Isnin, 7 September 2015

dilema tahun akhir

Dilema bakal graduan tahun akhir.
Selepas penat belajar daripada tadika sampai universiti,
akhirnya sudah sampai masanya untuk untuk dibebaskan ke alam bekerjaya.
Realitinya, hidup ini bukan mudah.
Usaha yang membezakan,
namun perancangan juga perlu ada.
Dengan ekonomi yang kurang stabil,
kekosongan kerja semakin kurang terbuka.
Jadi untuk dipilih,
konsep "Survival to the fitest" mesti diambil kira.
Abam pernah tanya pada seorang pak cik yang sudah hidup dalam industri.
Dia kata "degree sekarang dah macam diploma zaman dulu".
Abam rasa betul apa yang dia kata.
Jadi ramailah yang sambung belajar.
Tapi pak cik tu berkata lagi
"Trend sekarang bila ramai tak dapat kerja, sambung Master atau PHD.
Tapi akhirnya tetap tak dapat kerja."
Abam tanya kenapa?
Jawapannya,
"Sebenarnya, tak kiralah sambung belajar ke tak sambung belajar yang penting pandai buat kerja dan berkemahiran. Kalau ada pengalaman lagi bagus".
Itu satu cerita, ini lagi satu cerita.
Bagi yang tidak menyambung belajar pula, ada yang cuba untuk membuka perniagaan sendiri.
Bagus,
tetapi melalui pengalaman Abam bukan mudah nak buka perniagaan yang dapat bertahan lama jika tiada kemahiran dalam berniaga.
Itu yang mulanya penuh dengan idea tentang pelbagai jenis perniagaan,
tapi akhirnya tiada satu yang menjadi.
Jika betul nak berniaga,
perlu belajar juga jika tiada pengetahuannya.
Dan, proses pembelajaran dalam berniaga yang sebenar bukannya terdapat di dalam bilik kuliah tetapi wujud apabila anda mula berniaga.
Abam juga dalam dilema sebenarnya, membuat pilihan yang mana satu.
Tapi pesanan emas yang abam terima adalah,
"Biar apa pun jalan yang anda pilih,
tetapi pilihan tersebut mesti dengan minat dan buatlah dengan bersungguh-sungguh".
Last but not least,
"Kayuh pelan-pelan bro".
Kalau ada pandangan atau nasihat daripada rakan-rakan,
mohon sampaikan pada Abam.
Sebab Abam sangat memerlukannya sekarang.
Huhuhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan