TAULADAN DARI KISAH HIDUP SAIYIDINA UMAR BIN AL KHATTAB R.A...
Suatu hari khalifah Umar bin Al Khattab berhajat untuk menyewa seekor unta bagi menziarahi seorang sahabatnya. Semasa sedang melalui sebatang pokok, tanpa disedari, serban yang sedang dipakainya, telah tersangkut dicelah ranting pokok tersebut dan terlepas dari kepalanya.
Ketika diberitahu bahawa serbannya terjatuh, Umar bergegas turun dari unta dan berlari untuk mengambil serbannya, lalu dengan cepat ia berlari kembali untuk menaiki untanya.
Si pemilik unta berkata, "Kenapa tuan tidak pusingkan sahaja unta ini untuk kembali ke belakang sedikit untuk mengambil serban tuan, wahai amirul mukminin?"
Saiyidina Umar berkata sambil tersenyum, "Sebab unta ini akadnya aku sewa untuk pergi dari rumahku menuju ke rumah sahabatku. Tidak ada perjanjian untuk keperluan lain."
Pemilik unta: "Kalau begitu, kenapa tuan tidak menyuruh aku sebagai rakyat untuk mengambil serbanmu?"
Saiyidina Umar menjawab, "Kerana serban itu milikku bukan milik kamu, kenapa pula aku mesti menyuruhmu? Apakah kamu mengira dengan jawatan khalifah ini, aku boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya memerintah orang lain untuk mengerjakan sesuatu yang tidak ada hubungannya dengan tugasku?"
SUBHANALLAH...
Ikutlah Nabi dan contohilah para sahabat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan