Selasa, 29 September 2015

Mummy

Saya pelajar yg boleh dikategori cemerlang sejak darjah 1. Mendapat 5a, 8a,10a utk upsr, pmr, spm. Semasa buat ijazah di university of bristol, saya dpt biasiswa dari uni yg berjumlah £3000 kerana kecemerlangan dlm akademik.
Sekarang saya bertugas sbg seorg guru biasa. Duit tak byk. Tiada syarikat sendiri. Tiada klinik sendiri.
Suami punya jln cerita yg hampir sama. Skrg bertugas sebagai jurutera di syarikat minyak milik UK, tp ramai lg bekas schoolmates yg lebih senang hidupnya skrg, sdgkan dizaman sekolah hanya pelajar biasa. Drive kereta yg lebih besar, rumah lebih hebat.
Kalau ramai yg comment di sini berbangga dgn keputusan tidak seberapa ttp skrg dah kaya dan berjaya, nasihat saya sedikit berbeza untuk adik2.
Pendidikan itu penting, adik2. Di sekolah, kena fokus. Homework kena siap. Mesti dtg awal, bukan lepas rehat baru masuk skolah. Dtg sekolah setiap hari, jgn suka ponteng. Dari situ la adik2 belajar ketahanan diri. Disiplin. Komunikasi dgn kawan2. Cara hormat guru.
Cikgu bukan marah kalau adik2 tak dpt A. Cikgu marah kalau adik2, tak pandai jaga buku. Macam mana nak jg keluarga kalau buku pun asyik hilang..
Cikgu marah kalau adik2 tak siap homework, macam mana nnt adik masuk u bila assignment lebih byk.
Cikgu marah bukan sbb adik2 tak pandai buat persamaan kimia, cikgu marah sbb adik2 takde rasa tggjawab thdp diri sendiri. Tak rasa bersalah kalau tgk kawan2 dah boleh buat, awak hanya salin jawapan kwn. Itupun bagus kalau nak salin, budak skrg kalo tak siap kerja, dats it. Cikgu tak boleh buat apa.
Tak semua org nasibnya baik. Gagal di sekolah, tp hidupnya senang. Adik2 kena igt, brp ramai org susah diluar sana. Yg bukak bisnes pun bukan semua senang lenang dik.. Kalau nasib adik baik berbakat dalam bidang yg baik, macam fotografi, mungkin boleh sng. Tapi kalau bakat takde, akademik takde...
Usaha dahulu sebelum putus asa. Dari pengalaman cikgu, budak yg rajin jarang sekali keputusan teruk. Cuma yg dtg skolah tp dlm beg ada mercun dgn rokok , buku takde lgsg.. Yg tu biasanya gagal dgn hebat.
Cikgu tak anggap 1a tak bagus. Cikgu hny pandang usaha yg adik2 dah buat utk dptkannya. Cikgu yakin, semua cikgu berpendapat mcm tu.
Wlaupun cikgu tak kaya, cikgu gembira sbb dpt kongsi ilmu cikgu dgn pelajar. Mcm jugak doktor2 klinik kerajaan, mereka tak sekaya tony fernandes , tp ilmu yg dimiliki utk kebaikan org lain.
Belajar bukan nak kaya, belajar utk naikkan darjat kita dimata Tuhan. Di dunia mungkin miskin...
Untuk anak2 mummy pulak, insyaAllah mummy tak paksa korang blaja smpai lebam. Tp kalau main2 smbil blaja, mmg lebam korang mummy balun.

Isnin, 28 September 2015

Catatan ilmu

Assalam..sedikit shortnote bg kuliah pengajian kitab penawar bagi hati sebentar td di surau yg disampaikan oleh al-fadhil ustaz husaini abd hamid..

 1. Ilmu ni satu makhluk yg sgt mulia..die akan masuk pd hati yg rendah..ilmu ni akan membuahkan amal..ilmu itu sgt berharga spt kte nabi..menuntut ilmu itu wajib..bile xde ilmu kite takut amalan kite salah/sesat..nabi kte duduk dlm majlis ilmu ni lebih baik drpd ziarah seribu org sakit atau ziarah seribu org mati..betapa pentingnya ilmu itu..

2. Sunat kifayah ialah spt azan, iqamat, wakil sorg utk baca doa, wakil sorg bg salam, bile org bersin sorg jwb yarhamkallah..maka org disekeliling itu akan dpt pahala juga..

3. Fardhu a'in terbahagi kpd 3 ilmu:
a)feqah:
  i)ibadah - thaharah (bersuci)
                 - solat
                 - aurat
                 - zakat
                 - haji
                 - puasa
 ii)muamalat - jual beli
                        - wasiat
 iii)munakahat - nikah cerai
                          - talak sareh
                          - talak kinaya
 iv)jinayat - hudud
                  - qisas
                  - ta'zil
b)tauhid - hukum akal/syarak/adat
                - sifat 20
                - sifat rasul
c)tasawwuf - kelakuan hati - sombong
                      - syarat qabul - ikhlas

4. Pengiraan math bg isipadu 2 kolah air utk sukatan silinder
  diameter (D)=19 inci
  tinggi(h) = 46 inci
Volume(V)= (pai) x jejari (r)kuasa dua x tinggi(h)
  = 3.143 x (9.5)kuasa dua x (46)
  = syarat air 2 kolah
 Pengiraan utk isipadu kon:
V=1/3(pai) x jejari(r)kuasa dua x tinggi(h)
Rupanya belajar math dlu ade gunanya dlm bab feqah..

5. Antara 2 rukun tutup aurat ialah:
-tutup bentuk tubuh
-tutup warna kulit

6. Siape yg amik pakaian Aku iaitu sombong maka Aku akan humbankan die dlm api neraka..

7. Imam syafie kate klu malas nk blajar maka masuklah dlm lembah jijik iaitu jahil..moga2 kite yg blajar ni dpt keampunan dlm amal ibadat yg penuh dgn kesilapan itu..

8. Bila kite ade ilmu..kite beramal dgn tepat n dihiasi dgn ikhlas maka akan membuahkan iman..iman ni lah yg akan kite bawa blk ke akhirat nnti..

9. Tongkat yg akan dipukul diantara 2 telinga di alam kubur itu jika dibawa ke dunia n dipukul ke atas gunung yg paling besar n tinggi maka berderailah gunung itu hingga mnjadi debu..

10. Biar kite berpenat diatas dunia ini dlm bersusah payah menuntut ilmu nnti di akhirat Allah bg rehat dgn penuh rahmat..

11. Tanda Allah nk bg die jd baik..Allah bg die cinta kpd agama..minat kpd menuntut ilmu..maka berusahalah utk menuntut ilmu ini semoga Allah menurunkan rahmat kpd kte..

12. Manusia ini di ibaratkan bumi yg menerima hujan..hujan itu umpama nabi yg mencurahkan air (ilmu) kpd tanah yg subur n bleh membuahkan n bg manafaat kpd sekeliling atau kpd tanah yg keras cuma buat takungan tp dirinya sendiri xde serap air..

13. Imam syafie kate ilmu ini umpama binatang buas..die liar n susah ditangkap..maka tangkaplah n ikat ia dgn kemas iaitu dgn catitan..

14. Sepatutnya makin mengaji akan rasa:
-makin byk dosa
-makin takut pd Allah
-makin bodoh
-makin x ade ilmu
Betapa hebatnya ilmu ini..itu pentingnya ilmu tasawwuf..

15. Menuntut ilmu biarlah spt membawa gelas yg kosong..jgn bawa gelas yg sudah penuh nnti xbleh isi air lg..anggaplah diri kte bodoh dlm menuntut ilmu..

 Semoga kite terus istiqomah dlm menuntut ilmu..

 Wallahua'lam bissawak..

Berkah

KEBERKATAN MILIK MUTLAK ALLAH.

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan dan pemilik tunggal berkat) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu  (al mulk: 1)

Surah ini merupakan surah Makiyyah. Dari surah Al mulk sehingga Surah Jinn membicakan mengenai dengan tauhid berkat( tauhid fil barakah) yakni sumber kepada keberkatan iaitu Allah Taala. Ini termasuk kekuasaan memberi berkat hanya milik Nya, dan menafikan ada kuasa lain yang dapat memberi berkat ( syirik barakah)
Keberkatan itu datang dari amal ibadah yang diri sendiri mengerjakannya. Bukan dari orang lain yang di anggap berkat, kemudian kita hanya ambil berkat dari nya. Maka tidak timbul lah menyuruh orang lain baca sesuatu atas alasan dia lebih berkat dan mengenakan upah tertentu. Ini ucapan yang boleh bawa kepada syirik. Kita berdosa dengan Allah nescaya kita sendiri yang minta ampun dengan Allah. Boleh kita suruh orang lain berdoa untuk kita dengan syarat kita juga berdoa pada Allah kerana punca keberkatan sebenar yang Allah ingin kurniakan kepada kita adalah dari amalan kita sendiri. Ia juga datang dari keinsafan kita terhadap dosa yang kita lakukan.

Keberkatan yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi di sebut mukjizat ,dan karamah kepada wali semua nya datang dari Allah empunya berkat itu.

Punca syirik berkat ini apabila kita mengambil berkat pada tubuh seseorang dan mendakwa orang itu mempunyai berkat sehingga air liur nya sanggup di minum. Aqidah inilah yang di pegang oleh golongan Syiah. Dan ada segolangan sufi yang ekstrim yang mendakwa keberkatan pada guru mereka. Lebih sesat lagi apabila mendakwa guru mereka boleh tahu isi hati. Dan boleh meramal perkara yang akan berlaku. Dengan sendiri mengangkat guru itu sebagai Tuhan dengan cara tidak sedar. Ini merupakan belitan Iblis yang membelit golongan yang beramal.
Keberkatan itu wujud pada ilmu guru tersebut iaitu apabila seorang murid boleh menadah ilmu dari guru dan boleh menyebabkan dia kenal Allah juga tahu hala tuju ke syurga Allah dan jauhkan diri neraka Allah. Di situ sebenarnya keberkatan itu. Dan ilmu yang di ajar oleh guru itu mesti bersandar pada hujjah yang kukuh (Al quran dan Sunnah).
Bukan hanya قال شيخي، قال شيخي.
Semoga Allah jauhkan kita dari Aqidah yang batil...

KHADAM MAJLIS ILMU
Abu Mustaqim Khairul Ikhwan

Ahad, 27 September 2015

Tarik kereta

Tips sangat baik drp Persatuan Keselamatan Pengguna. (PKP)

Sekiranya anda tidak mampu menerus_kan membayar finance kenderaan anda,
jangan sesekali anda:-
- Serah kpd pihak ke3 (samb.bayar @ skim sewa)
- Sembunyikan drp pihak bank elak ditarik.
- Jual spare part atau sebagainye..

Ini kerana anda akan di blacklisted, ccriss, dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci kereta anda.

Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari drp tarikh anda serah kpd bank untuk dituntut semula.
Sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari drp tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong td akan di tolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda.

Bank tidak boleh tarik kenderaan anda sekiranya:-

1- finance dh melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah

2- kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.

3- pada hari cuti umum

4- selepas jam 9 malam.

-Ajen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula drp KPDNKK.

- Sekiranya si penarik kereta dtg lebih drp seorang, semua drp mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang drp mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dll.

Sekiranya berlaku juga seperti yg di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

#Jadilah pengguna yg bijak..sharing is caring‍‌‌‌‌‍‍‍‍‌‌✌

(Copy & paste)

david cheang

Ini David Cheang.
Dia memegang status muflis hampir 10 tahun.
Dia muflis bukan kerana tidak tahu pengurusan kewangan atau berbelanja mengikut nafsu dan jenama.
Dia muflis kerana menjadi penjamin kepada kedua ibubapanya yang telah meminjam beberapa juta dollar untuk perniagaan peralatan elektrik.
Perniagaan tersebut gagal bertahan semasa krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1997.
Namun begitu, status muflis yang dipikulnya itu tidak menghalang dia untuk menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Malah, status muflis itu telah menjadi satu momentum yang kuat kepada dirinya. Dia berazam untuk menanggalkan status muflis yang telah terpalit. Lalu dia merancang jalan keluar dan berusaha bersungguh-sungguh sepertimana teori tebu yang telah menjadi salah satu prinsip hidupnya.
Siapakah David Cheang?
Pada usia 4 tahun, dia masih tidak boleh bercakap. Di Tahun 5, dia mendapat tempat terakhir di dalam kelas. Keluarganya miskin dan dia mempunyai sedikit kawan.
Pada tahun 1983, keluarganya buka kedai elektronik. Bisnes berkembang baik. Dia dan keluarga berpindah dari rumah kedai HDB ke rumah teres berkembar pada tahun 1990.
Masalah mula melanda keluarganya apabila krisis kewangan Asia berlaku pada tahun 1997. Ia satu kejutan besar buat keluarganya. Tambahan pula, ayahnya kena strok. Bagi mengharungi hidup, mereka sekeluarga perlu ‘downsize’ segalanya termasuk rumah teres berkembar mereka yang dijual semula untuk membayar hutang.
David Cheang, anak sulung daripada tiga orang adik-beradik telah menjadi penjamin untuk pinjaman yang dibuat oleh ibubapanya. Kegagalan membayar balik hutang tersebut telah menyebabkan mereka diisytihar muflis termasuk David Cheang. Semua itu berlaku ketika dia berusia awal 20-an.
Kini, dia boleh berbangga kerana berjaya menjadi bekas muflis pada tahun 2013. Bagaimanakah dia melakukannya?
11 Cara Bebas Daripada Status Muflis Gaya David Cheang.
1. Rancangan Realistik
Semasa menyertai Perkhidmatan Negara (National Service), dia memutuskan untuk memasuki bidang hartanah sebagai agen hartanah di Dennis Wee Group. Dia memilih industri hartanah kerana peluang mendapat komisyen yang banyak dalam masa yang singkat. Ia sesuai dengan keadaan keluarganya yang memerlukan wang.
2. Bekerja Lebih Masa
Tiga tahun pertama dalam kerjayanya, dia bekerja lebih 18 jam sehari dengan menghubungi prospek dan mengedarkan kad bisnes kepada orang ramai di lif.
3. Teori Tebu
Dia pernah nampak seorang makcik sedang memasukkan batang tebu ke dalam mesin. Apabila tebu itu diperah, banyak jus keluar. Dia mula memahami, sekiranya kita bekerja kuat dan bersungguh-sungguh, kita akan berjaya.
“I was driven by the sugar cane theory: the more sugar cane you put into the machine, the more juice you will get. The more hard work you put in, the better the results.”
4. Tidak Malu
Dia berbasikal ke tempat kerja kerana tidak mampu memiliki kereta. Selain itu, dia turut menggunakan van buruk untuk perjalanan yang lebih jauh. Dia turut mengedarkan kad bisnes kepada ramai orang termasuk meminta bantuan pengawal sekiranya ada orang mahu membeli atau mencari hartanah, tolong berikan kad bisnes dia kepada mereka.
5. Berkuli
David meningkat naik melalui pangkat di syarikat tempat dia bekerja. Dalam masa 8 tahun dia berjaya menjadi top senior vice-president. Dia turut berpindah ke beberapa syarikat dan memegang jawatan penting. Di antaranya dia pernah menguruskan 800 orang agen. Segala pengalaman berkuli ini menyediakan diri dia menjadi seorang ketua syarikat yang berkaliber.
6. Tetapkan Matlamat
Pada tahun 2000, dia bermula sebagai agen hartanah. Waktu itu dia tahu dia mahu memiliki empayar bisnesnya sendiri. Pada tahun 2013, setelah bebas daripada status muflis, David membangunkan syarikatnya sendiri, DC13 iaitu sebuah syarikat pembinaan hartanah. Projek terbarunya ialah Seaview Villa, rumah tiga tingkat semi detached di Pasir Ris.
7. Kepentingan Pelajaran
Meskipun dia muflis, keluarga jatuh miskin, ayah sakit dan pelbagai masalah melanda, dia tetap meneruskan pelajarannya sehingga dia berjaya memperolehi Diploma Kejuruteraan Kualiti dari Temasek Polytechnic pada tahun 1998 dan Ijazah Ekonomi dan Pengurusan dari Singapore Institute of Management and the University of London.
8. Tidak Putus Asa
Setiap kali dia mendapat wang, wang itu akan digunakan untuk membayar hutang-hutang. Maka, wang hanya singgah sekejap di poketnya tetapi keadaan itu tidak membuatkan dia berasa putus asa atau sia-sia. Dia teruskan sehingga berjaya langsaikan segala hutang keluarganya.
“I would be earning money, but I never saw the money! It seemed as though the bills and debts to pay were never-ending.”
9. I’m Possible
Klien pertama David ialah seorang perempuan yang mahu menjual apartment yang tiada lif dan kondisi yang teruk. Dia tetap cuba menjualnya meskipun orang kata agak mustahil untuk menjual rumah sebegitu. Selepas 3 bulan, dia berjaya menjual rumah tersebut.
10. Dahagakan Penghargaan
David suka akan pengiktirafan atau penghargaan. Semasa zaman sekolahnya, dia seorang pelajar bermasalah menjadi seorang yang bersemangat untuk belajar selepas dilantik sebagai pengawas sekolah.
Suntikan semangat yang sama diaplikasikan oleh David untuk kerjayanya. Dari 2000 hingga 2003, dia menerima pelbagai anugerah seperti Top Rookie, Top Manager, Top Career Manager (Recruitment), Top Commission Earner, Top Commercial Agent dan Top Producer of the Year.
11. Berjimat
Dia hanya makan roti kerana mahu berjimat. Malah berbasikal untuk mengelakkan dirinya di caj ERP dan caj tempat letak kereta.