Isnin, 28 Mac 2016

Adat

Sambut ulangtahun kelahiran—itu tradisi.

Menggunakan kata sapaan mengikut pangkat (encik, makcik, datuk dll)—itu adab.

Bertunang sebelum bernikah—itu panduan agama.

Jamu orang makan di majlis perkahwinan—itu budaya.

Lelaki beri hadiah perkahwinan/ hantaran—itu adat.

Paksa orang bagi hadiah hari lahir—itu inovasi sendiri.

Bukan salah tradisi.

Berlagak dan riak dengan gelaran, jawatan dan pangkat—itu inovasi sendiri.

Bukan salah adab.

Bertunang besar-besaran, bermegah-megah—itu inovasi sendiri.
Bukan salah agama.

Jemput undangan perkahwinan melebihi kemampuan—itu inovasi sendiri.

Bukan salah budaya.

Menetapkan harga hantaran tinggi-tinggi—itu inovasi sendiri.
Bukan salah adat.

Tak jelas lagi?

Emak suruh pergi sekolah belajar, anak pergi sekolah membuli.

Salahnya bukan pada suruhan untuk pergi ke sekolah, salahnya pada perbuatan membuli. Emak tak suruh membuli.

Agama anjurkan bertunang, pasangan langgar batasan dalam bertunang. Salahnya bukan pada anjuran bertunang, salahnya pada diri pasangan. Agama tak suruh melanggar batasan pergaulan.

Melayu mempunyai adat pemberian hantaran, keluarga minta bukan-bukan. Salahnya bukan pada adat berhantaran, salahnya pada meminta yang bukan-bukan. Adat Melayu tak suruh minta bukan-bukan.

-ML-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan