversiti. Kalau yuran dan bukunya mahal sekalipun, abah tak akan kata apa kerana bagi abah, nilai anak abah yang dianugerahkan Allah itu tidak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dengan duit buku yang tebal dengan harga ratusan.
Kadang puteri abah ini telefon nombor abah tapi nak cakap dengan mak. Kata rindu sangat pada mak. Abah tak kisah sebab abah tahu betapa peritnya mak kamu mengandungkan dan melahirkan kamu. Tapi sekali, abah ingin juga dengar puteri abah ini kata " rindu abah ". Tapi kalau malu, tak apa lah. Kalau hati puteri abah ini dah rasa rindu kat abah pun dah cukup. Abah gembira dah.
Anak abah, puteri abah, kasih sayang abah, anugerah abah,
Jaga dirimu anakku. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Abah dah buat macam-macam buat kamu. Sanggupkah kamu tengok abah masuk neraka? Walaupun abah sentiasa berusaha gigih supaya kamu dan abah bersama di syurga.
Lama sudah abah hidup. Dari kamu tak boleh cakap, sampailah kamu dah berlari sana-sini masuk dewan kuliah. Entah-entah abah tak sempat tengok kamu kahwin. Tak sempat tengok kamu habis belajar pun. Tapi cukup bagi abah, ada puteri macam kamu. Cantik, baik, pandai dan sayang abah. Kalau abah tak ada sebelah kamu pun, tak apalah. Kasih sayang abah sampai bila-bila ada buat puteri abah.
Abah menangis bila tengok kamu tidur. Menangis sebab terharu melihat kamu membesar dengan baik.
Belajar elok-elok. Pilih suami elok-elok. Jaga diri elok-elok. Banyak lagi sebenarnya abah nak cakap. Assalamualaikum wahai puteri abah, kasih sayang abah. Abah sayangkan kamu.

Isnin, 3 Ogos 2015
Bahagia
"
Takrifan KEBAHAGIAAN?
Ada yang menganggap apabila diri mencapai apa yang dimahukan maka itulah bahagia,
Ada juga yang menganggap bila bertemu ujian, bersabar sedikit dipenghujungnya akan reda ujian tersebut dan akan beroleh bahagia.
Semudah ABC sifir bahagia mereka.
Hakikatnya,
Kebahagiaan sebenar adalah bila mana asas kebahagiaan itu didasari dengan kehendak dan perintah Allah S.W.T bukan pada keinginan cetek manusia dan akal yang terbatas.
Biarpun berhempas pulas sehingga lelah dalam menjalani ujian hingga memakan waktu rehatnya,
Biarpun banyak tangisnya dari tertawa,
Biarpun sakit menahan kehendak dirinya yang tidak tercapai,
Biarpun perubahan yang dilakukan di cemuh orang,
Biarpun tersungkur berkali-kali setelah meniti jalan perubahan,
Tetapi,
Manusia inilah yang paling bahagia! biarpun zahirnya tidak nampak tetapi dalamannya hebat kerana mampu bersabar dan menanggung seberapa banyak perit ujian berbanding manusia yang lain yang sering berkira-kira didalam ujian serta mengharap redanya ujian tersebut.
Hidupnya tidak berkira-kira dengan caturan tuhan, dia redha dengan ujian tersebut.
Biarpun sekali tidak bahagia, dua kali tidak bahagia, berkali-kali tidak ketemu bahagia, dia tidak mengeluh bahkan terus menghadiahkan 'bahagia' pada jiwanya yang sekukuh gunung ganang yang terpasak di bumi kerana mampu teguh dengan ujian tuhannya!
Maka berputiklah dihatinya bahawa dunia ini tempat ujian! Ujian untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang ingkar kepada-Nya!
Dan berputik juga dihatinya, kebahagiaan sebenar bilamana KEDUA BELAH KAKINYA SUDAH BERADA DI TAMAN SYURGA...
ITULAH KEBAHAGIAAN HAKIKI....
Ya Allah!
Aku tahu kau mencintaiku,
Kerana itu 'ujian' sebagai tanda kasih sayang-Mu
Ampuni aku Ya Allah!
Jika salah sangka dengan-Mu
Aku lemah dan perlukan-Mu
Bantulah aku dalam menghadapi ujian dunia ini

Langgan:
Catatan (Atom)