"THE BLIND SPOT"
Semua peninju profesional memiliki JURULATIH.
Bahkan, petinju legenda sehebat MOHAMAD ALI sekali pun juga memiliki JURULATIH.
Yaitu ANGELO DUNDEE yang membantu ALI menjadi JUARA dunia sebanyak 3 kali.
Padahal jika mereka BERDUA BERADU BERTANDING, sangat JELAS Angelo Dundee tidak mungkin akan MENANG.
Mungkin kita tertanya tanya, mengapa org sehebat MOHAMAD ALI masih memerlukan JURULATIH kalau sudah JELAS dia pasti MENANG melawan jurulatihnya?
KETAHUILAH...
Bahawa MOHAMAD ALI perlukan JURULATIH bukan kerana jurulatihnya lebih HEBAT tapi kerana ia memerlukan seseorang untuk MELIHAT hal-hal yang "TIDAK DAPAT DIA LIHAT SENDIRI"
Hal yang tidak dapat kita LIHAT dengan MATA sendiri itu yang disebut : "BLIND SPOT" atau "TITIK BUTA".
Kita hanya boleh melihat "BLIND SPOT" dari bantuan orang lain.
Dalam hidup, kita perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan kita, SEKALIGUS untuk MENGINGATKAN kita seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.
Kita perlukan orang lain YANG :
×. MENASIHATI
×. MENGINGATKAN
×. MENEGUR
Jika kita MULAI melakukan SESUATUkesilapan yang MUNGKIN tidak kita sedari.
Kita perlukan KERENDAHAN HATI untuk :
×. Menerima KRITIKAN
×. Menerima NASIHAT
×. Menerima TEGURAN
Itulah yang MENYELAMATKAN kita terpesong dari landasan matlamat..
Kita bukan manusia SEMPURNA. Jadi, biarkan orang lain menjadi "MATA" kita di area 'BLIND SPOT' kita, sehingga kita boleh MELIHAT apa yang tidak boleh kita LIHAT dengan 'PANDANGAN' kita SENDIRI.
Mari kita saling nasihat- menasihati dalam KEBAIKAN dan KESABARAN.........Jgn mudah sombong..ego dgn sedikit kemewahaan yg kita miliki...sesungguhnya kita bkn terus berada diatas buat selama2nya....
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Isnin, 14 Mac 2016
Jumaat, 11 Mac 2016
Kucing
Kisah mennyentuh hati..💗
• Never underestimate
Allahs mercy and power:
# Jgn diperkecilkan kuasa Allah swt:
#Ibu seorang pemuda dirawat di hospital.
وأدخلت للعناية المركزه
#Ibunya dirawat di ICU.
وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء
#Bbrp hari kemudian doktor berterus terang.
بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق الحياة
#Keadaan ibumu tiada harapan semboh dan boleh meninggal dunia bila2 masa.
وخرج من عند أمه هائما على وجهه
#Pemuda itu meninggalkan hospital dgn hati yg sedih mengenang sakit ibunya.
وفي طريق عودته لزيارة والدته
#Dlm perjalanan utk melawat ibunya sekali lg
وقف في محطة البنزين
#Pemuda itu berhenti di stesen minyak
وهو ينتظر العامل ليضع البنزين في سيارته
#Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak
رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغاراً
#Pemuda itu terpandang seekor kucing bersama anaknya berteduh dibawah kotak
وهم لا يستطيعون المشي
#Kucing itu kelihatan tak boleh berjalan
فتساءل!!!!!
#Dia termenung sejenak!!!
من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه الحال؟
فدخل للبقالة
#Siapakah yg akan bg kucing itu makan dlm keadaan begitu, dan pemuda itu masuk semula ke kedai minyak
واشترى تونة
#Dibelikannya tuna dlm tin
وفتح العلبة ووضعها للقطة وانصرف للمستشفى
#dibukannya tin tuna itu utk diberi kpd kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital
وعندما قدم للعناية مكان تنويم أمه
#Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU
لم يجدها على سريرها فوقع ما في يده
#Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam
فاسترجع وسأل الممرضة
#dan bergegas lari utk bertanya kpd nurse bertugas
أين فلانة؟
#Di mana ibuku?
فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة
#Nurse itu berkata: ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa
فذهب لها
#Pemuda itu terus mendapatkan ibunya
فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها
#Yg ketika itu dlm keadaan ceria
فسلم عليها وسألها
#Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi
فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها
#Ibunya memberitahu ketika dlm keadaan tidak sedar dikatil
قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها
#Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembohkan segera
فتعجب الشاب
#Pemuda itu terharu mendengar apa yg diceritakan ibunya
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
#Puji bagi mereka yg sentiasa kasih mengasihi
سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
#Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita drp penderitaan, dengan izin Allah
(داووا مرضاكم بالصدقه)
#(Sembohkan penyakitmu dgn melakukan sedekah))
هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال:
# Itu hanya setin tuna.
Rasulullah saw bersabda: (Lindungi diri kamu drp panas api neraka wp dgn separuh tamar)
( إتقوا النار ولو بشق تمره)
سبحان الله
#Subhann Allah
Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah
حتى لو مشغول إرسلها"
#Wp anda sibuk, forwardkan rencana ini kpd seramai rakan yg mungkin
(لاإله إلا الله)
Lailahaillaallah
"يارب فرج هم من ينشره"
#Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kpd sesiapa saja yg berkongsi kisah ini.

Pencen
Untuk perkongsian dan penjanaan minda di hari ini..
Antara kelebihan kerja dlm kerajaan adalah kita akan memperolehi pencen sewaktu kita bersara. Walau bagaimanapun secara umumnya ramai yg kata kita rugi sebab bila kita pencen pada umur 60 tahun, kita hanya ada beberapa tahun sahaja utk kita menikmati pencen tersebut sebelum meninggal dunia..
contohnya mungkin 5 tahun sahaja. Selepas kita meninggal dunia pencen tersebut akan diserahkan kpd isteri kita yg mungkin umur pun sama dgn kita dan mungkin dia hanya menikmati 1 tahun sahaja sebelum dia pun meninggal dunia. Selepas isteri meninggal dunia, pencen itu layak diserahkan kpd anak yg dibawah 21 tahun kecuali bagi anak yg sedang belajar sehingga tamat ijazah pertama. Tapi bila umur dah 65 tahun tak mungkin ada lagi anak yg layak.
Jadi bagaimanakah caranya agar kita dpt lebih untung dan pencen ini dapat diwariskan kpd generasi yg akan datang dan kepada waris kita yg sah mungkin utk 20 hingga 40 tahun yg akan datang???
Kalau tuan2 rasa patut agar pencen ini dpt diwariskan 20, 40 tahun atau lebih kpd waris tuan2 yg akan dtg dan secara langsung akan menjadi sumber pendapatan kepada waris tuan2 utk tempoh tersebut.. tuan2 kena melakukan sesuatu..
Kalau tuan2 bersetuju dgn saya dan tindakan yg boleh tuan2 lakukan ialah pastikan tuan2 berkahwin sekali lagi sebelum tuan2 bersara.. sebaik2nya dgn gadis berumur 20 tahun.
Kalau tuan2 melaksanakannya selepas tuan2 dan isteri pertama meninggal, pencen tuan2 tersebut akan diserahkan secara penuh kpd isteri baru tuan2 sehingga beliau meninggal dunia (mungkin selepas 40 tahun menikmati pencen tuan pada umur 60 tahun) dan anak2 tuan2 yg baru. Kena kahwin sebelum pencen kerana kalau kahwin selepas pencen isteri yg baru hanya layak dpt pencem 20 tahun sahaja dpd tarikh TTP.
a) membahagikan rezeki sesama manusia.
b) pahala
c) berbaloi kerja hingga umur 60 tahun
Adakah anda yg dah tua nak pencen masih takut atau berani / setuju ? 🤔😋
Khamis, 10 Mac 2016
Kasih anak
Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.
Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.
“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,”
Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita.
Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran.
Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung. Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu.
Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.
Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.
Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A.
Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.
Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??”
Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.
Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?
Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,”
Saya terus terdiam.
Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.
Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup.
Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.
Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!”
Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?”
Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.
Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.
Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.
Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.
Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu. Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur.
Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.
Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih.
Saya menggangguk.
Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang.
Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.
Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu.
Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa.
Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.
Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik.
Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.
Khairul Hakimin. Muhammad
Takut.
09/03/2016, Bandar Baru Bangi.

Isnin, 7 Mac 2016
Lelong
Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.
ℹKawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.
Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:
.
1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.
.
2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.
.
3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.
.
4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.
.
5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.
ℹContohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).
.
6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.
.
7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS
.
8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.
.
9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual.
.
10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.
.
11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.
ℹContohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.
.
12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.
.
13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.
NOTA KAKI . Ikut Syariat, hasil Berkat
.
C&P (Dr group wassap)

Langgan:
Catatan (Atom)