السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور
Kerendahan hati dan ketinggian budi...
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan:
إذا فتح الله عليك في باب قيام الليل ،فلا تنظر للنائمين نظرة ازدراء … وإذا فتح الله عليك في باب الصيام ، فلا تنظر للمفطرين نظرة ازدراء… وإذا فتح الله عليك في باب الجهاد ، فلا تنظر للقاعدين نظرة ازدراء … فرب نائم ومفطر وقاعد أقرب إلى الله منك.”
Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melakukan) solat malam, maka jangan engkau memandang orang yang tidur dengan pandangan merendahkan.
Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melaksanakan) puasa, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berpuasa dengan pandangan merendahkan.
Bila Allah membukakan untukmu pintu (kemudahan untuk) berjihad, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berjihad dengan pandangan merendahkan.
Boleh jadi orang yang tertidur, tidak berpuasa dan tidak berjihad lebih dekat kepada Allah berbanding dirimu.
Beliau juga mengatakan:
وإنك أن تبيت نائماً وتصبح نادماً خير من أن تبيت قائماً وتُصبح معجباً ، فإنَّ المُعجَب لا يصعد له عمل
Sesungguhnya engkau tertidur di malam hari lalu menyesal di pagi harinya lebih baik daripada engkau terjaga beribadah di malam hari lalu berbangga di pagi harinya. Kerana orang yang bangga diri, amalannya tidak akan naik ke sisi Allah.
(Madarijus Salikin: 1/177)
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
ثلاث مهلكات : شح مطاع ، و هوى متبع ، و إعجاب المرء بنفسه
“Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu: Kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti serta sifat bangganya seseorang terhadap dirinya sendiri (ujub)“.
(Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu anhu pernah mengatakan:
“Kebinasaan itu ada pada dua perkara, iaitu merasa putus asa dari rahmat Allah, dan merasa bangga terhadap diri sendiri”.
Justeru, hati-hati dengan HATI mu sendiri...
Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..
آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan