KEBERKATAN MILIK MUTLAK ALLAH.
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan dan pemilik tunggal berkat) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (al mulk: 1)
Surah ini merupakan surah Makiyyah. Dari surah Al mulk sehingga Surah Jinn membicakan mengenai dengan tauhid berkat( tauhid fil barakah) yakni sumber kepada keberkatan iaitu Allah Taala. Ini termasuk kekuasaan memberi berkat hanya milik Nya, dan menafikan ada kuasa lain yang dapat memberi berkat ( syirik barakah)
Keberkatan itu datang dari amal ibadah yang diri sendiri mengerjakannya. Bukan dari orang lain yang di anggap berkat, kemudian kita hanya ambil berkat dari nya. Maka tidak timbul lah menyuruh orang lain baca sesuatu atas alasan dia lebih berkat dan mengenakan upah tertentu. Ini ucapan yang boleh bawa kepada syirik. Kita berdosa dengan Allah nescaya kita sendiri yang minta ampun dengan Allah. Boleh kita suruh orang lain berdoa untuk kita dengan syarat kita juga berdoa pada Allah kerana punca keberkatan sebenar yang Allah ingin kurniakan kepada kita adalah dari amalan kita sendiri. Ia juga datang dari keinsafan kita terhadap dosa yang kita lakukan.
Keberkatan yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi di sebut mukjizat ,dan karamah kepada wali semua nya datang dari Allah empunya berkat itu.
Punca syirik berkat ini apabila kita mengambil berkat pada tubuh seseorang dan mendakwa orang itu mempunyai berkat sehingga air liur nya sanggup di minum. Aqidah inilah yang di pegang oleh golongan Syiah. Dan ada segolangan sufi yang ekstrim yang mendakwa keberkatan pada guru mereka. Lebih sesat lagi apabila mendakwa guru mereka boleh tahu isi hati. Dan boleh meramal perkara yang akan berlaku. Dengan sendiri mengangkat guru itu sebagai Tuhan dengan cara tidak sedar. Ini merupakan belitan Iblis yang membelit golongan yang beramal.
Keberkatan itu wujud pada ilmu guru tersebut iaitu apabila seorang murid boleh menadah ilmu dari guru dan boleh menyebabkan dia kenal Allah juga tahu hala tuju ke syurga Allah dan jauhkan diri neraka Allah. Di situ sebenarnya keberkatan itu. Dan ilmu yang di ajar oleh guru itu mesti bersandar pada hujjah yang kukuh (Al quran dan Sunnah).
Bukan hanya قال شيخي، قال شيخي.
Semoga Allah jauhkan kita dari Aqidah yang batil...
KHADAM MAJLIS ILMU
Abu Mustaqim Khairul Ikhwan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan