Ahad, 27 September 2015

4 orang

Bismillah..
Buat renungan bersama..
~Lampu suluh buat menyuluh cermin supaya terang dan jelas.. Siapa berkenan lampu suluh ni sila lah ambil:

Apabila kita perhatikan manusia, kita akan melihat ada 4 golongan ini:

1. Orang yang taat dan hidupnya bahagia.

2. Orang yang taat tapi hidupnya susah.

3. Orang yang ahli maksiat tapi hidupnya bahagia.

4. Orang yang ahli maksiat dan hidupnya sengsara.

Bila kita berada pada golongan nombor 1, itu biasa, kerana Allah berfirman: “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (An Nahl: 97)

Bila kita berada pada golongan nombor 4, ini juga biasa. Kerana Allah mengatakan: “Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Thaha: 124)

Adapun bila kita berada pada golongan nombor 2, ini barangkali ada dua kemungkinan:

– Boleh jadi Allah mencintai kita dan Dia ingin menguji kesabaran kita, kemudian mengangkat derajat kita. Seperti firman Allah: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. (Al Baqarah: 155)

– Boleh jadi juga di dalam ketaatan kita ada cela dan dosa yang tidak kita sedari hingga kita terus menunda-nunda untuk bertaubat. Untuk itu Allah menguji kita supaya kita kembali kepadaNya.

Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (As Sajdah: 21)

TETAPI bila kita berada pada golongan ke tiga, berhati-hatilah! Kerana barangkali itu adalah istidraj. Ini adalah keadaan terburuk yang dihadapi oleh seorang manusia dan akibatnya sangat mengerikan. Azab dari Allah pasti datang jika kita tidak mengambil pelajaran dan taubat sebelum nasi menjadi kerak.

Allah berfirman: “Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa”. (Al An’am: 44).

Allah berfirman: “Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman”. (Adz Dzariyat)

Wallahualam
Sangku Riang🇲🇾

Tiada ulasan:

Catat Ulasan