Buat semua anak didik pelajar KMS-hehdi sesi 2015/16 yang
amat teman sayangi, kasihi & ingati sekalian. Segala puji bagi Allah tuhan
seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
& para sahabat. Selamat meraikan HARI KIMI-’A’! SEDUNIA.
bila?.... esok le. Rabu 28 Okt 2015. 9.00-11.30 pagi . 2.30-3.30
petang (kertas objektif). <3.31 petang anda merdeka dan bebas dari mengikuti
segala silibus kimi-A! sem I> so aper lagi tolong lah raikan dengan gilang
gemilang. Rayakan lah dengan penuh keikhlasan. Ikhlas dapat pahala tau… budak
tadika pun tahu. Tak der makna nya teman paksa anda. Anda dah besar panjang hehhehe
… mike fikirlah sendiri.
Aper nak buat esok pada hari kimi-’A’! sedunia tu nanti...?
ok ni jawapannya. macam biasa la tidur awal. pukul berapa? pukul 10 malam. Lagi
awal lagi bagus. tapi sebelum tidur, solat isyak dulu secara berjemaah di
masjid As Sufi. Balik solat studi aper yang patut. Just briefing kat kepala
anda. Rujuk peta minda MM 1-14 yang saya beri. Pagi esok nya bangun awal. Pukul
5.30 pagi. Azan subuh pukul 5.40 pagi. Mandi, gosok gigi bersiap datang ke
masjid solat subuh berjemaah. Selesai solat, baca al Quran dalam 10 minit.
Pastu balik ke bilik. Bersiap pakai baju nak pergi periksa. Pukul 7 turun makan
kat cafe. Elakkan makan yang berlemak & berminyak. Just alas perut dengan
roti gardenia pun ok.
7.30 pagi cari tempat untuk studi sampai pukul 8.30 iaitu
selama satu jam. Tak kisah la kat mana pun. Kat pondok pak gad pun boleh. Tu
pun klu pak gad tu bagi la. Nak studi tajuk aper...? chapter 1,4,5,7. 8.30 ajer
terus bergerak ke pusat peperiksaan masing2. Bertenang semasa di luar pintu
tempat pekser. bukannya bertendang. Jangan bercakap2 yang lagho2. Lagi bagus
klu anda berzikir & berselawat sementara menunggu arahan masuk. 8.45 macam
biasa briefing ketua pemawas. Opss… silap Ketua Pengawas. Tepat sahaja pukul
9.00 sebelum jawab, mulakan dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim terus
jawab no 1 part A. Ingat satu (1) markah satu MINUTE..!!! (1M=1MIN). Soalan no
1 dari chapter 1 part A 15M maka 15 minit anda peruntukkan untuk soalan no 1.
9.00 - 9.15 pagi. Baca le limiting reactant
Dah siap satu soalan. Lega. Soalan no 2 dari chapter 4 part A
15M maka 15 minit anda peruntukkan untuk soalan no 2. 9.15 - 9.30 pagi. <polarity
and shape> Soalan no 3 dari chapter 5 part A 15M maka 15 minit anda
peruntukkan untuk soalan no 3. <kira PV=nRT dan real gas> 9.30 - 9.45
pagi. Soalan no 4 dari chapter 7 part A 15M maka 15 minit anda peruntukkan
untuk soalan no 4. 9.45 – 10.00 pagi. soalan no 4 ionic equilibrium kira pH, buffer
dan Ksp. Jumlah markah part A 15M x 4Q = 60M. wajib jawab keempat2 soalan yer.
Bertenang dulu utk 5 minit. Nak kuar ke tandas pon boleh.
Part B pilih 2 soalan dari 4. Soalan 5, 6, 7 dan 8. 40 markah. 1 soalan 20M. Mula
10.10 – 10.35 pagi. Bagi extra 5 minit utk rancang jawapan. Rehat 5 minit. Pilih
soalan yang kedua part B. mula 10.40 – 11.05 pagi. Soalan 5 dari chapter 2
atomic sturucture. Soalan 6 dari chapter 4 chem bond. <draw hybrid> Soalan
7 dari chapter 3 dan 6. Soalan 8 dari chapter 7 tanya pengiraan titration dan
buffer soln. Klu teman jadi calon exam … teman pilih soalan 5 dan 6…
<terpulang>
Paling2 lewat pun pukul 11.10 anda kena siap jawab semua
soalan part A dan part B. Masa menjawab 2 jam setengah. tamat 11.30. ader lagi
baki 20 minit lagi. so nak wat per dengan masa nie...? balik...? mana boleh
keluar setengah jam yang terakhir. nasihat saya. cek balik jawapan anda. cara
cam ner? reverse la. ikut step nie. cek jawapan yang anda pilih dari soalan part
B pastu soalan part A. So dah faham dah? so nampak dah strategi cam no nak raya
kan hari kimi-’A’! sedunia..? teman dah tolong... booklet tu aper..? Buku
jawapan lah... sekarang tinggal mike aje lah tolong diri mike sendiri. Ingat.
Pilihan di tangan anda. Anda nak ikut ker.. tak nak ikut strategi yang saya
turunkan kat sini... macam biase lah... terpulang.
Teman tak suruh emak teman pun tak pakser mike. Tapi mike
kena ingat...jangan menyesal... itu aje.. faham ko tak faham ko... mike buek2
faham aje lah... senang citer teman nie ha. Remember.... the time is still
running and the time is running out... but u r never-never late my dear
student. ingat kata keramat kimi-’A’!. KIMI’A’ itu M U D A H.. In shaa Allah
...A....!!!! Lupo la pulak nak habaq.... Semasa nak antar booklet skrip jawapan
tu... berT A W A K A L ok. Jangan lupa. Anda dah berusaha. Lulus atau gagal tu
urusan Allah. Bergantung pada usaha anda selama ni. Yang penting anda dah wat
yang terbaik.... !!! Untuk skor paper kimi-’A’!... Bukan nya wat yang
terbaik untuk kantoi.. !!. Contohnya tak wat tutor, tak jawab soalan past
year, tak wat ‘hand out’ yang saya bagi dll.
Terus balik bilik makan dulu pastu take your own short nap.
Lepas solat zohor berjemaah studi untuk kimi-’A’! kertas I. refer 3 set contoh
objektif yang mike donlod dari portal KMS. Yang penting sekali di sini adalah
sila hadirkan diri anda paling lewat 8.45 pagi di bilik pekser anda. Petang 2.15
petang. Sila alert pada masa…ok. Amaran keras dari pihak penaja rancangan...
ehhehe. Aper yop ? Jangan sesekali anda berbincang jawapan yang anda dah
buat dengan pak gad... opsss ...maaf. Silap. Dengan rakan2 anda...roomate atau
pun sesiapa. Hatta pakwe atau makwe mahu pun cipan anda. Katakan lah
jawapan anda betul... anda riak dan takabbur pulak. <Allah tak suka orang
yang riak tau… !!!>. Klu jawapan anda salah... mike kecik hati kecewa
frust menonggeng lak... . so amik jalan tengah. jangan bincang dengan
sesiapa termasuk lah pensyarah kimi-’A’! kesayangan anda hehheheh sapa mau
jawab.... mike jawab lah sendiri....
p/s- Fi Hifzillah In shaa Allah. Lagi satu jangan sesekali
anda terjunam ke PDT sem depan yer… dosa besar di sisi teman. Sendiri mau ingat
la..!! wassalam... adios amigos... C U in sem II…. In shaa Allah