Isnin, 26 Oktober 2015

jodoh mati

Ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu."
Ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga.
Saya hairan dan bertanya. "Kenapa?"
Lalu ibu kata, "Mungkin jodohnya dengan kematian."
Terkedu. "Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?"
"Bukan lah..Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia."
"Mungkin kalau dia kahwin, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima?
"Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin."
Kata saya menyampuk..
"Oh,jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham.."
"mungkin jodoh makcik dengan kematian"
Ibu sambung lagi..
"Jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu."
"Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang."
Saya terdiam sambil komen dalam hati.
"Betullah. Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?

Selasa, 20 Oktober 2015

SLT

Didik Pelajar "How To Fish"
=====================

Kesilapan besar sebahagian daripada pendidik hari ini adalah terlalu ingin menonjolkan ramainya pelajar yang mendapat gred yang hebat, tetapi kemudiannya gagal mengekalkan kehebatan itu apabila berada di peringkat lebih tinggi. Dalam keadaan ini ramai yang suka menyalahkan orang lain, tetapi terlalu sedikit yang ingin meneliti dan mengkaji punca permasalahan itu. Gred adalah sesuatu yang mengukur kemampuan penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran yang diajar, tetapi biasanya tidak mampu mengukur penguasaan kemahiran belajar dan sikap pelajar mengikut aras umur mereka. Mungkin ramai pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan, mungkin dapat D dalam kemahiran belajar. Jarang sekali pelajar akan mendapat A dalam peperiksaan dan mendapat A juga dalam kemahiran belajar dan sikap. Kemahiran dan pembinaan sikap yang baik hanya boleh dicapai jika proses dan pendekatan pendidikan itu tepat dengan keperluan untuk aras umur / peringkat pelajar yang berkenaan.

Kita perlu mendidik pelajar dengan pendekatan 'how to fish', bukan mendidik dengan 'give /feed them fish'. Jika kita guna pendekatan 'how to fish', InsyaAllah mereka mempunyai skill untuk  meneruskan hidup dan tidak akan mati kelaparan jika tiada 'fish'. They still can use their skill to fish to get their own fish.

Dalam konteks 'How to fish', pemberian handout perlu diteliti semula. Jika ia membawa kepada 'give them the fish', maka perlulah ia diberhentikan. Tetapi jika pemberian handout boleh membantu dalam proses untuk memperkuatkan skill 'how to fish', maka adalah kemunasabahan untuk diberikan 'handout'.

Kita melihat hampir semua students mengusung  nota dibekalkan pensyarah /guru yang penuh dengan tanda 'high lighter'  ke sana ke mari, tanpa membuat nota sendiri. Apakah sebenarnya skill yang pelajar itu ada? Ia akan lebih tertumpu kepada membaca dengan menghafal membuta tuli dan tidak mengamalkan proses untuk menulis semula bahan yang dibaca dan merumuskan apa yang dipelajari. Ia akan memusnahkan amalan pembelajaran yang sangat penting untuk masa depan kejayaan berterusan pelajar.

Pelajar perlu buat nota sendiri (yang unggul terdiri dari 5 fasa, nota sebelum kelas, nota semasa kelas, nota selepas kelas, melengkap dan menambah nota serta memindahkan nota ke bentuk lain seperti kad-kad kecil, rakaman suara, membuat carta peta minda dan sebagainya), mengatur penggunaan masa dengan pertimbangan yang tepat melalui pembinaan jadual waktu peribadi, mengamalkan proses pencernaan (memproses bahan yang diterima untuk menjadi ilmu sendiri, membuat nota sendiri, berusaha menerbitkan formula yang boleh diterbitkan untuk mengurangkan hafalan membuta-tuli, berlatih menjawab soalan sama ada untuk aras rendah atau aras tinggi dalam pengkelasan taksonomi Bloom, mengkaji persamaan dan perbezaan, mengkaji hubungkait antara konsep2 yang dipelajari, dan lain-lain).

Dalam standard yang digariskan oleh UNESCO untuk Students Learning Time (SLT), masa belajar sendiri oleg pelajar itu juga dikira untuk memastikan mereka menjadi manusia terpelajar yang mampu meneruskan pembelajaran sepanjang hayat yang akhirnya mampu membuat penyelidikan dan Inovasi untuk kemajuan sesebuah negara.

Dalam konsepsualasi proses pembelajaran yang saya bina sendiri, saya merumuskan pada tahap umur pelajar 18 tahun, seharusnya mereka memiliki tahap berdikari lebih kurang 80%, dan tahap pergantungan mereka kepada pensyarah atau guru dan orang lain adalah 20%. Kedua-dua perkara ini akan berbeza mengikut umur pelajar.

Itulah sebab penekanan 'How to fish' itu perlu sangat diutamakan.

cc Shehdi Ragiun, Syed Azrin, Hamzah Fansuri KamalShukri, Tajul Azhar, Alias Ismail

Katak rebus


KATAK REBUS

Jika katak itu disimbah dengan air panas, mungkin cepatnya ia melompat pergi mencari dingin. Katak itu akan segera melarikan diri kerana terkejut dengan perubahan suhu yang memudaratkannya.

Tetapi katak yang satu ini bersenang lenang.

Disangkanya kolam sekangkang katak itu adalah tasik terindah, termewah dan terbaik. Kerana katak yang satu ini hanya kenal kolam sekangkang itu, lantaran tempurung yang lama menjadi langitnya jua. Sedangkan katak itu tidak sedar, bahawa tasik impiannya itu adalah air rebusan di dalam periuk.

"Panas pula air sekarang ini" keluh si katak yang terasa pijar.

"Oh, semua tasik impian hari ini suam dan panas. Ia fenomena sejagat" kata suara ghaib di balik dinding.

"Aku yang harus bertahan. Panas ini tiada jalan keluarnya. Lagi pun segalanya masih ada" jawab si katak kepada dirinya sendiri. Lidah panjangnya asyik mengejar lalat habuan tembolok.

"Tenanglah katak. Bukan air tasik impianmu yang panas. Ia fenomena sejagat" suara ghaib itu terus datang. Menyumbat telinga, menyumbat mata, menyumbat hati… kerana sumbat menyumbat memang kerja al-Mala'.

MATI ATAU BUNUH DIRI?

Akhirnya katak kembung yang sepatutnya cekap melompat ke sana sini, MATI KATAK.

Mati dalam rebusan yang panas sedikit demi sedikit, selari dengan sangka baiknya yang sedikit demi sedikit percaya, bahawa ia fenomena sejagat.

Mati katak… mati atau bunuh diri?

masalah dunia

Diceritakan bahawa seorang lelaki menghadapi pelbagai masalah yang sangat berat. Hatinya runsing, fikirannya kacau bilau memikirkan jalan penyelesaian yang tak kunjung datang. Pintu-pintu harapan bagaikan tertutup rapat, tidak tahu arah mana hendak dituju, kepada siapa hendak mengadu?
Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang hakeem (orang bijak pandai), mudah-mudahan dia dapat memberi nasihat berguna dan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.

Setelah bertemu dengan hakeem tersebut, dia berkata:
- Wahai Hakeem, sesungguhnya aku datang kepadamu untuk mengadu masalah yang aku hadapi, yang membuat aku sangat tertekan, tidak ku temui jalan penyelesaiannya. Maka bantulah aku!

Setelah meneliti wajah lelaki itu, Hakeem berkata:
- Aku ingin bertanya kamu dua soalan. Kamu mesti menjawabnya
- Silakan wahai Hakeem
- Adakah kamu datang ke dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu brsama dengan kamu?
- Tentunya tidak!
- Adakah kamu akan tinggalkan dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu bersama dengan kamu?
- Tentunya tidak!

- Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa kamu lahir, dan kamu tidak mahu membawanya bersama ketika kamu mati, maka selayaknya janganlah kamu jadikan masalah ini membenani dirimu. Jadilah kamu seorang yang banyak bersabar dalam menghadapi karenah dunia. Hendaklah pandanganmu ke langit lebih lama daripada pandanganmu ke bumi, nescaya kamu akan perolehi apa yang kamu cari.

Mendengar nasihat itu, lelaki itupun kembali dengan dada yang lapang,fikiran yang tenang dan hati yang girang sambil kata-kata Hakeem diulang-ulang:
"Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa datang, dan kamu tidak akan bawa bersama semasa pulang, maka jangan jadikan ia sebagai beban"
Tambahan beberapa bayt syair karya Imam ash-Shafi’ei:

Biarkan hari-hari berbuat apa yang dia mahu
Tenangkan jiwamu apabila telah berlaku apa yang ditentu
Jangan mengeluh lantaran peristiwa yang berlaku
Pada malam-malam yang lalu
Kerana segala peristiwa di dunia ini tiada yang akan kekal begitu...