Kisah dari seorang sahabat di Uni Madinah. Aku yang uni di Jordan ni pun terasa panas dan pedasnya. Jazakallah sheikh. T.T
--
"Semua tutup buku dan simpan dalam beg. Saya cuma mahu sebatang pen dan meja yang kosong!"
Pelajar-pelajar terpinga.
"Hari ini kita ada ujian."
"Syeikh! Kami tak tahu pun hari ini ada ujian." Beberapa pelajar mengangkat suara.
"Hatta saya juga tidak tahu hari ini ada ujian." Balas syeikh selamba dan yakin.
Kertas diedarkan kepada setiap pelajar.
"Dengar, tulis, dan jawab semua soalan." Kami diam dan menumpukan perhatian.
"Lagi 20 minit saya akan kutip kertas. Siap atau tidak bukan masalah saya."
MasyaAllah. Kami belum ulangkaji. Yang belajar dalam kelas belum faham sepenuhnya. Apa lagi yang melekat di kepala. Teramat sikit.
Kebanyakan pelajar hanya diam dan menoleh kiri kanan. Memang tidak boleh jawab!
Kekeliruan dengan apa yang sedang berlaku membuatkan beberapa pelajar menzahirkan protes.
"Mengapa tidak beritahu dahulu nak buat ujian."
"Mana kami ingat apa yang syeikh ajar"
Tidak kurang pelajar yang risau markah mereka akan hilang begitu sahaja.
"Berapa markah ujian ini syeikh?" Soalan berulang-ulang walaupun syeikh sudah nyatakan bahawa dia tidak akan jawab.
Kertas dikutip. Kami pasrah. Mahu dikorek dalam otak sudah tidak jumpa.
Selesai kertas dikutip, syeikh ingin melangkah keluar. Pelajar-pelajar masih tidak berpuas hati. Ditanya lagi syeikh itu dan ini.
Wajah syeikh berubah.
"Inilah kamu! Inilah penuntut ilmu!"
Satu kelas tersentak dan diam.
"Dimana hafazan kamu? Dimana ulangkaji kamu? Apa selama ini ilmu hanya bercampakan diudara tanpa mengisi minda kamu? Apa kamu mahu esok ujian baru malamnya kamu ingin membaca?"
"Kamu bertanya berapa markah? Berapa markah? Sampai bila ilmu yang kalian belajar ini bermatlamatkan markah? Sampai bila? Hanya untuk ujian. Tidak kamu hafal, simpan dan terjemahkan
dalam kehidupan? Bukankah itu tujuan kamu ke sini?"
"Sungguh zaman telah berbeza. Hari ini semua terlalu mudah. Semua dalam internet. Sofware-sofware kitab yang berlambak. Menyebabkan kamu tidak berminat untuk bersungguh-sungguh menjaganya."
"Kamu akan balik ke negara kamu dan jadi ulama'. Apakah kamu mahu ilmu kamu hanya pada internet dan sofware? Terputus bekalan elektrik, terputus segala ilmu kamu. Begitu?"
Subhanallah. Terputus segala kata. Bagaikan batu besar menghempap kepala. Pengajaran penuh makna.
#peringatanbersama :')
Dalam belajar hanya ada 2 perkara.
Pertama: Ikhlas (ia adalah tujuan). Ikhlas kerana Allah , menuntut ilmu untuk menjadi hambaNya.
Kedua: Ittiba ' dengan sunnah rasulullah (ia adalah jalan)
Belajarlah untuk memenuhi tujuan hidup, bukan untuk memenuhi keperluan hidup.
Ilmu itu adalah ketibaan makna pada jiwa, bukan pada akal semata-mata
.. Pesanan buat penuntut ilmu
Ilmu itu sifatnya cahaya. Cahaya Allah itu sifatnya menolak untuk berada dalam hati yang dipenuhi maksiat.
..Stress dalam menuntut ilmu
Menuntut ilmu sepatutnya tiada tekanan kerana matlamat kita adalah Allah.
Stress adalah fitrah. Allah kurniakan stress untuk kita lebih maju kehadapan. Stress ibarat geseran dalam hukum fizik, dengan geseran, kita akan dapat berdiri tegak. jika tiada geseran, kita tidak mampu berdiri, badan kita akan meluncur.
..Bagaimana menangani stress?
Ingat! Untuk tenang mesti ingat Allah.
Belajar dengan niat kerana Allah, menjadi hamba dan khalifahnya!
Apabila belajar kerana Allah, kekuatan akan hadir secara luar biasa!
Kekuatan dan ketabahan akan hadir kerana harapanmu dalam belajar adalah agar Allah bantu.
.. Kita Bukannya Robot
Elakkan menjadi robot hanya tumpahkan ilmu ke kertas jawapan peperiksaan seperti fungsi pendrive yang paste folder ke laptop.
Jenis ini akan lebih cenderung untuk copy ilmu semata-mata, tetapi tiada ruh yang mengiringi ilmu tersebut.
.. Study smart vs study hard
Allah tidak menilai Effect, tetapi Allah menilai Effort!
Allah tidak menilai kamu dean`s list atau tidak tetapi yang Allah lihat adalah usaha kamu.
Allah tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Allah cipta kebijaksanaan yang berbeza.
Hidup adalah untuk complete each other, bukan to compete with others.
Nak compete biarlah bertempat.
Rajin2 kan diri untuk belajar dan terus belajar.
Ilmu yang ada kongsi dengan kawan2 insya Allah Allah akan permudahkan Untuk kita pula.
Kawan minta tolong ajar, jangan bagi alasan. Cuba jugak sbb ia proses utk belajar.
Saja share sebab belajar sini agak susah .. ☺🙊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan