Rabu, 2 Mac 2016

Result keluar

Assalamu'alaikum warahmatullah.

[Post ni khusus utk adik2 lepasan spm batch 1998]

Today is the day, guys.
So here i do have some tips for you.


1. Bangun awal tenangkan diri dan hati dengan solat sunat berserta zikrullah.
2. Nak pegi school ambil result, selawat banyak2.

Ada satu perkara yang org selalu lupa.
Mintak dekat Allah, moga nikmat yang nak dapat sekejap lagi tu adalah nikmat yg Allah beri kerana Allah kasihi kita. Bukan  nikmat yang akan perdayakan kita a.k.a. istidraj.

Andai rezeki yg bakal kita nikmati nnt tu hasilnya dari tiru meniru, tipu menipu buli membuli kawan suh siapkan homework dan sebagainya, maka doa banyak2 moga kesilapan lalu tak lagi diulang demi redo Allah utk saki baki kehidupan.

3. Ingatkan diri, result spm ni salah satu bentuk rezeki jugak.
Jadi, dapat sikit ke, banyak ke, namanya tetap R.E.Z.E.K.I.
Bila kita akui dengan hati dan lidah bahawa itu adalah rezeki, maka wajib untuk kita syukuri.
Bukan duk sibuk bertanya kenapa begitu kenapa begini.
4. Kalau boleh, lepas dapat je result terus buat sujud syukur. Tapi selalunya kita duk sibuk bergambar duk sibuk bertanya kawan dapat berapa n etc etc. Jadi tak mengapa, balik rumah pun boleh terus buat sujud syukur. Sekali lagi, tak kisah dapat berapa, syukur itu wajib sbb tu adalah rezeki.
4. Esok pegi school, dah ambil result semua, kalau boleh first person kita ucap terima kasih adalah guru2 kita. Jangan kerana results 8G, awak malu nak ucap terima kasih. Guru bukan menagih straight As awak, tapi guru harapkan awak berbahasa dengan dia sebaiknya. Jangan lupa ucap terima kasih pada makcik pakcik cleaner sbb doakan yg terbaik utk awak. Tanpa awak tahu, mereka pun antara yg plg banyak doakan awak. Mereka yg bersihkan semua sampah2 awak selama mana awak stay school tu.
5. Excited dengan result sehari dua cukuplah. The rest maybe dah boleh start fikir dengan serious awak nak sambung apa lepas ni.
6. Alert dengan tarikh open n close any scholarships. Selalu dyeorg bukak sekejap je. Subscribe je memana website scholarship yg awak jumpa so that tak ketinggalan apa2. N apply je semua even result tak seberapa.
Ingat, Allah pndg usaha awak.
7. Mintak je semua benda selagi boleh. Jangan memilih tak bertempat.

8.Jangan fikir semua benda akan berjalan mengikut kehendak awak. Mungkin esok awak dpt straight As, maka awak rasa awak tak perlu apply spa8i, program2 kemahiran under mara kkm kktm politeknik or any other institution yg awak rasa tak setanding dengan kelayakan awak ada. Bear in mind adik, sometimes things happen in a way we dislike.

9.  Results spm ni just like a beginning of a true life. Kalau apa yg awak dpt tak spt yg awak harapkan atau awak jangkakan, just relax cool down n istighfar banyak2.
Remember, kalau awak dah usaha sehabis baik, maka apa yg allah akan beri hanyalah yang terbaik. Yang terbaik di mata manusia belum tentu terbaik di mata Allah. And remind yourself, things happen for a reason. Terserah pd manusia itu sendiri sama ada mahu berfikir atau tidak.
Bermacam-macam lagi liku kehidupan yg duk menunggu. Bukan nak menakutkan but we can't ever deny that life is about learning and adapting.

10. Apa pun keputusan utk setiap permohonan awak nnt, terima dgn hati yg terbuka. Sekali lagi, kalau awak usaha sehabis baik, maka apa yg Allah akan berikan hanyalah yang terbaik.

Last but not least, (linker wajib essay english spm😁)
Jaga solat, jaga bacaan al quran, in shaa Allah segalanya terpelihara dari syaitan yg menyesatkan anak cucu adam.

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan