Jumaat, 11 Mac 2016

Pencen

Untuk perkongsian dan penjanaan minda di hari ini..

Antara kelebihan kerja dlm kerajaan adalah kita akan memperolehi pencen sewaktu kita bersara. Walau bagaimanapun secara umumnya ramai yg kata kita rugi sebab bila kita pencen pada umur  60 tahun, kita hanya ada beberapa tahun sahaja  utk kita menikmati pencen tersebut sebelum meninggal dunia..

contohnya mungkin 5 tahun sahaja. Selepas kita meninggal dunia pencen tersebut akan diserahkan kpd isteri kita yg mungkin umur pun sama dgn kita dan mungkin dia hanya menikmati 1 tahun sahaja sebelum dia pun meninggal dunia. Selepas isteri meninggal dunia, pencen itu layak diserahkan kpd anak yg dibawah 21 tahun kecuali bagi anak yg sedang  belajar sehingga tamat ijazah pertama. Tapi bila umur dah 65 tahun tak mungkin ada lagi anak yg layak.

Jadi bagaimanakah caranya agar kita dpt lebih untung dan pencen ini dapat diwariskan kpd generasi yg akan datang dan  kepada waris kita yg sah mungkin utk 20 hingga 40 tahun yg akan datang???

Kalau tuan2 rasa patut agar pencen ini dpt diwariskan 20, 40 tahun atau lebih kpd waris tuan2 yg akan dtg dan secara langsung akan menjadi sumber pendapatan kepada waris tuan2 utk tempoh tersebut.. tuan2 kena melakukan sesuatu..

Kalau tuan2 bersetuju dgn saya dan tindakan yg boleh tuan2 lakukan ialah pastikan tuan2 berkahwin sekali lagi sebelum tuan2 bersara.. sebaik2nya dgn gadis berumur 20 tahun.

Kalau tuan2 melaksanakannya selepas tuan2 dan isteri pertama meninggal, pencen tuan2 tersebut akan diserahkan secara penuh kpd isteri baru tuan2 sehingga beliau meninggal dunia (mungkin selepas 40 tahun menikmati pencen tuan pada umur 60 tahun) dan anak2 tuan2 yg baru. Kena kahwin sebelum pencen kerana kalau kahwin selepas pencen isteri yg baru hanya layak dpt pencem 20 tahun sahaja dpd tarikh TTP.

a) membahagikan rezeki sesama manusia.
b) pahala
c) berbaloi kerja hingga umur 60 tahun

Adakah anda yg dah tua nak pencen masih takut atau berani / setuju  ? 🤔😋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan