Ahad, 9 Ogos 2015

UAI



Assalamualaikum shortnote kuliah magrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Kampung Butut Kuala Berang. Ahad | 9.8.2015
Kitab 40 Hadis Penawar Hati
Hadis Yang Ke 4
1. Islam melarang sesiapa saja memgambil hak org lain tanpa kebenaran tuan harta itu krn islam sgt menjaga hak dan harta benda org lain sesiapa yg ade terambil harta bende org maka hendaklah dia cepat cepat memulangkan semula herte org itu dan jauhi harta yg haram dan jgn zolim.
2. Orang yg ade penyakit hendaklah dia berubat akan sakitnya itu begitu jgk org ade penyakit pd hati hendaklah dia berubat dgn cara dgr dan amal ajaran islam yg ditinggalkan olih Allah dan Rasul.
3. Leni ramai orang takmbuh ikut ulamak cita cite die henye nok kaye je padang target dunia je tggu gaji tp bile ulamak ajok buat bende molek dia xmbuh ikut.Ini nyakit org kite.
4. Nabi kata sesiapa yg merampas hak harta bende org islam maka Allah wajibkan dia masuk api neraka.Huraiannye Walaupun sultan ke agung ke raja ke menteri ke wajib akan masuk neraka jika rampas dan buat zolim harte bende orang."faqod" ni bermaksud gerenti bukan gura sungguh akan masuk patak neraka.Maka sahabat2 dgr pun takuttang belaka
5. Akhirat ni ade 2 je dok syurga neraka 2 tu je,titian sirat ni semua wajib lalu kalu lepas titian akan masuk syurga kalu jatuh terus masuk neraka dan tiada siapa xkene lalu semua wajib lalu belaka xdok sorg pun boleh terlepas kalu roadblock polis ramai ah boleh konar balik tp titian sirat xdok pilihan boh kalu baik syurga kalu basak masuk neraka ah.
6. Agama wajib bubuh atas Al islam mesti duduk atas sekali hok selain drpd islam dok pakka belaka duduk bowoh belaka dok kire ah parlimen ke dewan rakyat ke dokleh lawang islam.Kene bubuh islam atah skli.
7. Awaluddin makrifatulloh awal agama itu mengenal Allah nk beramal dgn islam itu yg utama kene ade tauhid kpd Allah.Hokni penting yang utama.
8. Jadi barangsiapa yg setuju dgn kezoliman rampas harta org kalu parlimen pakat lulus yg tukang suruh yg tukang undi yg tukang setuju yg tukang buat walaupun enakmen itu bcanggah dgn Al Quran maka semua yg terlibat akan masuk neraka.Jangan main dgn harte org ini.Mencuri ke rompak ke samun ke ragut ke semua akan masuk neraka.
9. Sifat hukum islam ni hukum hudud ni gerenti akan mengurangkan jenayah tp nabi jgk sebut akhir zaman hukum islam xakan ditegakkan olih pembesar krn dalam hati mereka ade penyakit munafiqin.
10. Bumi ni milik siapa?Milik Allah doh mung wajib la ikut peraturan tuan bumi ni, rumoh org pun kite xleh buat lebih kurang ni kan peraturan Allah wajib ah mung ikut doh bakpe bodo ngak kabo dok sesuai lah ape lah mabuk tahik kude ke ape?Time peraturan jabak ikut sgt peraturan skoloh ikut sgt doh bakpe peraturan Allah mu dok ikut?
11. Siapa kata undang undang islam nk zolim dia kekal dalam neraka.Kalu org jenis ambik harta org care rompak,cederakan pemilik barang maka hukum islam nye kene potong tangan kanan dan potong kaki kiri dan dipamer pd umum.Jangan kate zolim krn boleh rosok akidoh mung.Allah buat comel belaka
12. Leni org baham harta org ramai sapa berbilion bilion pun xdok hal abih pakat baham pitis.Sesiapa yg tahu akan kezoliman baham pitis ke ape ke tp dia diam sbb takut dibuang kerja maka diakhirat nanti dia akan dipakaikan besi api neraka di mulutnya.Ni utk org2 yg tahu tp dia diamkan kezoliman itu.Ni Nabi kabo dia akan dipakai besi api neraka, dakyoh besi ni mu teh tiung ekzos muto dohla tu baru api donia.Jadi ingat ah jgn susuk, kene kabor bende ni tulung kabor jangan maroh.
13. Walaupun dia mencuri sebutir buah mempelam drpd rumah jirannya 15 tahun yg lalu bile dia ngaji dan dia tahu akan harammya ambik harta org maka wajib dia pulang balik.
Soal Jawab
1. Pemimpin yang selalu buat jahak ni mcmana dgn rakyat yg menyokong?
- Dgr ni nok kabo jangan maroh ke aku maroh ke tukang tanye la jadi hok tukang sokong pun akan diazab sbb dka menyokong kezoliman hok mane pernoh sokong tu beertaubatlah.
2. Penyakit ain ni guane nok berubat?
- Penyakit ain ni Allah jdkan mata dia ni bile blawan mata dgn org lain dia akan reboh jd pitam jd dokrok gtu cara berubat guna org yg dia blawan mata tu pergi mandikan dia yg reboh td.
3. Saya nok aqiqah boleh ke aqiqah bulan zulkaedah?
- Boleh xdok mslh 12 bulan boleh belaka.Dan ngekoh ni boleh dgn binatang ternak iaitu lembu kuba unta kambing,kalu ngekoh dgn ayam tak sah ngekoh itu walaupun ayam tu besor lembu.
4. Apakah punca penyakit hati dan kaedah rawatan dari segi tasawuf?
- Hati ni tempat rebutan antara malaikat dan iblis syaitan,Jadi hati ni barang mahal sbb tu ade rebutan jd bile setan duduk dlm hati kita dia akan suruh kita buat jahak so cara nk berubat jangan layan la suruhan syaitan barulah hati kite comel.
5. Guane kalu kite dok kenang dgn pemerintah kite?
- Guna kias dlm solat jika imam masih tak buat bende haram maka haram kita tukar tp kalu imam solat subuh 6 rakaat maka jelas salah dan haram kene tukar lah. Ni pemerintah pinda hukum Allah maka wajib nasihat kalu dok dgr jgk tukar lah
6. Cara gugur dosa dgn syarat solat betul ke?
- Betul lah tu antara buatan yg gugur dosa bile buat ialah berwuduk,buat baik kpd ibubapa,amalkan solat pun boleh gugur dosa.
7. Isteri payoh bangun subuh ah pukul 11 sokmo bangun nok wak guane ah?
- Jawabnye mu wak balik borg poligami wak lolok isi depan dia kabo nok nikoh sorg lagi baru dia takut wak acah la nok nikoh dgn org mayang subuh plok kalu mu wak gtu esok tu kul 3 bangun doh siap ngatik beradong.Jangan main org puang bab nikoh ni hok mati doh bangung cacang.
8. Apakah istidraj dan cara mengelakkannya?
- Istidraj ni kalu kije naik pangkat nege koho maju tetapi makin jauh dgn Allah.Dulu keda kecik je boleh mari dgr boleh g sura balai tp leni dokleh doh g dgr,dok negur orang doh leni sbb ape? Naik pakat boh,dulu negur org sokmo ni seme nyakit istidraj pah neraka belaka nyakit ni jaga baik.Leni rama sgt la bulih nikmat dunia tp makin jauh dgn masjid sura majlis ilmu nauzubillah.Jangan pernah lalai dlm mencari akhirat.
9. Apakah hukum main kutu?
- Hukumnya kotor la main kutu kenyek pahtu g tiung plok xdok kije ke org melayu ni? Ke kutu duit or,kalu kutu pitih or bulih main tp kene sebut sokmo ah sy beri hutang ke awok dan saya bayor hutang awok sbb kutipan dan byran tu sbnrnye dlm hutang barulah sah kutu itu.
10. Ape hukum perempuan berubat dgn bomoh laki laki dan kene buka tudung?
- Bile sebut bomoh ni jgn maroh bomoh ni makne org yg berubat org kalu arab pggil tobib kalu org putih pggil doctor jd jgn awal2 kate haram tp boleh jd haram dgn kaedah rawatan sperti suruh buka aurat tanpa sebab atau tujuan yg diharuskan.Kalu daruroh xdok mslh kalu ade same jantina ke g brobat kat same jantina dulu h bowok mahram jgn tinggal dgn dua org gtu jeng abih anok dare org. Leni rama tukang berubat gile kene buang tudung la buang baju la sohbeng layang ah jenis bomo bodo gni.
Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermanfaat dan pakat share dari page Koleksi Shortnote Kuliah Ustaz Azhar Idrus deh.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Kenduri

182) بسم الله الرحمن الرحيم
ًًًً.     الحمدلله 😊
🌸KENDURI YANG DIBERKATI ALLAH S.W.T.🌸

(Ustaz Fawwaz Mad Jan)

✅Jika sudah lepas kendurinya, X apa😄... dimasa akan datang kita perbetulkan✔... lagipun x ada manusia yang lahir2👶 terus pandai😎.

✅Klu ada kenduri kahwin💞, WAJIB kita org Islam pergi🚘... KECUALI ada sebab2 yang Munasabah✔. Hanya kenduri kahwin💍 shj yang WAJIB, dan yg lain2 adalah SUNAT.

✅TAPI, jika kenduri tersebut ada:
🔆PERSANDINGAN
👉Jika bersanding di khalayak ramai👬👫👭... pengantin lelaki tersebut👳 akan menjadi dayus pd hari pertama pernikahannya😓 & pengantin lelaki tersebut X masuk syurga😣.
(Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. Mintalah ampun kepadaNya.)

🔆KARAOKE
👉Pengantin👳👰, pak mak pengantin, pak menakan pengantin semua...😏 pakat karaoke🎤.

🚫YANG WAJIB PEGI KENDURI KAHWIN TADI, BERTUKAR JADI X WAJIB PEGI.

✅BAB PASANG LAGU
👉Jika nak pasang lagu🎧🎵 masa kenduri, pilihlah penyanyi lelaki🚶... sebab suara wanita🙋 adalah aurat.
👉pasanglah karaoke nasyid2 yg mendidik jiwa

👉Ayat AL-QURAN📚 DILARANG pasang masa kenduri, sbb boleh BERDOSA, jika X senyap😶 masa ayat2 Al-Quran itu dipasang😥.

✅Bila hari pertama kenduri tersebut hilang keberkatan😕, kita akan lihat pasangan👳👰 itu pun akan hilang keberkatan😓.
🔆Contohnya:
👉Laki bini hidup x bahagia💔.
👉X dikurniakan anak👶
👉Klu ada anak👪, anak x jadi org😣.

✅BAB MAKAN.
👉Klu nk wat special🍹🍛🍝, kena wat kat tempat tertutup✔.
👉Boleh hilang keberkatan kenduri tersebut🙇, jika ada perbezaan makanan 🍤🍖 antara tetamu. Mskanan harus sama shj.
👉Jika nak makan secara terdedah👀... kena wat makanan bagi serupa🍛🍛🍝🍝.
👉HUKUMNYA dah x wajib hadir jika ada perbezaan.

✅BAB CENDERAMATA.
👉Kenalah sama🍬🍭 klu nak bagi kat semua org👬👭.
👉Klu bajet💰 x cukup🙅, bagi ja bahulu kat semua orang👪.
Wallahu'alam...

🍁Silakan COPY pada adik beradik, kawan2 untuk ingatan kita bersama dalam mendapat perkahwinan yang diberkati ALLAH S.W.T. Sama2lah kita perbetulkan dimasa akan datang. Pada sesiapa yang dah dpt ilmu nie, sebar2kanlah... jangan disimpan sorang2.

😄SALING INGAT MENGINGATI ANTARA KITA UMAT ISLAM.
wallahu'alam...

❤Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad❤

Jumaat, 7 Ogos 2015

Cukup kaya

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______

Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no. 4? Adakah Kemiskinan menjadi jawapannya???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. " (QS. An-Najm : 45).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul untuk no. 1-3, tetapi jawapan untuk no. 4 ramai keliru.
Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yang "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!

Jadi, marilah kita bangun rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur.

Semangat menjemput rezeki yang halal, biar semakin berkat.. Insha'Allah

Tips UPS 1

Tips utk budak2 nak UPS :
1. Siapkan kerja sebelum class
2. Isi masa dengan tengok balik nota
3. Ambil masa rehat
4. Baca al-quran sekurang kurangnya 2 muka surat sehari
5. Cuba apa jenis soalan pun yang lecturer bagi
6. Jangan lupa doa, semuanya datang dari Allah
7.cuba solat awal waktu, jaga solat
8.pergi jalan jalan, cari ketenangan, segar kan otak
9.kalau tak faham jangan segan nak tanya kawan
10.kalau kawan pun tak boleh tolong, jumpa lecturer
11.jangan kedekut ilmu
12sekali sekala ambil masa untuk belajar sepanjang sehari semalam
13.kalau tak larat nak pergi class, cakap dekat lecturer, mereka faham, jangan ponteng
14.jaga hubungan dengan mak ayah, lecturer, kawan kawan
15.jangan ada hasad dengki, dendam
16.kalau terkutuk belakang lecturer, pi minta maaf personal
17.buat solat sunat rawatib
18.rajin rajin puasa sunat
19.niat belajar nak dapat redha Allah

Khamis, 6 Ogos 2015

Sunnah

Berikut ialah 14 amalan atau ciri-ciri yang sering dikaitkan dengan mereka yang ditohmah dan dilabel dengan gelaran Wahhabi. Mari kita lihat ciri-ciri yang dimaksudkan dan para ulamak bermazhab Syafie yang turut serta memiliki ciri-ciri tersebut.

Pertama: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak melakukan qunut solat subuh secara terus-menerus. Maka Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie juga ialah Wahhabi kerana mereka meninggalkan qunut subuh atas alasan kelemahan hadisnya. – Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah, Ma’na Qaul al-Imam al-Muththalibi Idza Shahhal Hadits Fahuwa Madzahbi (Majmu’atur Rasa-ilil Muniriyyah) dan Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-Kubra.

Kedua: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak melaksanakan solat sunat qabliyyah dua rakaat (sebelum) solat Jumaat. Maka al-Hafizh al-'Iraqi asy-Syafie  dan Imam Abu Syamah asy-Syafie serta al-Imam Abi al-Thayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azhim al-Abadi juga ialah Wahhabi kerana mereka  melemahkan pandangan yang mensabitkan solat sunat dua rakaat sebelum Jumaat. – Lihat al-Ba’its al-Inkar al-Bida’ wa al-Hawadits, Tharh al-Tsarib dan ‘Awn al-Ma’bud Syarah Sunan Abu Daud.

Ketiga: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak bersetuju dengan azan dua kali Jumaat. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang cenderung kepada Sunnah Nabi, iaitu azan Jumaat hanya sekali di zamannya. – Lihat kitab al-Umm.

Keempat: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang membenci kenduri arwah. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para imam bermazhab Syafie selainnya seperti Syeikh Mustafa Khin asy-Syafie, Syeikh Mustafa al-Bugha asy-Syafie, Syeikh ‘Ali al-Syarbaji asy-Syafie, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari asy-Syafie, Syeikh Daud al-Fatani asy-Syafie, Syeikh Zainul Abidin Muhammad al-Fatani dan ramai lagi. Ini kerana mereka semua amat membenci amalan kenduri arwah. – Lihat kitab al-Umm, kitab I’anatu ath-Thalibin, Kashfu al-Litham, Sabil al-Muhtadin, Bughyatul Tullab  dan kitab al-Fiqh al-Manhaj ‘Ala Madzhab al-Imam asy-Syafie.

Kelima: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak bermazhab dan menentang taqlid buta dalam beragama (ikut membuta tuli). Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie kerana tidak bermazhab kepada mazhab-mazhab yang muncul sebelumnya, antaranya ialah Imam Malik (mazhab Maliki), iaitu gurunya sendiri. Juga Wahhabilah Imam asy-Syafie kerana menetang keras amalan bertaqlid buta dalam beragama. – lihat kitab Manaqib asy-Syafie, Siyar A’lam al-Nubala’, Hilyatul Auliya’ dan Tarikh Dimasyqi.

Keenam: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang menunaikan zakat dengan makanan ruji seperti gandung, tamar, beras dan seumpama. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie kerana memfatwakan zakat fitrah hendaklah menggunakan makanan ruji, bukan wang sebagaimana amalan umat Islam di Malaysia - termasuk mereka yang mengaku bermazhab Syafie. – Lihat Kitab al-Umm.

Ketujuh: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak membaca lafaz ‘Sayyidina’ ketika berselawat ke atas Nabi. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang tidak pernah menulis di dalam mana-mana kitabnya, baik kitab al-Umm mahupun kitab al-Risalah. Demikian juga Wahhabilah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani asy-Syafie yang turut menyinggung permasalahan ini di dalam kitabnya yang terkenal, Fath al-Bari (syarah kepada al-Bukhari).

Kelapan: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak mengkhususkan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat tetapi menggalakkan surah al-Kahfi. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang memfatwakan disukai membaca surah al-Kahfi di malam Jumaat atas alasan ia menepati Sunnah Nabi. Tambahan pula tidak ditemui dalam mana-mana kenyataannya atau pun para ulamak selainnya tentang galakkan membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat.– Lihat kitab al-Umm.

Kesembilan: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang enggan berdoa dan berzikir dengan suara yang kuat dan dilakukan secara beramai-ramai selepas solat berjemaah. Jika demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para ulamak bermazhab Syafie seperti Imam al-Nawawi,  Ibn Hajar al-Haitsami,  Syeikh Zainuddin ‘Abd al-‘Aziz asy-Syafie, al-Imam al-Baihaqi asy-Syafie  dan selainnya. Ini kerana mereka tidak pernah mengajarkan demikian dalam kitab-kitab mereka. Sebaliknya hanya membolehkan berzikir berjemaah (baca: bukan doa) dalam konteks mengajar makmum sahaja, bukan selalu. – Lihat kitab al-Umm, at-Tahqiq, Minhaj ath-Thalibin, Tuhfat al-Muhtaj bi Syarah al-Minhaj, Fath al-Bari, Fath al-Mu’in dan Sunan al-Kubra al-Baihaqi.

Kesepuluh: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak melafazkan niat sebelum solat. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang tidak pernah mengajarkan amalan demikian. Demikian juga Wahhabilah al-Qadhi Abu al-Rabi’ Sulaiman bin ‘Umar asy-Syafie kerana menyatakan amalan melafazkan niat sebelum solat itu bukan berasal daripada Sunnah Nabi yang sahih. – Lihat kitab al-Qaul al-Mubin Fi Akhtha’ al-Mushallin.

Kesebelas: Orang kata bahawa Wahhabi ialah mereka yang menafikan sampainya pahala bacaan al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si mati. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie, Syeikh al-Haitsami asy-Syafie dan selainnya yang berpendapat tidak sampai pahala bacaan al-Qur’an yang dikirimkan kepada si mati. – Lihat Tafsir Ibn Katsir, al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab dan al-Fatwa al-Kubra al-Fiqhiyyah.

Kedua belas: Orang kata bahawa Wahhabi ialah mereka yang melarang mengkapur dan membina binaan di atas kubur. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie dan Imam al-Munawi yang menjelaskan kebencian Imam asy-Syafie kepada amalan membangun dan mengkapur kuburan sebagaimana yang mendarah daging dalam tradisi umat Islam yang mengaku bermazhab Syafie. – Lihat kitab al-Umm, Syarah Shahih Muslim dan Faidh al-Qadir.

Ketiga belas:  Orang kata bahawa Wahhabi ialah mereka yang menetapkan sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas langit, sifat turun (al-Nuzul) dan sebagainya tanpa takwil. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang menetapkan kedua-dua sifat itu dan selainnya tanpa sebarang pentakwilan ke atasnya. Demikian juga al-Imam adz-Dzahabi asy-Syafie yang turut menetapkan sifat-sifat Allah. – Lihat kitab Tafsir Ibn Katsir dan al-‘Uluw Li al-‘Aliyyil ‘Azhim.

Keempat belas: Orang kata bahawa Wahhabi ialah mereka yang tidak belajar dan berakidah dengan sifat 20. Maka demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie kerana tidak pernah mempelajari, apatah lagi mengajarkan sifat 20 itu. Tidak ada satu jua bukti beliau berpegang kepada kaedah pengajian sifat 20 dalam mana-mana kitabnya. - Lihat kitab al-Umm dan al-Risalah.

Kelima belas: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak menyapu muka selepas berdoa. Jika demikian maka Wahhabilah Imam al-Nawawi asy-Syafie yang menafikan kesunnahan menyapu muka selepas doa. Demikian juga Imam al-'Izz 'Abd as-Salam asy-Syafie yang menyatakan adalah bodoh orang-orang yang menyapu muka selepas berdoa. - Dinyatakan di dalam 'Irwa' al-Ghalil dan Shahih al-Adzkar wa Dha'ifuhu.

Dan banyak lagi jika hendak diperincikan. Rupanya Wahhabi ialah mereka yang menyelisihi kebiasaan masyarakat dan berpegang teguh kepada al-Qur'an serta as-Sunnah sahihah!