*SI BAHLUL DAN GURU SUFI*
Pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah terdapat seorang ulama' sufi bernama Sheikh Junaid Al- Baghdadi yg tersohor dgn ketinggian ilmunya. Selain menjadi pelopor kpd ilmu tasawuf Islam, beliau juga dikenali sebagai seorang pedagang yg berjaya di jazirah Arab.
Suatu ketika, Sheikh Junaid telah berangkat ke kota Baghdad bersama dgn para pengikutnya atas urusan perniagaan. Sebaik urusannya selesai, Sheikh Junaid telah bertanya tentang seorang lelaki dan berniat utk menemui lelaki tersebut.
"Kenalkah kamu lelaki bernama Bahlul di kota Baghdad ini?" tanya ulama' tersebut kpd anak muridnya. Mereka menjawab, “Ya, dia seorang yg gila. Apakah yg tuan perlukan drpnya?"
"Cari lelaki itu kerana ada sesuatu yg aku perlukan drpnya." kata Sheikh Junaid.
Tanpa banyak bicara, murid-murid Sheikh Junaid segera mencari lelaki bernama Bahlul itu di segenap kota Baghdad dan akhirnya menemui beliau di dlm sebuah pondok usang di gurun yg agak terpencil.
Keadaan Bahlul dilihat tidak terurus. Pakaiannya compang camping dan rambutnya kusut masai. Memang sah, itulah lelaki yg dicari oleh guru mereka. Murid-murid Sheikh Junaid pun bergegas pulang ke kota Baghdad dan membawa guru mereka utk bertemu dgn lelaki tersebut.
Ketika Sheikh Junaid mendekati Bahlul, dia melihat Bahlul sedang gelisah sambil menyandarkan kepalanya ke tembok batu.
Sheikh Junaid memberi salam kpdnya dan beliau menjawab seraya bertanya semula, "Siapakah engkau?"
"Aku Junaid Al-Baghdadi." jawab ulama' sufi itu.
"Apakah engkau Abul Qasim (nama sebenar Sheikh Junaid? Al-Baghdadi) Apakah engkau Sheikh Baghdadi yg sering mengajak manusia ke arah jalan kebaikan dan mencintai akhirat?" tanya Bahlul.
"Ya!" Jawab Sheikh Junaid.
"Apakah engkau tahu cara makan?" tanya Bahlul sekali lagi.
Lalu Sheikh Junaid menjawab, “Aku mengucapkan Bismillah. Aku makan yg ada di hadapan ku, aku menggigitnya sedikit, meletakkan di sisi kanan dlm mulutku dan perlahan mengunyahnya. Aku mengingati Allah sambil makan. Apa pun yg aku makan, aku ucapkan alhamdulillah. Aku cuci tangan sebelum dan sesudah makan."
Bahlul berdiri, menyebakkan pakaiannya dan berkata, "Kau ingin menjadi guru yg dihormati di dunia tetapi kau tidak tahu pun cara makan!"
Sambil berkata demikian, Bahlul berlalu pergi. Salah seorang murid Sheikh Junaid berkata, "Wahai tuan, dia adalah orang gila."
"Ya, dia adalah orang gila yg bijak dan cerdas.Dengarkan kebenaran drpnya", jawab Sheikh Junaid. Dia kemudian mendekati Bahlul sekali lagi.
"Siapakah engkau?" tanya Bahlul.
"Sheikh Baghdadi yg tidak tahu cara makan, " jawab Sheikh Junaid.
"Engkau tidak tahu cara makan tetapi adakah kau tahu cara berbicara?" tanya Bahlul.
"Ya", jawabnya. "Aku berbicara tidak kurang dan tidak lebih dan aku tidak terlampau banyak berbicara. Aku berbicara supaya pendengar mudah memahami. Aku tidak berbicara terlampau banyak supaya orang ramai tidak mudah bosan. Aku mengajak manusia ke jalan Allah dan Rasul," kata Sheikh Junaid."
"Lupakan sahaja tentang makan kerana kau juga tidak tahu tentang bagaimana cara utk berbicara." kata Bahlul. Dia berdiri dan berlalu pergi.
Anak murid Sheikh Junaid berkata, "Wahai tuan, anda lihat sendiri dia adalah seorang yg gila. Apa yg tuan harapkan drp orang gila seperti nya?"
"Ada sesuatu yg aku perlukan drpnya yg kamu tidak tahu", jawab Sheikh Junaid. Dia kemudian bangun dan mendekati Bahlul semula.
"Apakah yg kau mahu lagi drp ku? Kau tidak tahu cara makan dan berbicara, adakah kau tahu cara tidur?" tanya Bahlul sebaik Sheikh Junaid mendekatinya.
"Ya, aku tahu. Selepas solat Isyak, aku mengenakan pakaian tidur, aku berwuduk, berdoa dan.." jawab Sheikh Junaid menerangkan adab-adab tidur sebagaimana lazimnya diajarkan oleh para ulama'.
"Sudah, ternyata kau juga tidak tahu bagaimana cara tidur," kata Bahlul dgn tegas sambil bingkas bangun.
Tetapi kali ini Sheikh Junaid menahannya. "Wahai Bahlul, aku tidak tahu, kerana Allah, maka ajarkanlah aku", pinta Sheikh Junaid kpd Bahlul.
Bahlul menjawab, "Sebelum ini kau mengatakan bahawa kau tahu maka aku menghindari mu. Sekarang setelah kau mengaku engkau tidak tahu, maka aku akan mengajar kamu cara makan, berbicara dan tidur."
"Ketahuilah bahawa kebenaran yg ada disebalik makanan ialah makanan yg halal. Jika engkau memakan makanan yg haram dgn seribu adab sekalipun ianya tidak akan memberi manfaat melainkan menyebabkan hati mu menjadi hitam."
Kebenaran yg ada di sebalik bicara ialah hati harus bersih sebelum berbicara dan percakapan kamu hendaklah menyenangkan Yang Maha Pencipta terlebih dahulu drp yg mendengar. Sekiranya bicara mu hanya utk urusan duniawi yg sia-sia dan tidak menjurus kpd Allah SWT maka ia akan mendatangkan malapetaka. Sebab itu diam adalah lebih baik drp berkata-kata."
"Kebenaran yg ada di sebalik tidur adalah hati mu perlu bebas drp sifat permusuhan dan kebencian sebelum tidur. Hati mu tidak boleh tamak akan kekayaan dunia. Maka ingatlah Allah SWT ketika kamu tidur", kata Bahlul kpd Sheikh Junaid.
Kata-kata itu membuatkan Sheikh Junaid Al-Baghdadi tersenyum. Ya, itulah jawapan yg diperlukan drp lelaki yg dikatakan oleh masyarakat sebagai orang gila itu.
Sheikh Junaid kemudian menghulurkan salam dan mencium tangan Bahlul, lantas berdoa utk kesejahteraannya.
Siapa sebenarnya lelaki yg dikatakan gila bernama Bahlul itu?
Bahlul atau namanya yg sebenar, Wahab bin Amr dilahirkan di Kuffah, Iraq merupakan keluarga Diraja. Beliau adalah sepupu kpd Khalifah Harun Ar-Rasyid. Ketika hayatnya Bahlul dikenali sebagai ilmuan Islam dan pernah menjawat jawatan Hakim kerajaan Bani Abassiyah.
Namun Bahlul telah meninggalkan segala kekayaan dan kemewahan hidupnya utk hidup sederhana. Disebabkan kerana itu, dia diberi julukan Bahlul oleh penduduk setempat.
Bahlul sebenarnya tidak gila, tetapi dia berpewatakan sebegitu bagi menyembunyikan kebijaksanaannya drp diketahui oleh orang lain.
Itulah dia kisah seorang yg arif bernama Bahlul. Pengajaran drp kisah tersebut,
Pertama, Sheikh Junaid Al-Baghdadi sebagai seorang guru yg disegani tidak jemu utk mencari ilmu dan sanggup mencarinya diceruk-ceruk kampung yg terpencil.
Kedua, Sheikh Junaid sebagai seorang yg arif mengetahui bahawa Bahlul bukanlah seorang gila seperti mana dikatakan oleh masyarakat malah adalah seorang yg mempunyai hikmah ilmu dan kerana itu beliau berusaha mencarinya. Jauhari juga yg mengenal manikam.
Ketiga, Sheikh Junaid walaupun seorang guru yg terkenal dan mempunyai ramai murid tidak sombong dan sabar serta merendah diri di hadapan Bahlul dan mendatangi beliau walaupun Bahlul beberapa kali menyebak pakaiannya dan pergi. Benarlah seorang yg berkehendakan ilmu itu mesti mendatangi ilmu dan bukan sebaliknya.
Keempat, seorang yg mencari ilmu mestilah lebih banyak sabar dan mendengar drp berkata-kata dan merasakan diri tidak tahu kerana merendahkan diri di hadapan ilmu.
Kelima, ketrampilan seseorang tidak semestinya mencerminkan ilmu seseorang itu. Walaupun Bahlul tidak berpakaian hebat seperti gaya tuan guru tetapi hikmah kata-katanyanya disanjung tinggi oleh Sheikh Junaid Al-Baghdadi.
Keenam Sheikh Junaid menerangkan bab feqah tentang adab dlm melakukan sesuatu tetapi Bahlul menerangkan bab hati iaitu kunci utama di dlm sesuatu perbuatan ibadat itu. Sesungguhnya jika baik hati itu maka in sha Allah baiklah segalanya. Selain drp mengetahui tentang adab tetapi ia tidak mencukupi kerana hati yg ikhlas dan bersih diperlukan utk mendapat keberkesanan daripada amalan tersebut.
Ketujuh, Sheikh Junaid mencium tangan Bahlul atas dasar penghormatan seorang murid yg telah diberi ilmu yg tidak ternilai. Begitulah cara orang yg beradab pada ilmu di mana peradaban seperti itu sudah berkurangan di zaman ini. Maka ilmu yg dipelajari tidak ada keberkatannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan