Selasa, 21 Februari 2017

Basikal

DARI KACAMINDA SEORANG PEGUAM

Salam2all.

Teman berasa terpanggil untuk memberi komen berkenaan kes tragedi kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu pada 18 Feb 2017 lepas yang mengorbankan 8 nyawa anak2 muda.

Kemalangan dikatakan berlaku sekitar jam 3 pagi sewaktu anak2 tersebut sedang berkayuh di lokasi bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah.

Dikatakan lebih 30 anak2 tersebut berada dikawasan itu bersama basikal masing2.
Pemandu seorang gadis berbangsa Cina berumur 22 tahun memandu kereta jenis Almera dikatakan merempuh anak2 tersebut yang berkayuh menuju haluan yang sama, bermakna ianya rempuhan daripada belakang.

Melihat daripada gambar kawasan tragedi, kelihatan rempuhan itu berlaku ditepi jalan sebelah kiri.

Teman melihat kenyataan2 yang dikeluarkan termasuk oleh pihak polis dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri memberi gambaran seolah2 anak2 tersebut yang bersalah; dengan satu alasan dangkal yang utama: apa anak2 itu buat berkayuh basikal beramai2 jam 3 pagi!

Tidak ada pulak yang bertanya apa seorang gadis berusia 22 tahun buat memandu kereta berseorangan jam 3 pagi? Dan kenapa sehingga hari ini identiti pemandu itu tidak didedahkan, sebaliknya identiti mangsa dengan mak bapak mereka pulak yang didedahkan.

Kebiasaanya kalau berlaku tragedi kemalangan saperti ini dengan cepat identiti pemandu yang melanggar akan didedahkan; tetapi dalam kes ini teman agak pelik!

Adakah pemandu itu diberi perlindungan istimewa; adakah dia daripada keluarga tertentu yang mesti dilindungi? Setakat hari ini teman tidak mendengar sebarang ancaman terhadap gadis Cina tersebut utk membolehkan identitinya tidak didedahkan!

Berbalik kepada isu tragedi kemalangan itu, teman merasakan pihak2 berkaitan terlalu menumpu kepada anak2 tersebut berkayuh basikal jam 3 pagi; seolah2 satu dosa besar bagi anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi!

Teman bukan bermaksud nak membela anak2 itu, tetapi isunya ialah siapa yang bersalah dalam tragedi itu?

Kenapa begitu cepat pihak berkuasa membuat keputusan dan membebaskan pemandu tersebut; dan paling malang ada pulak pihak yang mengugut akan mengambil tindakan terhadap ibubapa anak2 itu kerana membenarkan atau membiarkan anak2 itu berbasikal jam 3 pagi!

Halo yop, sejak bila naik basikal jam 3 pagi itu satu dosa; satu kesalahan?

Dibawah Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalulintas:

1. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal jam 3 pagi!
2. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal ramai2;
3. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal atas jalanraya;

Apa yang jelas melanggar seseorang atau sesuatu kenderaan daripada belakang diatas jalanraya adalah prima facie satu kesalahan!

Pihak polis wajar memperhalusi siasatan mereka dengan mengkaji persoalan berikut:

1. Bagaimana pemandu tersebut boleh merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang?

2. Agak mustahil untuk mana2 pemandu tidak nampak sekumpulan pengayuh basikal diatas jalanraya apatah lagi kalau jumlahnya sampai 30 orang;

3. Alasan konon jalan itu menurun bukit adalah terlalu dangkal; sebab semua pemandu telah pun melalui latihan pemanduan untuk memperlahankan kenderaan bila melalui selekoh atau mendaki atau menuruni bukit.

4. Apa yang menyebabkan pemandu itu tidak dan/atau gagal melihat atau menyedari ada sekumpulan ramai pengayuh basikal dikawasan tersebut;

5. Ada kenyataan dibuat oleh mangsa dan saksi menyatakan melihat pemandu itu menggunakan telefon bimbit dan memandu laju; oleh itu pihak polis wajib menyiasat maklumat ini. Teman agak hairan dalam tempoh yang begitu singkat kenyataan dikeluarkan konon pemandu tersebut tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak membawa laju! Bila siasatan terperinci dibuat?

6. Melihat kepada gambar2 sekitar selepas kejadian, kelihatan rempuhan tersebut sangat kuat sehingga melanggar begitu ramai pengayuh basikal dan menyebabkan 8 kematian! Ini sahaja sudah cukup untuk pihak berkuasa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pemanduan tersebut!

Dalam bahasa undang2 ada prinsip dipanggil res ipsa loquitur - sesuatu perkara itu terjelas dengan sendirinya!

Rempuhan kuat daripada belakang oleh sebuah kereta terhadap sekumpulan ramai pengayuh basikal disisi kiri sebatang jalanraya dua lorong memberi gambaran samada pemandu itu lalai, alpa, atau dalam keadaan gagal mengawal kenderaannya!

Maknanya ada kes prima facie untuk disiasat dengan lebih terperinci!

Teman harap kita bertindak waras dan rasional dalam tragedi ini, dan tidak terbawa2 dengan sikap emosional, prejudis atau bias!

Adakah hanya kerana anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi secara beramai2 maka mereka boleh dirempuh daripada belakang begitu sahaja; dan mereka yang dipersalahkan?

Apa beza anak2 yang berkayuh basikal itu dengan keadaan sebaliknya; apa kata jika pemandu tersebut merempuh beberapa kenderaan lain saperti kereta atau motorsikal daripada belakang?

Tidak ada beza bukan?

Soal mereka berkayuh basikal jam 3 pagi beramai2 bukan isunya! Itu mungkin isu sosial yang perlu ditangani secara berasingan melalui kaedah yang diperlukan.

Tetapi ini isu tragedi kemalangan jalanraya! Sebuah kenderaan merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang disisi sebelah kiri sebatang jalan menyebabkan 8 kematian!

Prima facie ada sesuatu yang tak kena dengan cara pemanduan atau pengendalian kereta tersebut oleh pemandu berkenaan!

Teman mendesak pihak polis dan pihak berkuasa supaya memperhalusi siasatan mereka! Dan teman cadangkan supaya siasatan dibuat dibawah Seksyen 302A Kanun Kesiksaan dan sebagai alternatif Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Teman nasihatkan kepada keluarga mangsa supaya merujuk kepada peguam untuk menimbang membawa kes ini ke Mahkamah untuk tindakan sivil yang bersesuaian.

Dan jika tidak berpuashati dengan siasatan pihak berkuasa, failkan writ prerogatif di Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah yang bersesuaian. Peguam yang mahir akan boleh memberikan nasihat dan panduan yang bersesuaian insyallah.

Dan akhirul kalam, nasihat teman kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri dan KPD (dan yang sewaktu dengannya), lain kali kalau ditanya soalan berkaitan sesuatu insiden atau kejadian jenayah seperti ini, suka teman mengulang nasihat seorang sahabat bekas pegawai tinggi pasukan polis, "jawab aja 'kes masih dalam siasatan dan kita akan siasat sewajarnya mengikut undang2 dan prosedur sedia ada".

Selesai masalah!

Wallahua'lam dan wassalam

- Tuan Hj Zulkifli Noordin -

Jumaat, 17 Februari 2017

Emas

*🍓Perkongsian                                                                    

Kisah Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah-tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi, ada yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa pun.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak *menyesal.*

1. Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun sudah mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan je. Patut tadi aku gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian tu."

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas dan berlian-berlian tu.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin, kerana letih dan malas.

Begitulah *gambaran penyesalan* kita bila sampai ke alam akhirat. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali. Ketika sakaratul maut, kita akan di nampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom, ternyata sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagilah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kafirlah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagilah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti merekalah yang paling menyesal.

Itulah gambaran penyesalan di akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah As-Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin."

(sedikit perkongsian)

RENUNG²KAN LAH
MENUNG²KAN LAH
FIKIR²KAN LAH

Rabu, 15 Februari 2017

Serban umar

TAULADAN DARI KISAH HIDUP SAIYIDINA UMAR BIN AL KHATTAB R.A...

Suatu hari khalifah Umar bin Al Khattab berhajat untuk menyewa seekor unta bagi menziarahi seorang sahabatnya. Semasa sedang melalui sebatang pokok, tanpa disedari, serban yang sedang dipakainya, telah tersangkut dicelah ranting pokok tersebut dan terlepas dari kepalanya.

Ketika diberitahu bahawa serbannya terjatuh, Umar bergegas turun dari unta dan berlari untuk mengambil serbannya, lalu dengan cepat ia berlari kembali untuk menaiki untanya.

Si pemilik unta berkata, "Kenapa tuan tidak pusingkan sahaja unta ini untuk kembali ke belakang sedikit untuk mengambil serban tuan, wahai amirul mukminin?"

Saiyidina Umar berkata sambil tersenyum, "Sebab unta ini akadnya aku sewa untuk pergi dari rumahku menuju ke rumah sahabatku. Tidak ada perjanjian untuk keperluan lain."

Pemilik unta: "Kalau begitu, kenapa tuan tidak menyuruh aku sebagai rakyat untuk mengambil serbanmu?"

Saiyidina Umar menjawab, "Kerana serban itu milikku bukan milik kamu, kenapa pula aku mesti menyuruhmu? Apakah kamu mengira dengan jawatan khalifah ini, aku boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya memerintah orang lain untuk mengerjakan sesuatu yang tidak ada hubungannya dengan tugasku?"

SUBHANALLAH...

Ikutlah Nabi dan contohilah para sahabat

Supir

Isteri berniaga? Hati2 k...

Just nak ingatkan sikit boleh? Khusus buat wanita berniaga yang ada somi. Dalam isteri ghairah nak bisnes, nak ada duit sendiri serta nak bantu suami atau nak sara keluarga sebab suami tidak berapa ada kemampuan, tetap

1/ Gila penting untuk ada redha suami dalam nak bisnes. Tak kisahlah berniaga dari rumah ke, part time ke full time ke. Isteri tu hak suaminya. Keberkatan hidup rezeki terletak pada somi.

2/ Jaga adab dan hati-hati jangan sampai tinggi suara ke, jangan rasa diri pendapatan berniaga lebih banyak then rasa lebih hebat. Ini semua ujian buat isteri dan ujian buat suami juga. Allah swt uji kasih sayang antaranya.

3/ Dalam dok berniaga, jangan sampai suami rasa dia tidak diutamakan atau terabai. Lelaki ini suka pendam. Kesannya nanti mungkin bukan sekarang tetapi kemudian. Allah swt berikan banyak cabaran dan masalah bertali arus.

4/ Iblis syaitan lagilah dok mengapi-apikan sang isteri bila suami halang atau tak suka isteri dia berniaga.

Pointnya,

1/ Bincang elok-elok dan saling menyelami apakah sebenar benar benarnya yang both inginkan dan kemampuan. Apa niat masing-masing, bincang dengan terus terang

2/ Isteri tetap isteri. Ini sistem yang Allah swt dan Rasul saw set. Bukan soal adil atau tidak tetapi itulah sistemNya.

3/ Jangan abaikan perintah Allah swt. Isteri sebenarnya simple, Taat Suami, Jaga Solat dan Aurat.

4/ Hidup ini singkat. Berniaga berniaga juga. Jika anak2 ditinggal2kan terlalu kerap tanpa ada sistem dan disiplin, dan mak bapak sibuk dan hanya berikan duit dan handphone, nescaya ibu bapa tersebut sedang mencipta seorang lagi "anakku sazali". Naudzu billah.

5/ Ramai suami isteri tidak benar benar bercakap bila dirumah. Selain - dah makan? Selain tu? Masing2 bercakap dengan "orang lain" di FB IG WA. Apakah ertinya perkahwinan ini dan di mana lagi kehangatan pasangan ini jika kehangan suami ada dihandphone? Dan begitu juga isteri melalui handphone dengan orang lain?

Bercakaplah dengan suami dan isteri anda. Pandang mata mereka, hadap wajah mereka, peluk mereka tanpa ada handphone menjadi orang ketiga!

Suami juga boleh cuba untuk menyelami apa yang isteri inginkan. Mungkin kita suami kita rasa kita semua betul tetapi kadang-kadang, its ok untuk jadi suami yang lebih memahami tetapi berikan guideline ke untuk isteri bisnes. Tetapkan syarat- solat berjemaah ke, makan berjemaah ke, ada waktu tanpa pegang handphone ke. Waktu mendakap ke.... kehangatan boleh hilang bila ia tidak dihangatkan.

#AzizanOsman

Sabtu, 11 Februari 2017

Jodoh

Pada bulan Oktober yang lepas, saya berkesempatan mengunjungi rumah sewa kawan-kawan yang diamnya di Cheras.

Cuti yang lama, saya gunakan untuk berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tak bertemu. Ejan, Waqi, Que, dan Faiz, mereka berkongsi rumah sewa tersebut.

Namun hanya Faiz saja yang bakal menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat. Bukanlah saya hendak menidakkan pakej yang ada pada Faiz, tapi antara mereka berempat Faizlah yang paling tidak kacak.

Lalu saya usulkan pertanyaan kepada Faiz, "Faiz, macam mana ya kau boleh bertunang?"

"Ahmad, walaupun aku sedar aku tidak punya rupa, berbadan gempal, rambut kembang seperti cendawan, tapi aku ada satu prinsip. Apabila aku inginkan sesuatu, aku akan berusaha untuk dapatkannya. Aku ingin berkahwin maka aku usahakan niat itu." ujarnya serius.

"Usaha yang bagaimana kau maksudkan?"

"Pertamanya, aku berusaha memperbaiki diri sendiri. Kedua, aku gunakan landasan yang betul."

Faiz terdiam sebentar.

Sambungnya lagi, "Aku dengan tunangku dulu cumalah kawan biasa. Dalam ramai-ramai kawan perempuan yang ada, hanya dia yang aku rasa paling sesuai untuk jadikan permaisuri hati. Lalu aku beranikan diri menyuarakan hasrat hati ini pada dia dan terus berjumpa dengan keluarganya."

Kagum apabila Faiz yang biasanya berperwatakan anak-anak menjadi matang apabila bercakap fasal jodoh. "Kau pernah tanya dia, kenapa dia terima kau?" tanya saya lagi.

"Pernah...."
.
.
.

"Faiz, di luar sana ramai lelaki yang handsome tapi mereka hanya pandai bermain kata-kata. Tapi awak lelaki yang berusaha dan mempunyai kesungguhan. Awak buktikan dengan berjumpa keluarga saya. Ini telah menarik hati saya. Oleh itu, saya ingin merealisasikan isi hati awak." jelas Intan.

"Awak tahu apa isi hati saya?" tanya Faiz sedikit berdebar.

"Saya tahu. Awak mahu saya bahagia dunia akhirat. Dengan menikahi saya itu jalannya." Intan kelihatan tersipu malu dan pipinya kemerahan.