Sabtu, 5 September 2015

Jenazah

Bismilla..

Share dari group lain...

Dah bertahun2 isteri saya mengurus & memandi jenazah prrempuan. Secara purata 8 jenazah diurus mandi pd stiap bulan.

Soalan yg kerap saya tnya kpd isteri saya ialah:

1. Muda @ tua.
2. Dimana (taman @ kpg).
3. Sakit apa.
4. Mati bila.
5. Mati dimana.
6. Anak berapa org.
6. Agak2 berapa umur anak yg sulong.

Semua ini menjadi penanda aras/ bancian kpd saya apa punca mati, bgaimana si mati diurus jaga sebelum - selepas mati & sikap waris kpd si mati.

Berdasarkan umur & bilangan iaitu 8 org yg mati dlm seminggu :

1. Bawah 55 an hampir 70 %  mati krna barah.

2. Atas 56 an hampir 30 % mati krna kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.

90 % keadaan jenazah yg mati di KAMPUNG terurus bersih krna ada org2 tua tempatan yg selalu tunggu berada disisi si sakit hingga disaat mati, ada pengetahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sebaik shj mati & kebetulan ada talian saudara.

60% keadaan jenazah yg mati warga taman d TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras menyebabkan sukar semasa mandi,  kurang terurus bersih krna tiada org2 tua sebaliknya majoriti warga taman generasi muda yg siang malam kerja, tidak ingat mati, renggang jiran, renggang surau/masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian & langsung tiada keperluan barangan asas utk jenazah. Walaupun disuruh & diminta, anak2 takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sendiri.

Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, urus, mandi & kapan jenazah di rumah. Mrreka lbh suka segalanya dibuat dimasjid @ sekiranya mati dihospital mereka lbh suka segalanya dibuat di hospital.

Lebih tragis ada waris terlepas cakap "tidak mahu menyusahkan" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital @ masjid/surau & terus ke kubur.

Bg jenazah yg sakit lama sebelum mati, jenazah ini lbh tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas & banyak luka.

Kesimpulannya :

- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.

- Ingat kembali bgaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit & bgaimana kita urus jenazah mrreka sbaik saja mereka mati.

- Lbh tragis bgaimana anak2 kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit & selepas kita digelar jenazah.

- Bacaan Quran, solat, doa & semuanya boleh di upah krna anak2 kita BERJAYA, KAYA tp HANYA DOA DARI ANAK YG SOLEH diterima di sisi Allah swt wlaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.

Sekadar renungan...

Nasihat guru pensyarah

TIPS UNTUK KITA SEBAGAI GURU....GEMBIRA SELALU......RUGI KALAU TAK BACA.....
Tips untuk tidak terlalu menjeruk rasa apabila setiap perkara tidak berjalan seperti yang dirancang antaranya ialah ...

1) Jangan jadi perfectionist sangat.
Kena terima hakikat ada perkara yang kita boleh kawal dan ada perkara yang kita kena biarkan ia berlaku apabila ia di luar kawalan kita. Kalau semua perkara sempurna, kita tak perlu buat post-moterm dan ia akan menjadikan kita manusia yang lebih sombong, bongkak dan mendabik dada. Setiap kelemahan itu mengingatkan kita bahawa kita adalah manusia biasa yang banyak kelemahan.

2) Terima keadaan seadanya.
Elakkan diri daripada meletakkan beberapa kriteria 'expectations' seperti apabila beri pelajar kerja sekolah, kita expect semua pelajar buat. Apabila kita masuk kelas, kita expect semua pelajar bawa buku. Apabila kita buat program, kita expect ada orang akan recognize kita. Apabila kita telah berusaha mengajar, kita expect keputusan pelajar akan memuaskan hati kita. Apabila kita berbuat baik, kita expect semua orang boleh terima kita. Itu semua akan menjadi punca kita kecewa.

3) Memahami atmosfera sekolah.
Sentiasa update dengan apa yang berlaku dalam sekolah. Ops Sikap ke, Teknik Menjawab Soalan ke, Ujian Lisan sedang berlangsung ke, atau apa-apa event yang sedang dijalankan dan bakal dijalankan dalam bulan itu. Perhatikan sekeliling, kenal pasti ragam setiap guru yang akan menjadi rakan sekerja kita. Belajar do n don't s berdasarkan perwatakan mereka.

4) Perbanyakkan masa melihat diri
Instead of joining beberapa guru lain untuk bercakap tentang si polan b si polan yang parking kereta ikut sesedap hati, atau si polan bt si polan yang menengking rakan sekerjanya di depan pelajar, atau si polan b si polan yang lambat hantar kertas soalan sehingga kena marah dengan PA pejabat, atau CC pejabat yang mengawal harta sekolah macam harta dia sendiri, atau PK Pentadbiran yang lebih berkuasa dari Pengetua.... Adalah lebih baik kita tumpukan ke atas apa yang kita buat. Usah masuk campur kumpulan yang mengumpat pentadbir mahupun mengumpat rakan sekerja sendiri. Juga, usah terpengaruh dengan kelazeran mereka berkata-kata dengan kosa kata yang buruk. Sudah terlalu ramai manusia begitu di atas muka bumi ini dan usahlah kita menjadi punca bertambah bilangannya. Hidup dengan baik, sudahkan kerja anda dengan baik, berkawan dengan semua orang namun tidak sampai terpengaruh dengan mereka. Bentuk identiti, sifat dan tanggapan manusia lain terhadap anda melalui sifat anda yang tersendiri.

5) Dibenci tanpa sebab atau tidak diketahui punca adalah perkara biasa.
Bagaimana baik atau halus sekali pun budi pekerti kita, akan ada manusia lain yang membenci kita tanpa sebab. Mungkin kerana mereka cemburu dengan kelebihan kita, atau kerana ada orang lain yang cemburu kemudian bercerita kepada orang lain lagi dengan cerita tokok tambah, atau mereka nampak sesuatu dan membuat andaian buruk tanpa bertanya. Mungkin juga berpunca daripada spekulasi yang ditimbulkan oleh pelajar kita.

6) Berkerjalah dengan gembira.
Setiap kesusahan, kepayahan, penat lelah, air mata, keringat yang kita curahkan hendaklah dinikmati selagi mampu. Pandanglah ia sebagai cabaran yang perlu kita hadapi. Terima hakikat kadang-kala kita melepasi ujian-ujian tersebut dengan sangat cemerlang. Namun kebanyakan daripadanya akan buat kita jatuh, tersungkur dan patah semangat. Apabila ia terjadi, sentiasalah bangkit dengan harapan baru untuk melihat di sebalik setiap penderitaan itu, ada padanya hikmah. Tentunya kita manusia biasa yang banyak perkara yang apabila diberi peluang ke dua, kita ingin lakukan dengan lebih baik. Keinginan itu yang akan mengikat kita dari melangkah ke hadapan. Berpegang kepada perkara yang dah berlalu adakalanya sangat menyakitkan.
Lepaskanlah. Dan berjalan teruslah. Akan hadir lagi banyak peluang di hadapan untuk kita buktikan diri kita sebagai manusia yang boleh menggalas tanggungjawab. Hadapilah hari-hari mendatang dengan semangat yang baru dan minda yang positif. Moga darinya akan datang kebaikan yang banyak.
😄😄😝

Jumaat, 4 September 2015

Dhuha

BAB 31 : Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.
Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha

❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang semua mendirikan solat dhuha setiap hari..biiznillah.

Selasa, 1 September 2015

Tips hantu

Ni aku bg tips betul2. Hantu tu hantu je semua tu. Kalau kena kacau, ko sound je. "Oiii aku nak tidur ko tak boleh main esok ke?" Kasi garang sikit suara. Dia terus diam. Confirm.
Kalau dia ketuk pintu sound jugak. "Ko nak apa? Tak da orang di dalam, blah lah org di luar." Confirm dia blah.
Kalau dia main goyang2 katil atas. Ko goyangkan lagi katil ko. Lawan siapa paling hebat bergoyang. Nanti dia penat dia berenti. Pastu ko gelak la. "Eh tau penat.."
Kalau ko masuk toilet kena kacau, tiba2 ada benda muncul kat atas ke kat dalam lubang jamban ke, ko buat2 terkejut. "Ocopot kau muka buruk cantik lagi jamban!" (Sbb ko confirm terkejut) pastu ko nyanyi kuat2. Pilih lagu sepohon kayu pun okay. Tp suara kasi buruk nanti dia fikir ko langsung xberminat nak layan dia.
Kalau ko kena kacau time cuci baju kan.. dia tiba2 duduk kat sebelah. Mencangkung ke. Atau bergayut atas ampaian ke. Ko amik air sebaldi, ko pergi simbah kat dia. Ko sumpah "Lahanat betul lah kau ni. Pergi main jauh2 boleh tak. Dah lah sini xda mesin basuh. Kalau ko nak tolong cuci takpe jugak" confirm dia sentap dan blah sbb dia pun xreti cuci baju kalau tak takde lah baju dia tanah2. Kekekke.
Kalau ko tau ko sorang kat hostel, pastu level atas ada bunyi seret2 benda. Ni paling senang. Ko jerit. "Oiiii.. pindah esok boleh tak? Aku nak tidur." Kalau ko takut dia baling selipar ke bawah. Ko bukak la laptop bacaan quran kuat2. Mesti dia mencicit lari.
Kalau ada makcik karipap atau pakcik nasi lemak dtg tepi tingkap. Jgn risau. Tgk je. Selalunya dorang tu menjelma muka normal la.. Ko jwb je. "Makcik, taknak la. Asyik2 jual karipap. Sy nak makan McD. Karipap org makan time breakfast je. Makcik dtg pagi esok lepas subuh k" confirm dia xganggu dah sbb mmg xla dia nak muncul time siang hahahhaha..
Dan apa2 pun gangguan, ingat dia saja nak bermain. Bosan katanya. Nak ajak korang main congkak dia tak reti main. Jangan takut. Kalau ko bole karate ko karate. Takpe, bg alasan ko fed up. Kalau aku, aku sumpah je.
Semua tips di atas ni bole dipakai ye. Semua aku dah cuba dah. Terima kasih.
 copy-paste
selamat beramal