Sabtu, 2 April 2016

Maut

Ust Mohd Syakirin Husin
Kuliah Maghrib Jemputan
Surau Ar Raihan, Bdr Teknologi Kajang
Rahsia Kematian & Alam Akhirat
Selasa 23hb Feb 2016
*******************************************
▶Kehidupan kita di dunia tidak kekal dan disebut juga sbgai 'Darul Fana' (tidak kekal)
▶Itulah sifat kita sbgai makhluk dan seluruh isi kehidupan dunia yg lain2 yg akhirnya akan bertemu dgn titik penamat (kematian)(pengakhiran)
▶Makhluk (juga yg khaib)...........adalah yg 'diciptakan' dan lwn kpdnya ialah 'yg mencipta' iaitu Allah SWT
▶Sifat Allah adalah kekal dan sifat Makluk dari 'tiada' kpd 'ada' dan kemudian dibinasakan (mati).....hatta Malaikat Maut pun akan mati akhirnya
▶Sabda Nabi Muhammad SAW dgn mahfumnya ;

     "Org beriman dan yg paling bijak/cerdik (di kalangan kamu) adalah org yg paling banyak mengingati mati dlm akalnya (fikiran) dan bersiap sedia (mencari jalan) memperelokkan amalan2nya utk menghadapi mati".

▶Yg dimaksukan dgn persiapan utk mati ialah, apa2 jua yg kita lakukan di atas dunia (amalan) utk persiapan mati

▶Surah Aal-e-Imran, Ayat 185:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

▶Setiap yg bernyawa (makhluk)(selain drpd Allah SWT) pasti akan mati. Termasuklah para2 rasul/nabi & malaikat2. Adabnya kita sebut wafat utk para nabi/rasul, mangkat utk raja2/sultan2, meninggal dunia utk org2 islam dan mampus utk org selain drpd org Islam. {[Adab dan Akhlak adalah buah kpd Ilmu]}. Mati bagi Bumi/Dunia (dan seluruh isinya) disebut sbgai KIAMAT.

▶Dunia bukanlah tempat pembalasan kpd amalan2 kita, hari kiamat/akhirat adalah tempatnya. Juga disebut sbgai hari utk kita mendpt keputusan dari Allah SWT. Keyakinan kpd hari akhirat akan membawa kita utk beribadah. Yakin (kpd balasan akhirat) akan memandu kita utk tekun dlm beribadah. 'Keimanan' itu seiring dgn 'Keyakinan'.

▶Sesiapa yg terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dlm Syurga adalah org2 yg paling berjaya (kejayaan yg sebenar/hakiki)

▶Kehidupan di dunia (kemewahan dan pangkat) adalah perhiasan semata-mata (penuh dgn tipu daya). Isteri yg Soleh adalah sebahagian dari perhiasan di dunia (sebaik-baik perhiasan). Manusia selalu tertipu dgn dunia (rezeki yg telah dijamin) sehingga mereka berhempas pulas mengejarnya (rezeki). Hakikatnya kita tidak berusha sehebat memburu dunia berbanding balasan akirat yg tidak dijamin oleh Allah SWT. Rezeki, Ajal dan Jodoh kesemuanya telah diberikan jaminan oleh Allah SWT. Tiada jamian yg kita akan mati dlm kebaikan. Pemburuan dunia menyebabkan kita rakus dan melanggar batas halal dan haram.

🔺semulia-mulia kematian adalah dlm keadaan 'TAUHID' (mampu mengucap kalimah syahadah)
🔺jgn membelakangkan perintah/suruhan Allah (ketika di dunia)........mudahan kita dipilih oleh Allah utk mati dlm keadaan 'TAUHID'
🔺mati itu adalah, 'tiada lagi kehidupan dunia' (hidup di dunia hanya sekali). As Sajda 12 ; mengambarkan penyesalan mereka yg melakukan dosa2 ketika di dunia.

Surah As-Sajda, Ayat 12:

وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

🔺setelah ditayangkan segala dosa2 di dunia dan azab dari dosa2 tersebut, manusia meminta utk dikembalikan ke dunia utk beribadah/beramal
🔺begitulah bagaimana penyesalan manusia di hadapan Allah SWT kerana mensiakan waktu di dunia
🔺setelah mati, tiada lagi peluang utk beribadah

Kesimpulan
Mudahan kita sentiasa beramal dan bersiap sedia utk menghadapi kehidupan selepas kematian.

Wallhuaklam
Mudah-mudahan ada manfaatnya
Mohon maaf jika ada kesilapan di dlm mencatit

Al Faqir
Dzul Alias
14 JamadilAwwal 1437H

Selasa, 29 Mac 2016

Hantaran tak cukup

BAHAN RENUNGAN BERSAMA

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu.

Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.

Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad.

Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.

"Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!"

Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup.

"Apsal tak cukup RM1,000?" tanyanya.

Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, "Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!"

Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata,

"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu," katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.

"Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak 3. Assalamualaikum," katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu.

Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.

- Fb Boii Amani Hashim -

Isnin, 28 Mac 2016

Kahwin melayu

Rukun Nikah Islam:
1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Wanita
3. Wali
4. Saksi
5. Ijab Kabul

Rukun Nikah Bani Melayu:
1. Pelamin
2. Karoke
3. Bunga telur
4. Dulang
5. Hantaran
6. Barzanji
7. Qasidah
8. Geng selawat
9. Tepung tawar
10. Beras kunyit
11. Kek
12. Photoshoot selfie suami isteri
13. Upacara batal air sembahyang (Mazhab syafie ajar ke)
14. Berinai
15. Set persalinan pakaian
16. Jemput org ramai dgn niat agar dpt cover semula keborosan bila org hulur duit
17. Tok Kadi, pak imam masjid (dibayar upah)
18. Nikah dlm masjid sehingga tidak solat tahiyatul masjid
19. Upacara perarakan menyambut pengantin
20. Majlis dibuat 2 kali rumah pengantin perempuan dan lelaki
21. Pengapit, tukang kipas
22. Pengantin lelaki dan wanita duduk atas pelamin sambil ditacap makeup sambil ditatap oleh bukan mahram
23. Upacara bercumbuan selepas akad nikah meniru agama nasrani
24. Khemah bercampur lelaki dan wanita (ikhtilat)
25. Hak jalan org lain ditutup sdgkan Nabi s.a.w suruh berikan hak jalan utk org lain
26. Buat makan mengharapkan balasan agar cover semula kos bila org lain berikan wang
27. Akan dicari ustaz utk tentukan hari yg baik utk kahwin, utk tahu jodoh serasi atau tidak melalui tilikan nama, tarikh lahir pengantin sbgmana hindu jmpa sami sblm bernikah
28. Tok sheikh, pak imam akn baca doa bidaah dgn kisah palsu yg ada di buku contohnya; Ya Allah satukan pengantin ini sebagaimana Kau satukan Yusuf dan Zulaikha, Sulaiman dan Balqis
29. Lafaz nikah versi tok sheikh mula dibuat. Jika tiada NYA pun dikira tidak sah
30. Khutbatul hajat cara Nabi s.a.w tidak dibaca akan tetapi teks versi tok sheikh dibacakan

Jika ada sila tambah...

Noted :
Sanggup mreka tangguhkan perkahwinan semata2 bpegang pd biar mati anak jgn mati adat.
Pasangan pgantin yg ingin berkahwin disusahkan oleh ahli keluarga dgn perkara2 dangkal ini semua.

Sanggup pula berhutang, alam perkahwinan selepasnya mreka tidak fikir. Selepas kahwin rumah tangga berantakan akibat dikelilingi oleh hutang semata2 follow adat yg merugikan diri yg agama islam tidak pernah ajarkan.

Apa yg nabi s.a.w ajarkan cukup mudah, simple, padat tapi tidak mahu ikut. Rela adat dihidupkan, sunnah dimatikan.

Adat

Sambut ulangtahun kelahiran—itu tradisi.

Menggunakan kata sapaan mengikut pangkat (encik, makcik, datuk dll)—itu adab.

Bertunang sebelum bernikah—itu panduan agama.

Jamu orang makan di majlis perkahwinan—itu budaya.

Lelaki beri hadiah perkahwinan/ hantaran—itu adat.

Paksa orang bagi hadiah hari lahir—itu inovasi sendiri.

Bukan salah tradisi.

Berlagak dan riak dengan gelaran, jawatan dan pangkat—itu inovasi sendiri.

Bukan salah adab.

Bertunang besar-besaran, bermegah-megah—itu inovasi sendiri.
Bukan salah agama.

Jemput undangan perkahwinan melebihi kemampuan—itu inovasi sendiri.

Bukan salah budaya.

Menetapkan harga hantaran tinggi-tinggi—itu inovasi sendiri.
Bukan salah adat.

Tak jelas lagi?

Emak suruh pergi sekolah belajar, anak pergi sekolah membuli.

Salahnya bukan pada suruhan untuk pergi ke sekolah, salahnya pada perbuatan membuli. Emak tak suruh membuli.

Agama anjurkan bertunang, pasangan langgar batasan dalam bertunang. Salahnya bukan pada anjuran bertunang, salahnya pada diri pasangan. Agama tak suruh melanggar batasan pergaulan.

Melayu mempunyai adat pemberian hantaran, keluarga minta bukan-bukan. Salahnya bukan pada adat berhantaran, salahnya pada meminta yang bukan-bukan. Adat Melayu tak suruh minta bukan-bukan.

-ML-