Isnin, 6 Februari 2017

Niaga

*Sharing Is Caring*

Buku RAHSIA BISNES ORANG CINA ini ditulis oleh Ann Wan Seng. Banyak rahsia mereka yang boleh kita sama-sama pelajari. Disini saya senaraikan antara 50 rahsia dan tips bisnes mereka. Kalau anda nak lebih, anda kena dapatkan buku ini dipasaran ye.

1. Kata Ann Wan Seng, berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu kebolehan semulajadi. Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh di pelajari.

2.Katanya, PENIAGA TULEN, tak takut cabaran. PENIAGA PALSU, cari untung singkat, tak peduli tanggungjawab sosial.

3.Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan.

4. Orang Cina suka berhijrah.

5.Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan. Mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada.

6.Kepercayaan orang Cina, orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.

7.Orang yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa.

8.Mereka yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan..

9.Orang Cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh Berjaya.

10.Kejayaan dan kegagalan banyak bergantung pada SIKAP, USAHA dan KEYAKINAN. (Jaga attitude hokay!)

11.Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang.

12.Orang Cina suka mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka.

13.Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal. Baginya, perniagaan macam ni tidak akan bertahan lama.

14.Dalam falsafah perniagaan orang Cina, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya.

15.Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan. ( Bukan pelaburan wang sahaja ye..)

16.Peniaga tulen tidak takut pada persaingan dan kerugian.

17.Konsep perniagaan orang Cina tidak suka 'makan' ataupun mencari untung seorang. Mereka tidak digalakkan membolot segala keuntungan dan kekayaan. Sebaliknya mereka perlu berkongsi segala keuntungan dengan peniaga lain. Kerana bagi mereka, tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. Mereka perlu bergantung antara satu sama lain. ( Awesome!! )

18.Peniaga Melayu suka berniaga 'ala mee maggi'. Terutamanya berniaga hanya di bazar ramadhan. Peniaga bermusim bukan saja tidak boleh berkembang, tetapi akan menghadapi masalah modal dan aliran tunai bagi memulakan perniagaan.

19.Peniaga jenis kulat dan cendawan (peniaga bermusim) ini tidak mempunyai ruang di dalam dunia niaga orang Cina.

20. Orang Cina menekankan kepentingan 'siapa cepat dia dapat". Orang kalah kerana dia lambat bertindak.

21.Orang Cina boleh berniaga di kampong Melayu tetapi orang Melayu belum tentu boleh berniaga di kawasan orang Cina. (Fuh, sentap-sentap..).

22.Dalam urus niaga, peniaga perlu tahu membezakan urusan peribadi dengan perniagaan.Kedua-duanya tidak boleh dicampur-adukkan.

23.Orang Cina menggalakkan tawar-menawar sebagai cara memikat pelanggan.

24.Peniaga Cina bersikap tegas dalam menguruskan kewangannya. Hasil keuntungan perlu digunakan bagi menjana lebih banyak keuntungan. Wang perlu membuat wang bukannya menimbunkan hutang dan beban. (Faham?)

25.Orang Cina suka bekerja dengan pantas. Mereka tidak suka buang masa. Apabila bekerja, mereka akan memberikan sepenuh tumpuan bagi menjayakannya. Sebab itulah orang Cina bergerak pada kadar yang laju, makan laju dan cakap pun laju. Lebih laju seseorang bertindak, lebih maju perniagaannya.

26.Bagi orang Cina, untuk berjaya seseorang itu perlu mengalami kesakitan, kesusahan dan juga penderitaan terlebih dahulu.

27.Peniaga Cina akan bersikap terbuka dan berlapang dada apabila berhadapan dengan situasi sukar. Barulah dapat mencari jalan keluar.

28.Sekadar pintar berniaga tidak dapat memberikan hasil yang berkekalan. Ia perlu disusuli dengan sifat-sifat seperti agresif, berani, tahan lasak, bersemangat dan sanggup berjuang bagi merebut segala peluang yang tersedia.

29.Pepatah Cina ada mengatakan, “Jika terlalu berhati-hati akan mati”. Bermakna, untuk berniaga kita perlu mengambil risiko. Peniaga perlu berjiwa besar dan jangan terlalu memikirkan kesan tindak tanduknya. Peniaga perlu percaya dan yakin dengan tindakan serta keputusannya. Keraguan hanya akan menimbulkan perasaan was was. Peniaga yang waswas akan TEWAS.

30.Kerajinan adalah antara faktor kejayaan orang Cina dalam perniagaan. Orang Cina sanggup bangun pada waktu dinihari dan terus bekerja sampai ke malam hari.

31.Orang Cina adalah bangsa yang suka bercakap. Apabila bercakap,mereka akan bercakap dengan suara kuat. Tetapi mereka selalunya buat apa yang mereka katakan. Cakap mereka bukan cakap kosong tetapi disusuli dengan tindakan.

32.Sejak kecil, orang Cina sudah ditanamkan dengan pemikiran supaya tidak bergantung pada orang lain. Mereka percaya mereka mempunyai kebolehan dan potensi.

33. Melalui perniagaan, seseorang berpeluang berjumpa dengan pelbagai golongan manusia. Ini dapat membentuk kemahiran berinteraksi dan menambahkan pengetahuan berkenaan psikologi manusia.

33.Dalam falsafah niaga Cina, tidak ada jalan dan cara mudah hendak menjadi kaya. Orang yang mencari untung jangka masa pendek akhirnya akan kecewa dan lingkup.

34.Jika perniagaan tidak mendapat sambutan ataupun tidak mendatangkan keuntungan, sudah sewajarnya mereka mengkaji dan memperhalusi di manakah kesilapannya, kelemahan serta kekurangannya.

35.Orang Cina lebih suka memfokuskan kepada satu perniagaan sahaja sebelum mengembangkannya kepada bidang perniagaan lain. Dengan itu mereka dapat menguasai perniagaan itu sehingga sukar orang lain hendak menyainginya.

36.Para peniaga Cina mementingkan nilai kemanusiaan dan persahabatan dengan pekerja. Tauke tidak boleh sombong dan bongkak.

37.Seni berniaga bagi orang Cina sangat halus dan tidak memadai dengan mempelajarinya secara teori. Berniaga perlu praktikal, mampu menguasai kemahiran.

38.Sebagaimana seni mempertahankan diri, bidang perniagaan tidak boleh digunakan bagi menganiayai orang lain.

39.Orang Cina adalah satu bangsa yang kritikal. Peniaga yang melakukan manipulasi dan menggunakan muslihat akan menerima padahnya.

40.Daya pemikat yang ada pada peniaga Cina adalah antara ciri seni niaga orang Cina yang penting. Mereka akan melebihkan pelanggan dengan menambah nilai ke atas barangan yang dibeli, menyediakan khidmat selepas pembelian.

41.Peniaga Cina seorang yang bersikap ringan tulang, peramah dan menjadikan pelanggan mereka sebagai saudara ataupun paling kurang, sebagai sahabat yang rapat.

42.Peniaga tidak seharusnya menjadi pengikut tetapi perlu berusaha menjadi pemimpin dalam bidangnya. Pemimpin yang baik tahu bila masa yang sesuai untuk bertindak dan bagaimana hendak menyelesaikan masalah.

43.Dalam seni niaga orang Cina, tidak menjadi satu perkara yang memalukan jika seseorang itu mengalah sekiranya dengan melakukan itu, dia akan mendapat peluang yang lebih baik. Mengalah tidak bererti kalah.

44.Peniaga perlu ada rasa ‘sensitif’. Perasaan itu dapat membantu peniaga mengesan sebarang bentuk perubahan yang berlaku. Orang yang ada elemen sensitif ini dapat menghidu peluang dan menukarkan keadaan yang buruk kepada situasi yang menguntungkan.

45.Peniaga sepatutnya mendapatkan seberapa ramai kawan, bukan musuh yang dicari. Mereka yang suka berlawan, berkelahi dan mencetuskan konflik tidak sesuai menjadi peniaga.

46.Peniaga Cina suka menggunakan ahli keluarga sendiri bagi membantu urusan perniagaan mereka. Bagi mereka, lebih baik mengupah orang yang mereka kenal dan mempunyai pertalian daripada mengambil orang luar.

47.Bagi mengikat kesetiaan para pekerja, setiap majikan perlu melayan pekerja seperti ahli keluarganya sendiri. Majikan tidak boleh terlalu berkira dengan pekerjanya.

48.Orang Cina akan rasa rendah diri jika mereka gagal hidup berdikari dan hanya makan gaji sepanjang hayat. Selagi seseorang itu bekerja makan gaji, selama itulah dia tidak boleh menjadi kaya dan meningkatkan kedudukan sosialnya.

49.Orang Cina tak takut dengan kegagalan dan kerugian. Bagi orang Cina, tanpa rugi tidak mungkin akan datang untung. Orang Cina juga jarang memandang rendah kepada mereka yang gagal dalam perniagaan.

50.Peniaga Cina tidak bersikap boros. Peniaga baru perlu secara sederhana. Jangan suka menunjuk-nunjuk kerana ia adalah sikap yang tidak memberikan keuntungan. Tidak ada gunanya mempunyai premis perniagaan yang cantik, kereta mewah dan berpakaian seperti tokoh korporat besar jika perniagaan lingkup separuh jalan.

1 ulasan: