"Saya rasa give up dah dengan adik saya."
Lantas, dia menangis.
.
Melihat video Paralympics.
Walaupun dah basi, tapi "roh" yang dibawa membuat diri ni beremosi.
"Roh" seorang murabbi.
Bagaimana coach Paralympics tu mampu membuatkan peserta yang OKU menjadi seorang yang hebat?
"Dia anak saya." - kata seorang coach tu pada salah seorang peserta yang berjaya mendapat emas.
Nangis.
.
Keyakinan.
Itulah rahsianya.
Tanpa keyakinan seorang coach, pasti peserta yang serba kekurangan itu juga tak mampu untuk membuat yang terbaik.
Mungkinlah di saat peserta itu jatuh,
ada suara yang menyuruhnya berhenti.
Tapi disebabkan dia punya seorang coach yang yakin, dan sabar dengan dirinya maka dia teruskan berlari.
Mereflect diri, adakah kita sudah menjadi murabbi yang begitu?
Murabbi yang di saat orang sekeliling memandang mutarabbi kta sebagai seorang yang tak punya harapan, kita malah senyum dan berkata, "tidak, dia masih punya harapan".
Atau,
adakah kita murabbi yang sering give up dengan mutarabbi sendiri?
Huu. T___T
.
"Akak pernah kenal dengan seorang akhwat ni.
Dialah yang paling tak pandai df, dialah yang paling tak pandai taujih, dialah yang paling teruk segala-galanya, tapi dalam ramai-ramai, hanya dia yang stay.
Sampai akak hairan, macam mana lah dia ni boleh stay?"
Senyum.
Itulah hakikat dakwah.
Manusia tak pernah punya hak untuk memilih,
hatta manusia itu murabbinya sendiri.
Kerana mutarabbi itu kepunyaan Allah,
bukan kepunyaan murabbi.
Maka, atas dasar apa seorang murabbi itu boleh give up dengan mutarabbinya?
.
"If awak rasa give up dengan mutarabbi awak, cuba awak ingat balik moment-moment awak ditarbiyah.
Pernah tak murabbi awak give up dengan awak?
Kalaulah murabbi awak pernah give up dengan awak, nescaya awak tak akan ada di sini hari ni."
.
Sebab sayang, sabar tiada limit.
Moga dikuatkan hati dalam beramal.
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 21 September 2016
Isnin, 19 September 2016
Poligami
Artikal yg sgt baik utk difahami bersama suami isteri..agar kita tidak termasuk kalangan mereka yg menyembunyikan kebenaran😥..
HAKIKAT POLIGAMI YANG DIRAHSIAKAN.
KEPADA YG D MULIAKAN SAHABAT2KU.
SILA LIHAT PENDAPAT MENGENAI POLIGAMI :-
1. Ramai yg menuduh poligami itu merampas suami orang.
Hakikatnya:-
Sebenarnya, poligami itu berkongsi suami secara bersama-sama dan sah menurut hukum Islam. Jika merampas maknanya isteri pertama tidak ada hak lagi seolah-olah dicerai. Jika begitu, tidak terjadilah poligami tetapi monogami. Cuma isteri pertama dipilih Alloh utk mendahului madu2nya yg lain.
2. Ramai yang kata, poligami itu mesti mendapat keizinan isteri pertama.
Hakikatnya :-
Poligami itu tidak perlu kebenaran isteri. Buktinya, Rasulullah menikahi wanita Yahudi cantik bernama Shafiyyah binti Huyay al Akhtab. Selepas nikah, Rasulullah memberitahu Aisyah bahawa beliau telah menikah dgn Shafiyyah. Ini membuat Aisyah cemburu dan mengatakan: "Ia seorang wanita Yahudi", lalu dijawab oleh Rasulullah saw: "Janganlah engkau berkata seperti itu, karena dia telah masuk Islam, dan baik pula keIslamannya."*
3. Ramai yg menuduh bahwa poligami berdosa karena menyakiti perasaan wanita krn suami tidak setia dan menduakannya.
Hakikat:-
*Poligami diharuskan syarak dan suami menggunakan haknya, cuma isteri yg cemburu buta . Poligami menguji keikhlasan, kepatuhan dan keredaan kaum Hawa terhadap hukum dan Qada' Qadar Allah. Apabila isteri merungut dan memarahi suaminya dikhuatiri terjebak dlm dosa. Kalau cemburu, isteri Rasulullah dan isteri2 Sahabat Rasulullah yg berpoligami juga cemburu satu sama lain. Tetapi ini tidak berarti bahawa Rasulullah dan para Sahabat menyakiti perasaan dan hati isteri2nya. Jika cemburu itu menyakiti perasaan isteri, maka tidak mungkin Rasulullah dan para Sahabatnya yg dijamin masuk syurga oleh Allah itu bersalah. Cemburu terjadi sbg tanda cinta isteri kepada suami bukan dilihat sbg dosa krn suami menyakiti hati isteri.
4. Ramai yang berkata sinis bahwa suami yg berpoligami zaman sekarang tidak dapat melakukan keadilan seperti zaman Nabi.
Hakikat:-
Berlaku adil boleh dilakukan oleh sesiapapun, bila dan di manapun serta tidak dibatasi oleh zaman. Jika umat Muhamad tidak boleh belaku adil dlm poligami maka poligami akan dilarang secara mutlak. Hukum Islam dan perintah Al Quran sesuai sepanjang masa termasuk ayat diharuskan berpoligami.
5. Ramai yg beranggapan, isteri pertama harus dberi keistimewaan berbanding isteri kedua, ketiga atau keempat.
Hakikat:
Perlakuan seperti itu adalah amalan warisan zaman jahiliyah. Setelah Islam datang maka semua adat itu dihapuskan oleh Islam. Setelah sah secara syariat menjadi isteri maka semua isteri mempunyai kedudukan, hak dan kewajiban yg sama terhadap suami.
6. Ramai yg mendakwa, zaman sekarang poligami hanya mengikut hawa nafsu.
Hakikat:- Berpoligami itu membimbing hawa nafsu dari perbuatan haram, tercela dan berdosa menjadi perbuatan halal, terpuji dan berpahala.
7. Ada yg memperolok-olok jika mahu sangat berpoligami seperti Nabi, carilah janda yg tua.
Hakikat:- Rasulullah tidak menganjurkan memilih janda, tetapi menyarankan agar memilih gadis, yg sesuai dgn keinginan sehingga diperbolehkn melihat calon isteri terlebih dulu.
8. Ada yg menolak poligami kerana ia membebankan dan punca masalah.
Hakikatnya *Poligami mengatasi masalah suami agar lebih terjaga pandangan dan mengawal nafsu. Selain itu, ia mengatasi masalah wanita yg memerlukan perhatian, pengawasan, bimbingan pendidikan, nafkah dan perlindungan. Poligami juga solusi apabila ramainya para balu dan andalusia kesepian.
Kata guruku :-
"Kita boleh hidup tanpa penglihatan tetapi tak mampu hidup tanpa sentuhan"
Allohu a'alam..
Sekadar pengetahuan bukan utk dibahaskan agar dikongsikan sesama rakan moga ada kebaikan bagi yg ada kemampuan dan dipilih Tuhan utk menabur kebaktian.

Kata emas
Chinese President Xi Jin Ping's speech in Macau, quoted a very classic saying:
"Relationship based on gold will be forgotten once gold is spent.
Relationship based on benefits (interest, advantage) will soon break away once there's no more benefit to derive.
Relationship based on position (influence) will sway once position has fallen.
Relationship based on authority (power) will get abandoned once authority is lost.
Relationship based on feelings (favour, emotions, sentiments) will result in hurt once emotional ties are broken.
Only relationship coming from the heart can withstand the test of time. "
No matter what kind of relationship you're in, whether it is working in partnership or interpersonal relationship, we should cherish the karma that brought us together and the time we share.
Keep good (kind) thoughts in mind, learn to be grateful, be sincere to others and build a relationship from your heart!
Associate with the wise and virtuous, you'll reap good results.
Realisation : Keep good thoughts with a kind heart, you're sure to have a cloud with silver lining in your life!
------ Xi Jinping

Ahad, 18 September 2016
Mati
Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.
------------------------------------------
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .
Imam Ahmad , an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata :
" Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
" Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya".
Mereka ( para sahabat ) bertanya :
" Kenapa begitu ya Rasulullah? ".
Baginda bersabda :
"Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.
[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)
Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.
Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.
Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.
Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.
Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.
Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab.

Sabtu, 17 September 2016
Kaabah
Pengalaman TG Dato' Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58) Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”.
Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.”
Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”.
Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”.
Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.”
Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.
(Saya pernah dengar MP3 kisah ni drp Allahyarham TGHD - ust naim)

Langgan:
Catatan (Atom)